Sunday, June 14, 2009

"Kerajaan Perpaduan"


Definasi ‘kerajaan perpaduan’ Umno-PAS — Novandri Hasan Basri

JUN 9 — Seperti anda sekalian, penulis pun keliru dengan dengan konsep “kerajaan perpaduan” yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Tidak kiralah anda ahli Umno atau pun PAS, kita masih samar-samar mengenainya. Api dalam masa yang sama, kita tentu ingin tahu intipati “kerajaan perpaduan” itu. Mungkin kerana ianya bersangkut paut dengan perkataan “perpaduan” yang merupakan salah satu perkara yang kita pernah dengar, mahu dan harapkan di antara parti-parti politik. Parti-parti politik Melayu, khasnya! Penulis pasti semua orang Melayu dinegara ini sebenarnya menanam satu harapan yang sama iaitu inginkan perpaduan di antara parti-parti politik Melayu, tidak kira kita menyokong Umno, PAS dan PKR. Cuma yang berlaku sekarang ialah kaum Melayu terjebak ditengah-tengah percaturan parti-parti politik Melayu dan kita terpaksa membuat pilihan di antara parti-parti tersebut. Makanya, apabila kita dihidangkan dengan apa sahaja cadangan yang menjurus kepada usaha ke arah perpaduan kaum Melayu, kita akan berasa amat teruja. Kita akan membincangkan usaha ini dengan panjang jela, berhari-hari tanpa muak dan bosan. Orangramai dari pelbagai ideologi politik, media-media cetak, TV, radio, blog-blog dan web-web akan membincang dan mengupas beratus-ratus kali sehingga tiba ketika di mana :

1. Isu tersebut tidak ada penyelesaiannya.
2. Ada isu baru yang lebih “panas” daripada isu yang sedang dibincangkan Tatkala itu, usaha-usaha perpaduan akan kembali “sejuk” dan lenyap dek masa seperti usaha-usaha sebelum ini. Penulis pernah menulis satu artikel berkaitan perkara ini khasnya membincangkan isu usaha perpaduan yang “panas” ketika itu tapi “sejuk” dan hilang selepas itu! Pada pendapat penulis, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan iaitu:
1. Mewujudkan hanya satu parti Melayu.
2. Mewujudkan satu induk untuk semua parti Melayu.
3. Mewujudkan perpaduan melalui kesepakatan di antara parti-parti Melayu. Dalam artikel terdahulu penulis menerangkan kaedah pertama, hanya satu parti Melayu adalah yang paling ideal sekali iaitu mewujudkan satu wakil parti politik orang Melayu. Satu parti Melayu sudah cukup untuk menjamin kekuatan dan penerimaan sebulat suara seluruh bangsa Melayu di negara ini. Dengan jaminan politik, bangsa Melayu dapat kembali menumpukan matlamat asas iaitu memajukan bangsa, sama ada dari segi agama, pelajaran, ekonomi dan sebagainya. Melaluinya juga, segala sandiwara yang membuka pekung di dada orang Melayu dapat dihindarkan daripada terus tersebar luas ke seluruh dunia Persoalannya, apakah ia boleh menjadi kenyataan? Jika kita perhalusi, kaedah penyatuan seperti di atas memerlukan pengorbanan yang amat besar, terutamanya di kalangan pemimpin parti politik Melayu itu sendiri.

mempunyai satu harapan ataupun matlamat asas iaitu merealisasikan perjuangan bangsa Melayu. Jika ada agenda-agenda Melayu yang berbangkit seperti pelajaran, ekonomi dan sebagainya, parti-parti Melayu ini mampu disatukan dengan pantas, tanpa kerumitan, mencari jalan dan mencapai kata sepakat dalam perkara-perkara yang berbangkit itu. Jika kita perhatikan, pendekatan ini juga merupakan satu kaedah perpaduan dan penyatuan bangsa Melayu. Ia tidak begitu rumit dan tidak akan berlaku pertindihan ataupun limpahan pemimpin Melayu. Malah politik menjadi lebih bersih. Tetapi yang terpenting sekali ialah ia menguntungkan kaum Melayu. Semestinya ia akan turut menguntungkan seluruh kaum lain di Malaysia. Namun usaha

a) Apakah pemimpin-pemimpin Melayu sanggup melepaskan kesenangan dan kuasa masing-masing demi penyatuan bangsa?

b) Apakah bangsa Melayu hari ini akan dapat menyaksikan sendiri penyatuan suara hati dan politik ala Malayan Union? Pengorbanan yang dimaksudkan ialah sesetengah daripada mereka mesti bersedia untuk melepaskan jawatan dan kuasa yang selama ini dikecapi semasa berada dalam parti masing-masing ataupun lebihan pemimpin. Ini kerana penyatuan besar-besaran menjadi satu parti tunggal akan menyebabkan berlakunya pertindihan ataupun lebihan pemimpin. Dalam konteks realitinya hari ini:

Cara begini juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat di antara parti-parti dengan masing-masing berlumba-lumba menyediakan program-program sosial untuk merapatkan diri dengan rakyat biasa. Persoalannya sekarang ialah jika kaedah ini digunakan, apakah akan berlaku kompromi antara Umno dan PAS dalam menentukan induk (rumah) yang bakal dikongsi di antara mereka? Persoalan ini sungguh menarik untuk dibincangkan. Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia dan terdapatnya pandangan-pandangan yang mengatakan bahawa usaha perpaduan tersebut perlu lebih menyeluruh dan melibatkan semua bangsa di Malaysia. Dalam masa yang terdekat ini, dua kaedah tersebut mungkin secara relatif adalah lebih sukar untuk mencapai matlamatnya.

Oleh yang demikian, kaedah ketiga iaitu perpaduan melalui kesepakatan antara parti-parti Melayu boleh dipraktikkan selari dengan segala usaha jangka panjang. Ia lebih berupa usaha untuk memurnikan perpaduan melalui semangat kolektif di antara parti politik Melayu. Perpaduan yang dimaksudkan ialah perpaduan dalam sebulat suara bersetuju mempraktikkan atmosfera berpolitik yang saling hormat menghormati, tidak tindas menindas, tidak prejudis, tidak caci mencaci dan saling bantu membantu antara parti-parti Melayu. Abraham Lincoln pernah berkata, "Undi kita mungkin berbeza, tetapi bukan pada harapan kita".

Dalam konteks perpaduan bangsa Melayu ini, penulis berpendapat bahawa kata-kata tersebut begitu relevan sekali. Biarpun parti-parti Melayu mempunyai perbezaan fahaman politik dan penyokong- penyokong, kita tetap enyatuan bangsa Melayu ini tidak akan dapat lari daripada ranjau duri dan rintangan yang sengaja menyusahkan proses metamorphosis bangsa Melayu ini. Makanya, penulis sangat skeptikal dengan “kerajaan perpaduan” dan arah tujunya.

Penulis berani mengatakan ianya akan hilang dan terkubur begitu sahaja tanpa nampak sebarang hasil daripadanya! Tapi ya, penulis masih mengharap dan akan terus mengharap!pemudaumno.org.my

No comments: