Monday, March 9, 2009

ISU PPSMI



Didalangi pembangkang

"KUALA LUMPUR 8 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan semalam.

Beliau berkata, berdasarkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa pertimbangan mereka bukanlah bersandarkan perjuangan pendidikan kerana sanggup melanggar undang-undang, mengaitkan institusi istana dan mencemarkan imej masjid.

“Saya lihat ada hikmah di sebalik apa yang berlaku semalam.

“Sekurang-kurangnya orang ramai dapat melihat sendiri apa yang saya sudah tahu lama, iaitu di belakang gerakan ini ada dalang-dalang yang sanggup mengeksploitasi apa juga isu, memperalatkan sesiapa sahaja demi agenda politik sempit mereka.

“Saya tidak bermaksud semua yang terlibat (pertimbangan bukan berdasarkan kepentingan pendidikan) tetapi adakalanya mereka ini diperalatkan untuk kepentingan tertentu,” katanya ketika mengulas kejadian itu pada sidang media di kediamannya di sini.

Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) semalam menjadi kecoh setelah penyokong-penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.

Perhimpunan yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang.

Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menolak andaian bahawa demonstrasi jalanan itu didalangi individu dalam UMNO sendiri bertujuan menjatuhkan beliau pada pemilihan agung parti hujung bulan ini.

“Tidak. Kita dalam UMNO semua dididik untuk meletakkan kepentingan ramai lebih penting dan kedua, semalam saya tengok (dalam televisyen) tidak ada muka-muka yang saya cam macam orang UMNO, tetapi muka pembangkang ramai,” katanya."

Berikut adalah Laporan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini ynag bertarikh 9 MAC 2009.Melihat pada pergolakan seperti ini, timbul persoalan...But, before that, kenyataan dan pandangan saya ini bukanlah bermaksud menyebelhkan atau mahu menyalahkan satu pihak, just memberi pandangan dan komen melalui penilaiandan penilitian diri saya sendiri..Kot2 ade yang cop saye ni PEMBANGKANG..Kalu ade yang pikir cam tuh, memng sempitlah pemikiran korang yang pikir cam tuh..Kebiasaanya tiap apa yang berlaku msti ade Pro dan Kontranye kan?Walau bagaimanapun, saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai PPSMI. Hanya sekadar melihat apa kenyataan Laporan akhbar hari ini...Begini :

1) Mengapa perlu menyalahkan pihak pembangkang dek kerana melihat sekadar pemimpin politik menyertai demonstrasi tersebut dan mengatakan tindakan mereka hanya berkepentingn politik semata-mata dan bukan untuk kepentingan pendidikan?-sedangkan apa yang dituntut oleh pihak pembangkang hanyalah sekadar perjuangan asas sebagai satu entiti untuk x meneruskan PPSMI ini.

2)Adakah melhat mereka sebagai parti pembangkang dan melakukan perjuangan seperti ini, mereka seolah-olah tidak layak untut menuntut dan memperjuangkan perkara ini?Hanya sekadar melihat sebagai parti pembangkang, maka ia dijadikan isu yang besar dan tajuk berita utama. Let say kalu badan lain atau sesebuah entiti yang bukan dari kategori pembangkang, percaya @ x, ia x akan dijadikan isu besar dan menuduh atau mengatakan pihak tersebut sebagai "DALANG" sebagaimana label yang diberikan kepada pihak pembangkang mengenai isu ini.

3)Jika dkatakan, hanya melihat muka pembangkang yang ramai di dalam perarakan atau demonstarsi itu, dan orang UMNO x dpt dikenalpasti.Kebanayak n memakai pakaian pembangkang dan memegang logo-pakaian, sesiapa pun boleh pakai untuk melindungi identiti mereka. Manelah tahu ade jgak pihak yang lagi satu tu pakai pakaian pembangkang.HiHiHi...Sape tahu...=p..


4)Memang x dinafikan, kadangkala tindakan pihak pembangkang agak agresif dan keterlaluan, tetapi, kita melihat kebanyakan yang terlalu over actingnye adalah anak2 buah dibawah.Segelintir mereka sahaja yang melakukan tindakan tersebut hingga menyebabkan entiti itu sebagai 'pembangkang' jadi SINK & SWIM TOGETHER..Cuma, mereka boleh melakukan tindakan dengan penyerahan memorendum itu denagan cara dan laluan yanglebih berhemah.-apa yang dapat dilihat, tindakan mereka ini bukanlah menunjukan betapa bencinya mereka terhadap pelaksanaan kerajaan, it's just nak meluahkan betapa mereka menetang dan menolak sekeras-kerasnyapelaksanaa PPSMI, itu sahaja,mereka mahu membuktikan dan menunjukkan pada semua supaya suara mereka dapat didengari. Sekiranya mereka menyerahkan begitu sahaja just masuk ke bilik dan serahkan by hand macam nak hantar proposal, sudah tentu ia akan just put aside or throw it into dustbin..

RENUNG-RENUNGKAN......=)

No comments: