Wednesday, February 18, 2009

Ucapan Maaf Kepada Semua

Salam dan ucapan maaf kepada semua yang melewati blog saya ini. Kerana sudah terlalu lama saya x mengupdate blog ini. Tidak ada entry baru. Dibiarkan sepi dan berusang. Mungkin atas kelemahan saya sendiri. Ini disebabkan kekangan masa yang terlalu sibuk dengan pengurusan Kelab Orator Unit Bahasa Melayu, jadual kuliah yang terlalu padat dan urusan lain, sehingga saya meminggirkan blog ini. Ada orang bertanyakan pada saya, dan menyindir secara sinis..Tapi saya tidak kisah.. Yang pentingnya saya tahu apa yang perlu lebih diutamakan...Kerana sesungguhnya bukan semua perkara perlu dikongsikan. Insyaallah, mungkin selepas ini, saya akan mempebaiki dan mungkin akan berkongsi serba sedikit pengalam dan isu terkini. Saya sedang mencari ruang dan dan masa untuk saya merancang strategi untuk menguji minda berani untuk mengupas isu2 terkini.


Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi serba sedikit sepanjang pengurusan dalam Kelab Orator Unit Bahasa Melayu, bertugas di bahagian pengurusan bukanlah mudah setelah 2 bulan memegang mandat untuk meneruskan perjuangan menggerakkan kelab bersama teman2 seprjuangn..Pada awalnya, kami bagitu teruja apabila melihat ahli yang begitu ramai.. Kami mengharapkan sokongan dan usaha yang terus menerus daripada setiap ahli untuk bersama-sama berjuang.Mungkin satu hari nanti mungkin mereka bakal menjadi pendebat yang dapat mengaharumkan nama UDM. Perjuangan mereka bersama-sama kami...Objektif dan matlamat utama bukanlah sekadar menjadi pendebat, tetapi membina keyakinan diri dan menjadi seorang yang ' out spoken' sebagai mana yang selalu ditekankan oleh abng Bob, Iaitu mantan Ketua Unit Bahasa Melayu, UDM.Walau bagaimanapun setelah 2 bulan usaha yang dijalankan untuk mengekalkan bilangan ahli, akhirnya jadi sebaliknya. Sudah dijangka keadaan sebegitu akan berlaku.. Cuma,pada asalnya kalau boleh pihak pengurusan mahu melihat tahap komitmen mereka..Dan akhirnya, kami mendapat jawapannya. Mungkin kerana sibuk dengan kekangan masa yang terlalu padat dengan minggu 'test'. Kami tidak menyalahkan mereka, kerana merka mempunyai hak masing2. Kami cuma sekadar membantu dan bersma-sama belajar untuk memperbaiki diri supaya lebih berkeyakinan dan mencapai matlamat dan objektif kelab. Kerana sesungguhnya kami juga seperti ahli-ahli lain yang bersama-sama belajar membina keutuhan diri.Sepanjang pengurusan kelab bersama teman-teman , kami juga belajar untuk memecahkan ketakutan dan berhadapan dengan semua orang..Segala komentar dan pandangan yang baik mahupun sinis kami ambil dan kami telan bersama-sama. Memang 1 cabaran.


Mantan Presiden kami, Abang din seperti biasa dengan lantang dan pedasnye mengkritik pengurusan kami..Memang perit dan pahit untuk ditelan, kami terimanya sebagai cabaran dan ujian.Tidak dinafikan, mungkin atas kelemahan kami juga. Saya yakin kalau kami bersatu untuk memperbaiki lagi perjalanan pengurusan ini pasti kami akan bergerak dengan lebih baik. Walau pun ada segelintir kami yang memberi pandangan bahawa disebabkan MT dan Exco terlalu ramai , ia agak menyulitkan keadaan dan perjalanan pengurusan. Bagi saya tidak sama sekali.. Kerana, hendak seribu daya, x hendak seribu dalih'. Kalau kita bersatu dan yakin dalam perjuangan untuk mencapai matlamat yang satu, pasti kita akan berjaya. Just bare in mind..Kita hidup bukanya berada di syurga yang sempurna segalanya, tetapi kita berpijak di atas bumi yang nyata. Setiap apa yang dilakukan pasti akan ade timbul pertikaian dan ketidak puashatian. Makanya, jangan ditolak tepi begitu sahaja, ambillah jadikan ujian dan cabaran pada diri supaya tidak gentar dan putus asa untuk perbaiki keadaan.


Pesanan pada MT dan Exco2 sekalian, marilah kita bersama-sama teruskan perjuanagn. Janganlah kita berhenti dipertengahan jalan. Ikhlaskan hati dan berpegang pada malamat kita dalam perjuanagan. Susah dan senang kita bersama-sama. Jangan pernah sesekali kta cuba untuk menuding jari sesama kita. Kita perlu teruskan perjuangan ini dan jangan sia-siakan segala penat lelah mereka yang telah berjuang untuk membina kelab ini. MEreka telah lahirkan ramai individu yang berbakti demi UDM. Biarkanlah kuantti itu x seberapa, yang penting kualti dan usha kita. Orang x menghargai, x mengapa. Tapi allah Taala menilai segalanya. Ikhlaskan hati, tetapkan hati. Niata usha dan tawakkal....!Kan itu pegangan kita...


Kepada Abg Din terima kasih atas kritikan dan komen anda, dan begitu juga abng. Bob... Cuma apa yang kami harapkan, teguran membina daripada kalian supaya kami dapat perbaiki diri dan kelemahan dalam pengurusan..


No comments: