Tuesday, June 30, 2009

Debat PDSZA


Pada 25-28hb Jun baru-baru ini, satu pertandingan Piala Debat Sultan Zainal Abidin (PDSZA) telah diadakan. Kali ini, setelah penyertaan aku dalam pertandingan debat FOMCA di UTHM pada 20-21 Jun sebelum ini, aku meyertai pula Pertandingan Debat PDSZA kali ke 9 baru-baru ini, walau bagaimanapun,bukanlah sebagai peserta, tetapi lebih sebagai pemerhati.

Mungkin aku pergi dalam keadaan keletihan, namun demi semngt perjuangan, aku teruskan demi membantu dan menyokong adik-adik junior yang meyertai pertandingan pada kali ini.Seperti kebiasaan, PDSZA adalah satu pentas bagi pendebat-pendebat baru yang mula menapak di arena perdebatan.PDSZA ini dianjurkan bermula pada tahun 2001 dan UiTM Dungun menjadi tuan rumah pada setiap tahun.Seperti biasa pertandingan ini melibatkan kategori B.Melayu & B.Inggeris.

Apabila menyingkap kembli sejarah tahun 2008, kami pasukan UDM telah berjaya berada di pestas akhir, walau bagaimana pu sekadar mendapat Naib Johan setelah tewas dengn UiTM Machang dengan usul "Ketuanan Melayu: Yang Sudah Itu Sudah"..Ingat rakan seperjuangan aku Ahmad, Atiqah dan x lupa juga Aini.eTrlalu bnyk kenangn dan penglamn.Maklumlah, waktu itulah kami baru mula mengenal dunia debat dan langkah permulaan kami dalm arena ini.

Bagi tahun ini kategori B.Inggeris UDM telah berjaya masuk ke Separuh Akhir..Bagi kategori B.Melayu agak sedikit kecewa, namun tidak mengapa, tapi aku rase sangat bangga. Sebagai pemerhati sejak bengkel latihan sehinggalh selesai tamat pertndingn, timbul rase perasaan kagum aku terhadap adik-adik junior aku yang mmpunyai semngt 'team' yang luar biasa.

Ini membuatkan aku tefikr kembali, kekuatan sebuah kumpulan itu akan kuat apabila kita ini saling memerlukan,Bukanya nafsi-nafsi. Aku dapat lihat usha dan keyakinan mereka.....Masyaallah,,,membuatkan aku rase cukup berbangga dengan semangat adik-adik ini, mungkin jarang untuk aku lihat keadaan dan ukhwah sebegini..Biaselah, setiap keadaan mungkin berbeza. walau pun mereka juga ade merasakan kesal kerana tidak dapat mencapai thap yang dpt dibnggakan, tapi akusentiasa mengingatkan mereka, usha pnting, kekurng dan kelemhn perlu diperbaiki. Jangn sesekali berputus asa..

Setelah dilakukn sessi luahan dari hati ke hati...akhirnya aku bertanya"Nak teruskan perjuangan ni?" lalu mereka berkata"Kami akan teruskan perjuangan ni kak.Kami x kan putus asa.."...ya Allah!,....terharunya perasaan aku..terasa sebak hatiku...Bangga melihat semngt dan keyakinn mereka...Sunggh ! smngt luar biasa yang ku peroleh sepnjng aku dalam arena ini..Justeru ia telah memberika aku semngt yang baru dalam diri ini, untuk bersama-sama berjuang....'Debat Nada Keyakinan, Nadi Kepimpinan"

Di sini, ku titipkan gambar buat tatapan semua sebgai menghrgai perjuangan mereka..

Syabas & Tahniah wahai adik-adikku....

Match 1



Match 3


Match 2



Match 6

Monday, June 29, 2009

Biasiswa Nasional wajar @ tidak?


Sebagai penyokong kepda kemajuan negara malaysia, aku amat menyambut baik dengan segala dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.Walau bagaimana pun, aku berasa agak bimbang akan perancangan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan mengenai 'Biasiswa Nasional' pada tahun hadapan..

