Monday, June 29, 2009

Biasiswa Nasional wajar @ tidak?


Sebagai penyokong kepda kemajuan negara malaysia, aku amat menyambut baik dengan segala dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.Walau bagaimana pun, aku berasa agak bimbang akan perancangan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan mengenai 'Biasiswa Nasional' pada tahun hadapan..

Ia adalah lumrah sekiranya sesuatu perancangan itu mempunyai pro dan kontranya..Namun, sekiranya agak berat dan melibatkan hak dan kepentingan orang melayu dan kaum Bumiputra.Aku kira penelitian dan kajian perlu dibuat lebih teliti untuk membuat keputusan yang tepat..Aku tidak membantah akan perancngn tersebut, dan aku juga memahami akan matlama kerajaan untuk mewujudkan persaingn dengan mewujudkan 100% sistem meritokrasi dalam pemerian biasiswa pada pelajar yang terbaik.Dan jga kerajaan melihat apabila apabila pendidikan jga adalah sebgai kunci kepda kjayaan sesebuah negara, maka demi mencapai hasrat 1MAlaysia yang mahu membina Perpaduan Nasional, maka bakal diberikan hak biasiswa tanpa mengira kaum kepada pelajar yang terbaik.,

Kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye. "Jika mahu Malaysia berjaya, ia perlu bergantung kepada kumpulan pelajar terbaik yang akan menjadi pemimpin negara dan menjadi aset yang paling penting," kata beliau yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) dalam satu kenyataan di sini hari ini.(Bernama)


Ya..Memng benar..Ia juga akan mewujudkan persaingan sesama kaum justeru meletakkan pencapaian siapa yang terbaik, yang terbaik itulah yang layak mendapat biasiswa...


Namun, mari kita lakukan semakan semula sebagaimna yng terkndung Perkara 153 (3) yang antara lain memperuntukkan :

“ perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak ………. mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagainya yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu ; dan Suruhanjaya atau pihakberkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.”

Maknanya, secara tidak lansung, orang melayu berhak untuk mendaptkan biasiswa tersebut.

Setiausaha Agung Gabungan PersatuanPersatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pemberian biasiswa berdasarkan 100 peratus merit ini baik tetapi kerajaan perlu mengambil kira aspek luar bandar dan bandar serta kewangan sesebuah keluarga. (Bernama)

Menjadi persoalan, apakah nasib pelajar yang berada dluar bandar?Pada hakikatnya kita tidak dapat nafikan, bagaimana peratusan kecemerlangan pendidkan kaum Melayu berbanding dengan kaum lain..?Masih ketinggalan.Di luar bandar juga masih berlaku keciciran.

Mungkin pihak kerajaan perlu mengatasi masalh dan kekngan dalam pencapaian pendidkan dengn lebih giat terutama untuk kaum Melayu dan Bumiputra di luar bandar, dan setelah ia terbukti seimbang dan mencapai sasaran, barulah pelaksanaan biasiswa ini diteruskan. Hal ini demi menjaga hak dan keistimewaan orang melayu dan bumiputra untuk menikmati biasiswa berdasarkan sistem meritokrasi.

Walau pun matlamt untuk mencapai 1Malaysia ini sgt baik dan demi mewujudkan semngt perpaduan nasional, nmun jgnlah sebarangan hak kesamarataan diberikan..Aku mohon agar semakan dan penilitian dibuat semula mengenai hal biasiswa ini beradasarkan sistem 100% meritokrasi kepada pelajar terbaik dan terbuka kepda semua kaum..

4 comments:

Unknown said...

salam
JPA dah menjadi merit.Kalau biasiswa MARA pun dimeritkan selepas ini maka akan hancurlah perlembagaan 153 tersebut.
Tak ada masalah berdasarkan meritokrasi tetapi seperti yang saudari cakap, perlu ada penelitian untuk pelajar bandar dan luar bandar

Notfah said...

Assalamualaikum.. Kalau dijalankan sistem ini, maka ia akan bertembung atau bercanggah dengan perlembagaan 153 lah ye? Habislah.. Macam mana ye agaknya dengan pelajar2 kita ni? Kalau tak berusaha dengan lebih kuat, rasanya ditindas mahu.

cahayapetunjuk said...

Buat Zharif Badrul : Betul..Itu ynag ditakuti..sewenang2 wenangye ia diusik sebgimana yng sdah termatub dalam sumber undg2 etertnggi kita..Sekiranya ia berlaku, maka tergugatlah hak keistimewaan Melayu & Bumiputra.
Walaupun hakikatnya kita lihat ia adalh untuk persaingn, namun, sedar atau tidak, pasti satu hari nati ia bakal memberi impak yang besar..

Buat Nutfaton : Waalaikumuslam dik,betul, oleh itu kita terutama bngsa Melayu ni perlu bersaing untuk mnntut dan pastikan hak kita dikekalkan..Itu sgt perlu dan penting..

Asrulsani said...

Hmm.. bila nak dapat biasiswa macam2.. tapi bila tengok kat iklan kerja kosong nanti.. '________ preferred'.