Assalamualaikum..hye everybody..sorry because take along time to update my blog...setelah "diasak dan digasak"(bak kate ayat syikin) barulah aku terhegeh2 nak put entry baru dalam nih.. cam ne lah malas nak update, time kat umah ni nak wat...ade je halangan nye..hahaha..(ko memng pandai wat alasan Dyah!..)WATEVER!!..Masyaallah..letihnye..sakit tangan nih..ape x nye..a.ipar aku ajak men softball..ringkas kate ia adalah permainan bola lembut..hmm...lembutlah sgt, menyakitkan tgn aku je...tapi best gak..men petng2 kuar ploh..chat badan...insyaallah...

KAylah..secara ringkasnya...berbalik pada gambo kat atas, sebgaimana yag telah dimaklumkan,,insyaallah 24 Disember ni result exam aku akan kuar untuk sem 5 kali nih.. Wa!!...agak mendegupkan jantungku ini...

Setelah selama hampir setengah bulan aku memerah otak dan aku telah memuntahkan segalanya degn sopan dan kadar yang maksimum,hehehe.. i'm still waiting 4 the result...x tahulah macam amne ea...dan aku agak yakin, mgkn result aku agak jatuh sedikit berbnding sem lepas ..tapi x lah secemerlang mane...tapi aku syukur alhamdulillah..sebelum ni mngkin ade hikmahnya...

Ha!...trend biase bila tiap kali dah kuar result, waktu tu jgaklah hndpne akan pnuh dengn mesej2 yang bertnyakan mngenai result...huhuhuh...jnuh gak aku nak menjwb..dan agak mmbuatka ati aku jadi kecik ni, bila ade yang bertanya, tanpa dmulai dengn ayat proper..x de salam, x de ape, trus tanye result..n yang x penah2nye mesej pun tbe2 terjah tnpa bertanye kabar...kan molek lau ade salam..adab tuh...kan?kan?..hihihi...kecik ati teman...tanyelah kabar dulu ke, ape ke..ni x de..trus terjah..sediy!sediy! kalu result aku dapt 4 flat x pelah gak..huuuhu...apelah aku nikan...itupun nak kecik ati...ih.ih.ih..sensitip tol!..ala...x pelah kan..jujur pun aku cakap..x pe2..let it pass...


yelah..x pelah nak tanye pun..tapilau aku ade krdt aku balslah..lau x de...mintak maaf ea kawan2...lagi pun lau x bagi tahu, mesti akan tersebar jgak..maklumlah..ukhwah kami ni bagus,,sebb tu ade berita baik ke , sebaliknye ke, memng cept sebr...bak kate sir fuad, macam satelit da...kay lah..Nak slat maghrib nih..salam semua..Mge result dak2 sem 5 gempaq2 sume..luv u all my frens..UKHWAFILLAH ABADAN ABADA..


Berikut adalah merupakan kelebihan Solat Terawih dari Malam Pertama hingga Malam Ketiga puluh :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

SELAMAT BERAMAL BUAT SEMUA....

Ku mengharapakan Ramadhan kali ini..penuh makna..
Agar dapat kulalui dengan sempurna...

Ucapan Selmat Dtang buat bulan yng pnuh kberkatn dan rahmat..Ambilah peluang dan kesempatan pada blan ini untuk kita mempertingkatkan amalan dan rebutlah peluang untuk membuat amal kebaikan.

Ujian lapar dan dahaga harus kita lalui dengan penuh sabar. Mudah-mudahan allah akan menerima segalam amalan kebaikan dan kebajikan . Terangilah hari itu dengan zikir dan tadarus al-Quran, imarahkanlah dengan solat tarawih. Serta terangilah tengah malam denan tahajud dan solat taubat..Sesungguhnya allah sangat hampir dengan kita pada 1/3 malam ..