Ia adalah lumrah sekiranya sesuatu perancangan itu mempunyai pro dan kontranya..Namun, sekiranya agak berat dan melibatkan hak dan kepentingan orang melayu dan kaum Bumiputra.Aku kira penelitian dan kajian perlu dibuat lebih teliti untuk membuat keputusan yang tepat..Aku tidak membantah akan perancngn tersebut, dan aku juga memahami akan matlama kerajaan untuk mewujudkan persaingn dengan mewujudkan 100% sistem meritokrasi dalam pemerian biasiswa pada pelajar yang terbaik.Dan jga kerajaan melihat apabila apabila pendidikan jga adalah sebgai kunci kepda kjayaan sesebuah negara, maka demi mencapai hasrat 1MAlaysia yang mahu membina Perpaduan Nasional, maka bakal diberikan hak biasiswa tanpa mengira kaum kepada pelajar yang terbaik.,

Kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye. "Jika mahu Malaysia berjaya, ia perlu bergantung kepada kumpulan pelajar terbaik yang akan menjadi pemimpin negara dan menjadi aset yang paling penting," kata beliau yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) dalam satu kenyataan di sini hari ini.(Bernama)


Ya..Memng benar..Ia juga akan mewujudkan persaingan sesama kaum justeru meletakkan pencapaian siapa yang terbaik, yang terbaik itulah yang layak mendapat biasiswa...


Namun, mari kita lakukan semakan semula sebagaimna yng terkndung Perkara 153 (3) yang antara lain memperuntukkan :

“ perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak ………. mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagainya yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu ; dan Suruhanjaya atau pihakberkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.”

Maknanya, secara tidak lansung, orang melayu berhak untuk mendaptkan biasiswa tersebut.

Setiausaha Agung Gabungan PersatuanPersatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pemberian biasiswa berdasarkan 100 peratus merit ini baik tetapi kerajaan perlu mengambil kira aspek luar bandar dan bandar serta kewangan sesebuah keluarga. (Bernama)

Menjadi persoalan, apakah nasib pelajar yang berada dluar bandar?Pada hakikatnya kita tidak dapat nafikan, bagaimana peratusan kecemerlangan pendidkan kaum Melayu berbanding dengan kaum lain..?Masih ketinggalan.Di luar bandar juga masih berlaku keciciran.

Mungkin pihak kerajaan perlu mengatasi masalh dan kekngan dalam pencapaian pendidkan dengn lebih giat terutama untuk kaum Melayu dan Bumiputra di luar bandar, dan setelah ia terbukti seimbang dan mencapai sasaran, barulah pelaksanaan biasiswa ini diteruskan. Hal ini demi menjaga hak dan keistimewaan orang melayu dan bumiputra untuk menikmati biasiswa berdasarkan sistem meritokrasi.

Walau pun matlamt untuk mencapai 1Malaysia ini sgt baik dan demi mewujudkan semngt perpaduan nasional, nmun jgnlah sebarangan hak kesamarataan diberikan..Aku mohon agar semakan dan penilitian dibuat semula mengenai hal biasiswa ini beradasarkan sistem 100% meritokrasi kepada pelajar terbaik dan terbuka kepda semua kaum..

Wednesday, June 24, 2009

Tarik Nafas Lega....

Alhamdulillah...setelah 4 hari perjuangan aku bersama team UDM ke Pertendingan Debat FOMCA(Kpenggunaan) di UTHM, aku boleh menarik nafas lega buat seketika...

Pengalamn pertama yang pernah aku rasakan apabila bekerjasam dengan team baru untuk debt kali ini..Bersama syikin,adib,fahmi dan faiz..agak rase janggal juga pada mulanya..Tapi alhamdulillah...meng kombinasi yang baik..sebb x de masalh yang timbul...no emotional..its all about professional..and team work...I LOVE IT...ssah nak build cam tuh..

Kami berjaya meng 3 dari 6 perlawann..

Usul

Perlawann

M

Botol Susu Plastik Wajar Diharamkan

IPGM Kampus Perlis

v

UDM

X

Pengguna Di Malaysia Sedar

UDM

v

USIM


Pendidikan Pengguna Dalam Kurikulum Sekolah Melahirkan Pengguna Bertanggungjawab

IPGM Kampus Perempuan Melayu

v

UDM


Petani Di Malaysia Tidak Mendapat Harga Yang Patut

UDM

v

IPGM Temenggong Ibrahim

X

Kepentingan Ekonomi Dihadapan, Tanggungjawab Sosial Dibelakang

UDM

v

UNITEN


Iklan Makanan Ringan Sekadar Gimik

IPGM Dato Razali Ismail

v

UDM

X

X=menang


Kekalhn kebykknya margin tipis...1 juri masih bersetuju dengn pembwaan..(mngkn seleps ini perlu diperbaiki lagi segala kelmhn dan kkurngn)..sekuran g2nya kami berusaha sedaya yang mampu..Yang dilwan bukan calang2 orang,,Tapi alhamdulillah..Teringin gak nak pecah rekod UDM yang pnah meng 4x dlm debt Royal 2008 oleh Team Utama...


