Wednesday, February 25, 2009

Wajarkah Kanun Keseksaan Diperkenalkan Kepada Pelajar?

Salam mahabbah dan salam apresiasi kepda semua..Melihat pada senario ketika ini terlalu menyedihkan apabila melihat remaja yang merpakan harapan bangsa bertindak sesuka hati dalam setiap tindakan. Terlalu menyedihkan apabila tindakan mereka telah menyebabkan orang lain menjadi korban. Kita lihat bagimana negara kita baru2 ini telah digemparkan oleh kematian Muhd Adzrin , 16 yang telah cedera dipukul dengan menggunakan besi dan topi keledar oleh sekumpulan remaja yang berumur antara 16-18 tahun.Kes ke-2 , Ahmad Shafei Ihsanul Kamil, 16, yang juga merupakan seorang pengawas disekolah, telah cedera di badan dan lutut akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar kerana mereka telah ditegur supaya tidak membuat bising. Betapa berani dan melampaunya tindakan mereka sehingga sanggup melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan...

Apakah langkah yang seharusnya diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus menular dan menjadi barah dalam diri remaja kita.. Pada masa ini bukanlah masa dan ketikanya untuk kita saling menuding jari untuk menyalahkan sesetengah pihak.Kita harus bersam-sama berusaha dan bekerjasama dalam menggembleng masalah ini..Baru2 ini satu cadangan telah diajukan oleh Setiausaha Agung Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng supaya 'Kanun Keseksaan diajar kepada semua pelajar di sekolah...Apakah pandangn kalian.Adakah wajar atau tidak???...Pada pandangan saya walaupun 'Kanun Keseksaan' ini kebiasaannya diajar kepada pelajar undang-undang sahaja saya kira wajar sekiranya ia diajar kepada setiap orang. Di peringkat sekolahlah adala satu permulaan yang baik untuk mngajar dan mendidik mereka supaya diterapkan nilai2 moraliti yang sepatutnya ada pada masyarakat.
Apabila diajar Kanun Keseksaan ini, percaya atau tidak, sudah pasti ia dapat memberi pendedahan tentang kesan dan akibatnya apabila melakukan kesalahan..Sangat wajar sekiranya ia diajar kepada pelajar sekolah.Secara tidak langsung, ia dapt menerapkan nilai moraliti dan mendidik diri para remaja kita supaya tidak bertindak sesuka hati kerana mereka takut akan akibat yang bakal ditanggung. Seharusnya selepas ini, kita tidak akan berkompromi untuk membela mereka, walaupun mereka yang berumur di bawah 18 thun hanya disabitkan sebagai kesalahan juvana dan tidak boleh dibicarakan di mahkamah biasa, seharusnya kesalahan yang mereka lakukan perlu dibicara dan dihukum denagan sama rata dan saksama.Perbicaraan yang selama ini dilakukan secara tertutup demi menjaga kepentingan dan identiti mereka, seharusnya pada sesetengah kes yang melibatkan kes buli dan pembunuhan harus dibicara secara terbuka.. Oleh yang demikian ia dapat memberi pengajaran kepada yang lain...Melihat kepada situasidan senario yang berlaku dalam kalangan remaja kita, maka wajar sekiranya Kanun Keseksaan ini diajar kepada semua pelajar.