"Ya Allah...Aku amat mengalu-alukan kedatangn bulan mu yang penuh barakah dan rahmat ini ya allah...Ku pohonkan padamu, pada bulan ini dipeliharakan hamba-hambamu ini untuk beribadah degan penuh ketenangan dan keamann ya Allah..Lindungilah diriku,,,kaum keluargaku,,orang disekelilingku serta saudara seislamku sekalian ya allah daripada segala bencana dan malapetaka serta kekejaman manusia2 yang zalim lagi ingkar kepada mu Ya Allah....Mudah2an keamann dan perpaduan seluruh umatmu akan bersatu dan berpadu...Amin..Ya Rabbal alamin "







Owh...my blog..siannyelah ko..lame dah aku x update..hai...cam nelah...mase aku time bersemangat nak update sokmo, ade je yang nak mmbantutkan ushe dansemngt aku nih...Mane x nye, kat bilik ak bukan dapat wyerless pon..huih..Nak trun bawah blog dapat tu menglah dapat.Huih!..x kuase ak nak turun naik dari aras 3 tu semate2 nak update blog..x kuase aku..huuhuhu..tapi x pe..blog tetp ade dihati aku, walaupun kesetiaan terhadap blog tidak pernah terpatri..hehehe

Pada sesiapa yang dok melawat blog teman nih,,teman minta maaf bebenorlah ye..bukan ape..ade juga atas kesibukan teman ni..tapi jgn ghisaulah,,,akan datng, teman akan update..insyaalah..ha, kepada yang dok rungut j pasal blog aku ni x update2...diharapkan bersabar lah kome ye...

nak wat report praktikal yang dah berminggu bertangguh ni....then nak study...~nanananana~...

tata sume..assalamuailaikum...
Alhamdulillah, jam 9.30 malam sok, maka akan betolaklah aku pulang ke UDM dan meninggalkan kampung halamn ku yg tercinta ini...Aku yakin..sdah pasti pas ni x de cuti yang panjng dah melenkan raye lah..x berpeluanglah aku nak balik agi..huhuhu..cewah..!cakap cam x balik terus je kan.. By the way.... 1) aku akan bertolak dgn mnaiki bas sani ekspress..bas yang mmng favourtku kalu nak balik...hihihi...sebb servicenye bagus, memng selesa, pemanduan yng berhemah dan cermat...-hrga xpenting, lebiy krang sme dgn bas len, yang pntng keselesaan....




2) aku sdah merncng strategi baru untk study sem baru ni...hahahaha..tggulah ko subjek law..aku akan pastikn ko dalam gnggamn aku..hahahahaha!!.....memng aku gelak jhat.. i'll manage my time properly..insyaallah.by the way ,subjek untuk sem ni ade 5 subjek law n satu subjek sampingan.

* Administrative Law
* Company Law
* Land Law

* Commercial Law

* Law of Trust

* Ulum Hadith

Am I ready For that?????-YES! IM READY....!





3)Many questions which is still playing around in my mind,ahak.ahak.ahak....Macam mana yek cara belajar dengan letcurer yang x pernah ajar kitorang sebelum ni???..hmm...Dok tengh pikir gak, senior mane yang aku nak consult t kalu berlaku kesulitan dalm subjek tuh?..huh!...kalu mmber luar aku dapat dah sape...hahahaha..dri UiTM...Siaplah ko ******!...ko jadi mangse aku...ahrg! yang penting aku kene mntak bantuan pada mereka yang ade pengetahuan ini semua...lagi ramai lagi bagus...bak kate owang.."malu bertanye sesat jalan"...aku x nak lah sesat....ha!!yang pastinye, kene consult dengn letcurer yang ajar tu jgak...

4) I'll take revenge......hahahahahahahah.....what for????>...Hanya Allah dan aku sahaja yang tahu..Sbb ia jadi pembakar semngt aku sehinga ke hari ini....Mari kta truskan langkah menuju ke medan juang ini....Salam Perjuangan Ilmu Buat Semua!!...

Tentera Iraq menyambut meriah permulaan proses pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara mereka mulai kelmarin. Kemeriahan ini disaksikan di Ramadi, ibu kota wilayah Anbar, 115 kilometer ke barat Baghdad. Pengunduran itu dijadual tamat pada hujung 2011. Setakat ini, 120 markas tentera sudah ditadbir askar Iraq manakala 30 lagi ditutup lewat semalam, kata jurucakap Pentagon. - Foto AP(Berita Harian)




Alhamdulillah, rakyat Iraq boleh menarik nafas lega, apabila perjanjian keselamatan yang dikira sebagai bersejarah telah dibuat antara Iraq dan Washington bakal dilaksanakan dan ditunaikan.


Tentera Amerika Syarkat telah mula berundur dari semua bandar dan pekan. Sebagaimana dalam perjanjian tahun 2011 adalah merupakan tahun yang dijanjikan pengunduran bagi semua tentera AS selesai sebelum tamatnya 2011.