Debat kali ini bnyk menguji kesabaran dan ketajaman minda mengenai kepenggunaan...Fuh!..Tapi meng best..Banyh sedarkan aku akan tanggungjawb dan hak sebagAi pengguna.. Membela pengguna yang ditindas..Dan segalanya yang melibtkn kepentingan bersama dan bgimana sumbangannya kepda kepentingn negara x kiralah dr sudut ekonomi mahupun sosial...

Yang x bestnye mase debat tuh....

1)usul x de pilhan..mane number yng kene itulah yangdiperdebatkan
(tpp okaylah ...rigid...x kesahlah dah!...)

2) untuk 1st match dapat usul yng memng kitorng plan nak tolak awal2..

3)Untuk match yang ke 3 dapat usul yang asalnye kitorang x tahu ade dalam
senarai..(nak bincang memng memerah otak tahap kritikal-tp dalalam
keadaan
tenang dan terkawal)

4)air-cond bila time sejuk, sejuk giler...time air-cond x hidup, panas thap ding
dong...(fuh!..)

Yang bestnye
1)Seronok bila lihat ramai wajah2 baru dalam debat...terutama kepda IPG
(Institut Perguruan)..dengar kate nyk pnyertaan yang baru pertama kali...
Ucapan syabas dan selamat datang ke arena perdebatan di ucapkan
kepada kalian semua..

2)Dapat kenal dengan mereka n share serba sedikit penglmn yng x seberapa..

3)Ade time lawan degn pihak lawan, die seolah2 mengeluarkan kate2 yang
memAlukan aku depan hakim mase hujah tu,,,,(Tapi, x p...sekalung penghrgaan
ke atas dirinya kerana mulut yang laser itu...Membuatkan aku bangkit bersemngt -blas
smula kate2 sinis yng dilemprkan pada ku...beserta dengn bidas balas...Memng aku rase
berkeyakinan semula...actually mase tu aku rase down n blur...sebb mngkn keltihn sgt..
Thanks Ikwan dr USIM..) Kitorang okay jew...

4)Ade je yan pas lawan kate takot dengan aku...depe kate aku garang..Yes!!
Alhamdulillah..maknenye aku berjaya main PSIKO dengan orang...hihihihi

5) Setiap kali perlawann, x kiralah apabila kami berada di posisi kerajaan@
pembangkang, segalanya kami lkukan perbincgn secara sendirian bersma
team, tnpa bntuan owang lain..terutama a.din..

6)Perlawanan akhir telah menemukan antara UKM v UPM..bagaikn
pertemuan 'buku bertemu ruas' dengan usul "KUASA PENGGUNA HANYA
PADA SUARA"....Perlawann yang sengit aku kira..namun
pembawaan yang jelas telah dibentgkan oleh pmbngkang adalah baik dan
meyakinkan..(pembwaan krjaan sekadr menceritakan segla aduan2 yang telah dibuat
oleh pengguna
, namun tiada tndakan selanjutnya, namun berjaya dibuktikan oleh
pihak pembngkng dengan menfikan sgala knytaan dan mnnjukkan ada
tndakn2...lambakan fakta kes yang diberikan sgt baik apabila dikaitkan dengan
pembwaan

7)Ha!..ni x leh lpe...ni cerite pasal perjlnn pulang plak, setelah selesai tgok debat
akhir, kami pergi ke rumah abng din...disediakn mknn tenghari yang sgt
special di johor..sgt mnyelerakan...ade Lontong+smbal sotong+smbal+dragon
fruit+koktail.....pergh!!!SEDAP!!!..alhamdulillahh.TQ a.Din n Kuarge...
Sudah je makan,m kami makan lak pencuci mlut tmbahn,buah rambutan
dipetik segar dari pokok depan umah....(petik sendiri ler..hehehe)
MANISNYE!!!..waduh...enak...

8)BAlik tu kami singgah ke Ayer Hitam...beli kerepek...byn pilihn sgt..Then
balik...

9)Dan yang pling bestye gak, mmbuatkan ak terus rase bersmngt nak trus
berjuang , n berusaha lagi untuk memperbaiki segala kelemahan & kkurangn..

Tuesday, June 23, 2009

SELAMAT HARI BAPA.......


SELAMAT HARI BAPA……..


Ucapan ini ditujukan untuk semua yang bergelar bapa mahu pun

yang bakal bergelar bapa....


Siapalah kita, tanpa bapa..

Ayah dan ibulah yang mendidik dan membesarkan kita,..

Bersusah payah dia menjaga dan membela….

Penat lelah, berpanas di bawah cahaya….

Demi mencari sesuap nasi untuk kita....


Maka, apa balasannya kepada mereka....?


Bantulah mereka...

Sayangilah bapa kita...

Selagi mereka masih ada....

Tunaikanlah segala permintaannya...

Walaupun mereka tidak ada dihadapan mata,,,

Namun di hati tetap sentiasa ada....



Sayang selamanya wahai ayahku yang tercinta.....

Wednesday, June 17, 2009

SALAM PEJUANGAN FOMCA

SALAM PERJUANGAN

BUAT PARA PENDEBAT UDM DALAM PERTANDINGAN DEBAT FOMCA (Kepenggunaan) YANG BAKAL BERLANSUNG DI UTHM PADA 18-21 JUN2009

SALAM PERDEBATAN…


Buat Rakan Seperjuangan untuk Debat FOMCA:

FAIZ,ADIB,FAHMI,SYIKIN,,, marilah kita bersam-sama berpadu dan bersatu hati dalam perjuangan ini,,,


"DEBAT NADA KEYAKINAN , NADI KEPIMPINAN"

Sunday, June 14, 2009

"Kerajaan Perpaduan"


Definasi ‘kerajaan perpaduan’ Umno-PAS — Novandri Hasan Basri

JUN 9 — Seperti anda sekalian, penulis pun keliru dengan dengan konsep “kerajaan perpaduan” yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Tidak kiralah anda ahli Umno atau pun PAS, kita masih samar-samar mengenainya. Api dalam masa yang sama, kita tentu ingin tahu intipati “kerajaan perpaduan” itu. Mungkin kerana ianya bersangkut paut dengan perkataan “perpaduan” yang merupakan salah satu perkara yang kita pernah dengar, mahu dan harapkan di antara parti-parti politik. Parti-parti politik Melayu, khasnya! Penulis pasti semua orang Melayu dinegara ini sebenarnya menanam satu harapan yang sama iaitu inginkan perpaduan di antara parti-parti politik Melayu, tidak kira kita menyokong Umno, PAS dan PKR. Cuma yang berlaku sekarang ialah kaum Melayu terjebak ditengah-tengah percaturan parti-parti politik Melayu dan kita terpaksa membuat pilihan di antara parti-parti tersebut. Makanya, apabila kita dihidangkan dengan apa sahaja cadangan yang menjurus kepada usaha ke arah perpaduan kaum Melayu, kita akan berasa amat teruja. Kita akan membincangkan usaha ini dengan panjang jela, berhari-hari tanpa muak dan bosan. Orangramai dari pelbagai ideologi politik, media-media cetak, TV, radio, blog-blog dan web-web akan membincang dan mengupas beratus-ratus kali sehingga tiba ketika di mana :

1. Isu tersebut tidak ada penyelesaiannya.
2. Ada isu baru yang lebih “panas” daripada isu yang sedang dibincangkan Tatkala itu, usaha-usaha perpaduan akan kembali “sejuk” dan lenyap dek masa seperti usaha-usaha sebelum ini. Penulis pernah menulis satu artikel berkaitan perkara ini khasnya membincangkan isu usaha perpaduan yang “panas” ketika itu tapi “sejuk” dan hilang selepas itu! Pada pendapat penulis, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan iaitu:
1. Mewujudkan hanya satu parti Melayu.
2. Mewujudkan satu induk untuk semua parti Melayu.
3. Mewujudkan perpaduan melalui kesepakatan di antara parti-parti Melayu. Dalam artikel terdahulu penulis menerangkan kaedah pertama, hanya satu parti Melayu adalah yang paling ideal sekali iaitu mewujudkan satu wakil parti politik orang Melayu. Satu parti Melayu sudah cukup untuk menjamin kekuatan dan penerimaan sebulat suara seluruh bangsa Melayu di negara ini. Dengan jaminan politik, bangsa Melayu dapat kembali menumpukan matlamat asas iaitu memajukan bangsa, sama ada dari segi agama, pelajaran, ekonomi dan sebagainya. Melaluinya juga, segala sandiwara yang membuka pekung di dada orang Melayu dapat dihindarkan daripada terus tersebar luas ke seluruh dunia Persoalannya, apakah ia boleh menjadi kenyataan? Jika kita perhalusi, kaedah penyatuan seperti di atas memerlukan pengorbanan yang amat besar, terutamanya di kalangan pemimpin parti politik Melayu itu sendiri.