Setelah 6 tahun tanah Iraq diceroboh, maka bakal bermulalah kehidupan baru bagi rakyat Iraq untuk menikmati hak dan hidup di bumi sendiri tanpa kehdiran orang asing 'penyibuk' yang juga suka menimbulakan provokasi terhadap pemimpin dan rakyat. Perjanjian keselamatan itu adalah demi menjaga dan melindungi rakyat baghdad, namun apabila dilihat dan dinilai kembali, agak pengecut juga Amerika Syrikat ini , kerana perjanjian itu juga agak bersifat 'berkepentingan sendiri' ..Berikutan ia dibuat meliputi nasib 133,000 askar Amerika di situ.Hal ini demi menjaga dan mengelakkan kematian tentera Amerika, maka perjanjian itu dipersetujui oleh mereka .


Setelah kematian Saddam Hussein, bagaimanakah pemulihan kembali struktur pentadbiran di Iraq?Adakah keamaan dan persefahaman dapat dicapai. Bagaimanakan janji yang telah dilafazkan oleh Presiden AS sebelum ini.


Setelah usaha-usaha di Iraq dalam menyelesaikan kemelut di sana menemui kegagalan, apakah yang keadaan yang bakal berlaku?Kerana dilihat pergaduhan yang sering berlaku antara Pentadbir Kerajaan Pusat dan Puak Kurdish dan antara Puak Syiah dan Suni masih saling bertikam hebat masih berterusan....Itu masih menjadi persoalan....


Walau bagaimanapun satu harapan baru untuk Iraq dalam membentuk dan memulakan kehidupan baru.Tiada si 'penyibuk' , maka, mngkin satu peluan untuk memulihkan kembali pentadbiran dan keamann dengan berpijak di atas kaki sendiri....


Permulaan pengunduran ini telah diraikan dengan gembiranya oleh penduduk Baghdad..Diharapkan pengunduran itu diteruskan demi menjamin kesejanteraan rakyat Iraq..Menyokong Semangat baru buat rakyat Iraq..!!Takbir!!!!




Salam mahabbah dan kasih sayang buat semua..Sedar x sedar, 5 hb ini bermulalah semula perjuangan aku dalam dunia undang-undang...Akhirnya setlah melepasi 2 tahun aku menuntut di Universiti Darul Iman Malaysia sebagai Pelajar Undang-undang, kini tibalah aku melangkah di penghujungnya.. Unutk masuk ke Final Year.Namun aku sdar ia adalah penhjung yang tiada penamatnya..Bak kate pepatah "tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad".

Utuk melibtkan diri dalam dunia undng2 ia bukanlah perkara yang mudah..Aku juga percaya, begitu juga bidang2 lain..Namun, pada aku, di mana ada kemahuan, disitu juga ada jalannya..Walau pun betapa sukarnya ia, motivasi dan disiplin dlm diri adalah sgt penting untuk kita melangkau dan menuju ke arah matlamat yang ingn dituju...

Teringat kembali aku akan sejarah silam..., ia telah mnybbkan ak untuk terus bangkit ketika aku hampir berputu asa untuk menruskan khidupn ini..Hanya pada Allah ku srahkan segalanya..., Aku anggp segala yang berlaku adalah dgaan dan cbrn untk aku.Justeru x de alasannya untuk aku berptus asa...Aku harus buka mate aku, mate hati aku, untuk menerima segala ketentuannya..Kumohon agar hati ku dilapangkan sentiasa dan diluaskan akal fikiran ku..

Ku sangt berharap agar di suatu hari nanti dapat aku membals jasa orang yan plng bnyk memberi sokongan dan pendokong ke arah perjuanganku ini..Janji aku untk berbakti pada masyarakat juga perlu aku tunaikan..Semgt yng membara dalam diri ini mmbuatkan aku akan terus melngkah untuk mnuju ke hadapn , betapa aku sedar langlah yang ku aturkan perlu diiringi dengan rasa rendah diri sebgai hamba Allah yang kerdil..Kerana segalanya perlu mndpat rahmat dan keredhaanNya...Sesungguhnya aku takot andaikata sepanjng langkah ku ini mngkn teriring dengn ssuatu yng boleh mngundang murkanya...Allahu rabbi...Ampunkan aku Ya Allah...

Salam perjuangan...Hidup ini pnuh dengan warna-warni kehidupan..., dan perjalnn hidup mgkin sdah dittpkan, namun, warna suram atau ceria yang ingn kita palitkan, adalah berdasarkan pilihan kita dalam mbuat ssuatu tindkan..... Berjuanglah wahai sekalian teman....