mempunyai satu harapan ataupun matlamat asas iaitu merealisasikan perjuangan bangsa Melayu. Jika ada agenda-agenda Melayu yang berbangkit seperti pelajaran, ekonomi dan sebagainya, parti-parti Melayu ini mampu disatukan dengan pantas, tanpa kerumitan, mencari jalan dan mencapai kata sepakat dalam perkara-perkara yang berbangkit itu. Jika kita perhatikan, pendekatan ini juga merupakan satu kaedah perpaduan dan penyatuan bangsa Melayu. Ia tidak begitu rumit dan tidak akan berlaku pertindihan ataupun limpahan pemimpin Melayu. Malah politik menjadi lebih bersih. Tetapi yang terpenting sekali ialah ia menguntungkan kaum Melayu. Semestinya ia akan turut menguntungkan seluruh kaum lain di Malaysia. Namun usaha

a) Apakah pemimpin-pemimpin Melayu sanggup melepaskan kesenangan dan kuasa masing-masing demi penyatuan bangsa?

b) Apakah bangsa Melayu hari ini akan dapat menyaksikan sendiri penyatuan suara hati dan politik ala Malayan Union? Pengorbanan yang dimaksudkan ialah sesetengah daripada mereka mesti bersedia untuk melepaskan jawatan dan kuasa yang selama ini dikecapi semasa berada dalam parti masing-masing ataupun lebihan pemimpin. Ini kerana penyatuan besar-besaran menjadi satu parti tunggal akan menyebabkan berlakunya pertindihan ataupun lebihan pemimpin. Dalam konteks realitinya hari ini:

Cara begini juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat di antara parti-parti dengan masing-masing berlumba-lumba menyediakan program-program sosial untuk merapatkan diri dengan rakyat biasa. Persoalannya sekarang ialah jika kaedah ini digunakan, apakah akan berlaku kompromi antara Umno dan PAS dalam menentukan induk (rumah) yang bakal dikongsi di antara mereka? Persoalan ini sungguh menarik untuk dibincangkan. Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia dan terdapatnya pandangan-pandangan yang mengatakan bahawa usaha perpaduan tersebut perlu lebih menyeluruh dan melibatkan semua bangsa di Malaysia. Dalam masa yang terdekat ini, dua kaedah tersebut mungkin secara relatif adalah lebih sukar untuk mencapai matlamatnya.

Oleh yang demikian, kaedah ketiga iaitu perpaduan melalui kesepakatan antara parti-parti Melayu boleh dipraktikkan selari dengan segala usaha jangka panjang. Ia lebih berupa usaha untuk memurnikan perpaduan melalui semangat kolektif di antara parti politik Melayu. Perpaduan yang dimaksudkan ialah perpaduan dalam sebulat suara bersetuju mempraktikkan atmosfera berpolitik yang saling hormat menghormati, tidak tindas menindas, tidak prejudis, tidak caci mencaci dan saling bantu membantu antara parti-parti Melayu. Abraham Lincoln pernah berkata, "Undi kita mungkin berbeza, tetapi bukan pada harapan kita".

Dalam konteks perpaduan bangsa Melayu ini, penulis berpendapat bahawa kata-kata tersebut begitu relevan sekali. Biarpun parti-parti Melayu mempunyai perbezaan fahaman politik dan penyokong- penyokong, kita tetap enyatuan bangsa Melayu ini tidak akan dapat lari daripada ranjau duri dan rintangan yang sengaja menyusahkan proses metamorphosis bangsa Melayu ini. Makanya, penulis sangat skeptikal dengan “kerajaan perpaduan” dan arah tujunya.

Penulis berani mengatakan ianya akan hilang dan terkubur begitu sahaja tanpa nampak sebarang hasil daripadanya! Tapi ya, penulis masih mengharap dan akan terus mengharap!pemudaumno.org.my

Rindu Semua..!



Setelah sebulan aku praktikal bersama Kak Chik, maka tamatlah sudah Latihan Industri yang kami lalui…Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang aku timba…Jua kenanagan yang x akan pernah luput dari kotak memori aku..:Hampir setiap malam aku tido awal akibat keletihan.Kadang2 walupun cbuk praktikal, besenye sebelum balik aku dengn kak cik akan sempat gi shopping dulu..Kadang2 adelah rancngn n aktiviti kami yang tersendiri..hehehehe…

Sebelum balik, aku ade luahkan pada Tuan Majistret :

1) Rase cam nyesal x bawak buku Penal Code n Contract

2) Napelah x belajar Law of Evidence n CPC awal2…(Tuan senyum je)

3) Aku cakap kat Tuan, yang aku dapat belajar –cara perform dalam court x kesahlah kalu jadi DPP, PO or even Majistret pown..How confident they are

- segala macam prosedur dalam court

-mungkin akan datang kalu ade kesempatan aku nak libatkan dalam

'MOOTING' selain debat.



Selain tu, Ha!!ni lagilah kenagan aku x eh lupe..Kawan2 aku dari UiTM , UKM n USIM..Memang ukhwah yang baik.Kire sume 'satu kepale' ..Aku sisipkan juga kenangan gambar kawan2 ku di sana sebagai tatapan...:



Waktu2 tengah serabut..tengoklah meja tu...maklmlah...kami sume rajin......Buat2 rajin...ape x nye..kene wat 'submission'





Kenangan dengan kakak2 UKM...Cayang sume...



Yang bestnye..Sume satu kepale...x de perbezaan,...seronok sangat!!!...





Besama dengan aimi & mel


Bersama dengan kak tia n kak nadz



Secara konklusinye....kenangan bersama kalian semua x akan ku lupakan..Sayang sume...

Kirenye pas ni, kalu ade masalah senaglah nak rujk depe bab2 subjek law ni...

Kami puas ape yang kami buat...Terima kasih Tuan, terima kasih semua...

Segala pengalaman yang akuu dapat,mmbuatkan aku membuak2 untuk melibatkan diri

dalam kehakiman...Aku nak berjuang dalam sistem perundangan..walaupun ade byk halanh dan agak rase kegentaran, aku perlu pecahkan segala perasaan itu..

Sebb aku percaya "Aku yang perlu mulakan perubahan itu"


Saturday, June 6, 2009

Hmm....Nap ek?Gagal kah aku??



Kecewa??..memang kecewa..walaupun sudah berkali2 meletakkan janji yang sama..dan aleh2, sebab x de sesiapa yang mengingatkan, janji hanya tinggal janji dah diletakkan ditepi.Hai...malas dah aku nak ingatkan...dan malas dah nak wat post motrerm ke ap ke...biak pi lah..Nanti kalu aku publish aku di orator punye blog, x patut plak...Agak mengecewakan sangat2...lame2 pun dah naik fade up dah..Tapi nak wat cam ne,,X poelah ..tunggu jel lah t..suatu saat dan ketika...Aku rase isu pasal blog x update nih dah lame dah, dan sebelum nijadi isu besar gak...Aku kir, lebih3 kali dah soal blog oaraot perlu diupdate ni dinbangkitkan, tapi masalahnye, lagi2 time waktu cuti, sunyi sepi..alah...ame je pun time x cuti..


Adakah aku selaku Ketua Unit gagal dalam tanggungjawab aku untuk pimpin teman2 seperjuangan aku?....Mungkin bagi sesetengah orang ia kelihatan seperti perkara kecil yng x perlu diperbesarkan...Tapi tidak bagin aku..Once kalu ia memng dah melibatkan Unit B.Melayu, ia memng penting jgak..

Kadang-kadang aku rase lemah jagk...Tapi aku kuatkan jugak hati ni nak tegur..Maklumlah, bila kita terlalu rapat, kjadang2 orang x respect...Kalu cakap pun, ad gak nak melawan...Kecewa gak aku melihat sikap sesiapa yang brtindak begitu..


However dats not the point, dan satu lagi perkara, kadang2 bila aku on internet pun, nampak gak ade yang tengh online, n ade yang ngah online Frenster, x kanlah dok ingat gapo2 pasal blog nuh...Hish...

Mungkin salah aku gak, x tegas dan care pasal sume ni..Mingkin aku jgak lebih byk merungut, daripada bertindak..Dan ini adalah satu buktinye..Tapi, persoalanya, sedangkan sudah berkali2 diperingatkan, perkara yang sama dan sikap yang sma tetap berlaku..Bagi aku, masing2 bukannya budak kecil lagi yang perlu sentiasa utk diperigtkan..



Mungkin…nak kene ade insiden yang sedih2 sampai nangis2 baru nak update blog nih..Aku bukan x ikhlas dan nak berkira tentang blog yang aku update tuh, lagi pun bukannya banyak sangt, tapi agak kecik ati jgaklah..ade gak yang online pun wat x tahu je.., aku just mahu tunaikan janji2 yang pernah kami lafazkan dulu..


Jgnlah kerana mase waktu janji dilafazkan telah lama berlalu, membuatkan kita terus lupa akan semanagt dan azam kita..Ingatlah, bgaimana malamat perjuangan kita dulu wahai pejuang Debat Bahasa Melayu sekalian…Kita kan berjanji akan bersam-sama untuk berjuang,Setipa apa urusan dan tanggungjawab dalam kelAb tuh, jgn sekali kita ambil mudah...Hatta perkara itu sekecil zarah sekali pun kita perlu ambil tahu dan work for it..Sebab kadangkala dari situlah akan timbul perkara yang lebih besar…

Ingatkah kalian yang kita pernah dicemuh dan dkritik habis2an sebelum ni?..Nak ke ia berterusan??dan Berulang kembali??Aku x sanggup..walaopun aku ni x pandaI mane dalam pengurusan, dengan semngt yang ade pada ketika ini akan aku terus berjuang..

Walaupun masa kan datang ni, pada hakikatnya aku perlu juga untuk memikirkan mase depan diri aku ”mase untuk aku berkorban demi matlamat dan perjuangan aku dalam akademik”

DAULAT TUANKU


DAULAT TUANKU
Menjunjung Duli dan Merafak Sembah,
Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah






Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku dan Kerahmatan diperoleh dariNya
di bawah Lembayung Pemerintahan Baginda Yang Berjiwa Rakyat

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
DK.M.,D.K.T,D.K.R,D.M.N.,S.U.M.Z.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,D.K.(Perlis),D.K.(Johor),D.K.M.B.(Brunei),D.K.(Perak),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Kelantan),D.K.(Kelantan),D.K.(Selangor),S.P.M.J.,Commandeur de la Legion d' Honneur(France)

SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI BAGINDA
pada
6 Jun 2009 BERSAMAAN 12 JAMADILAKHIR 1430H

Thursday, June 4, 2009

Persoalan Dunia..









Aku teringat satu kata-kata yang pernah dilafazkan dalam drama 'Cinta Madinh'...Aku tertarik dengan kate2 ni...'kadangkala ku rasekan hidupku ini baru sahaja bermula, tapi pada hakikatnya sedar x sedar aku hampir berada di hujung waktu...Aku kira banayk memberi maksud yang mendalam tuh..huhuhuuu..

Tapi bagi aku mmng pun..banyak benda yang membuatkan aku agak kebingungan..beselah hidup. life is nothng pefect..but im believe dat if we make it interesting, it will become interesting lah..otherwise, x delah kan..

Ape yang aku nak share dan cakap ni, hanyalah sekadar pandangan secara individu saje..Just basewd on my surrounding,,,ia adalah secara general tanpa ada spesifikasi...(Ceh wah, ayat skema pyo)kihkihkih..

1)nape sesetengah owang ni suke bercakap tapi x serupa bikin.....?(bagi aku cam ni je, sebab depe ade mulut dan bagi yang suke bercakap, memng kalu die menutur ayat tu just nak bagi sedap dan rase yakin kat orang, tapi hakikatbye diri sendiri hampeh..x de motivasi dan poyo je lebiy..

2)nape ek kene hidup cam lalang? (mungkin die selalu makan lalang kot..kihkihkih..memng lalang.! xpelah...jimat duit.. dari sumber semula jadi.x gituh??..okay , meang aku geramm dengn orang cam ni, die mood baik time die suke, time die x ske, oarng kelilinye sume nak dibuat cam musuh..ape da!.. x bek wat cam tu..wat bese dah ar..cbe nak baik dengn orang tu istiqomah sikit..barulah ukhwah tu kekal sejati dan abadi..

3) nape ek, sesetengan mulut owang ni x de insurans?(adakh kebarangkalian die x amik insuran??..memnga lah ..hahahaha..lagipun mane ade owang amik insurans khas utk mulut je kan?kene amik yang mrangkumi sume..okay2.proceed..yang tang ni pun satu hal,,, cakap memng ikot sedap mulut..depan2 x nak cakap, belakang buat 'ketupat ngumpat' namenye..huh! dah tu, kalu de x puas hati suke cakap gn orng alen, kan molek jmpe berhadapan direct to the point..tpi kene tnanglah, cakap dengan baik dan tartil, barulah orng mdah terima...kan baik gituh..x delah masing menanggung dosa..yang pengumptnye dapt dose umpat, yang mngsenye dpt dose marah dan dendam kalu smpai ke pengetahuan die.x gituh?.jadi kita kene menjalinkan ukhwah yang baik dengan sume owang..barulah hidup ceria dan dberkati.

4) nape suke merendahkan martabat dan gugat maruah sendiri demi lelaki?...nape nak selalu ikut cakap lelaki sgnt?/...musykil tol..kdng2 benda kecik pun nak amik kira..plek ar!..kadng2 over gak ek owng bercinta ni dri owng kahwin...huih..(ceh!\ckp cam x de pakwe je kan...huhuhu..x kesah pun..just nak luahkan n share jew..)..cthnye mudah je..1- kalu pompuan tgh sibuk, nape laki perlu mrajuk n die sibuk call kta bila dh tahu kt sibuk?..dah tu, t merajuk ar n marah npe x angkat.. dah tu pompuan lak kene pujuk..kalu leh lelakinye tu nak makwenye berkepit dengn hndphne 24 ours..Hish!Rimas tu..dalam toilet pun suwoh bawak lah tuh..yang pompuan lak, risau sgt lakinye marah smpai x lalu makan n nak kene pujuk..Podah!depe marjok ngade2 manje je..Sedarlah kaum hawa, kita ni sebagai wanita selagi x dimiliki, mengapa perlu begitu? seharusnya mereka perlu mamahami dan mmembimbing kita, kdng2 perangai sesetengh ni, hawa gak nak kene bimbing.. ape punye orang da...huih.. Tapi, tgoklah sejauh mane bila ah kahwin t , de ke nak call2 or mesej2 cam skang ni?..bertuahlah kalu sume cam tu..ade kes yang cam tu tau..dah kahwin dah tu ske ckp kasar2..Kes benar ni..tp x le cite dengn lebiy lanjut..hihihihihi,,Yapi aku percaye kok, masih ada lelaki yang baik dan jujur hatinya..pasti ade..aku percaye,,,,walaupun kdng2 jenis gila2, tapi baik dengan psngnnye n setie..sape ek?...ntah..

5)napelah nanti disuruh baru nak wat?...(ha.ni satu lagi masalah..nanti disuruh baru nak wat...same lah cam aku pun..hehehehe..bukan ape...kita manusia ni saling memerlkan, jadi mane yang kurang kita kene tampung dan atasi kekurangan tuh..mane le sowang wje wat..mane nak berjayenye..x kesahlah dalam wat asingment ke or dalm managemnt organisasi ke..kenelah same2 wat n saling ingt..ni kalu sorang je yang igtkan tapi x wat, parah gak tuh..memang fade-up..jgn saling tuding menuding bila ade problem..n lagi satu ske wat hal sendiri..memng pantang aku..!kalu ade suggestion or idea yang dibuat dan dirancang kene luahkan dan kongsi bersame2...bagi berkembnag,mngkn jadi lebih baik..kan??..kalu x nak, ko buatlah sendir..managelah sowang2..biar rase...Dah tu, kalu time wat kerja tuh, watlah, jgn wat bende len yang x penting..such as merewang ke tempat lain ke, dating ngan pakwe, bergayut kat telefon klau x de urusan penting,,,MEMANG NAK KENE TIBAI.."Budget bestlah tuh"-bak kate abng Din...kihkihkihkih...Memang "Sengetlah awak ni"-bak kate abng bob..

Alamak ngantoknye..patut ar...Dekat kol 2 pagi dah ni...okay2..aku nak tido. so nak drive ke Kuala Selangor, parktikal la..awal apgi kene bangun..huhuhu ,meng letih, tapi seronoklah hidup ni..alhamdulillah...aku x tahu lah ejaan aku byk betol ke x...sebb aku taip dalam gelap ni...nak pasng lampu, x snggup plak...Silah tgh tido..Sian die...Okay lah..Assalamualaikum...