Wednesday, February 18, 2009

Kenapa seseorang suka membadutkan diri?Walaupun kadang kala merasakan diri hebat, mengapa sanggup merendah dan meghina orang lain dan kadang kala seolah-olah meluahkan perasaan yang terpendam sehingga sanggup menziharkan kepada sesuatu..Membadutkan diri?Ye..Mungkin secara tidak sengaja.Dek kerana terbawa-bawa dengan perasaan dan dek kerana keterujaan untuk meluahkan apa yang terpendam, emosi mengawal fikiran. Dan pada ketika itulah segala luahan kata akan terpancar tanpa sebarang hijab. Sesungguhnya, sekiranya sebelum ini sentiasa berbicara bagaikan mempunyai prinsipyang kuat dan teguh, tapi hakikat sebenarnya ia bagaikan ranting kayu yang rapuh. Emosi yang terbawa-bawa telah menonjolkan siapa diri yang sebenar. Kata-kata mulia dan kenyatan serta nasihat dan pesanan yang baik diluahkan apabila waktu itu ,diri merasa gembira dan tenang. Hanya apabila perlu sahaja. Tetapi apabila hati mula bergelodak akibat ketidaksabaran dan ketidakwarasan kerana diuji, maka terluahlah segala kata-kata nista dan noda yang sangat mengaibkan. Hidup begitu bagaikan air pasang dan surut. Yang paling memeranjatkan, apabila air pasang,ia hadir bersama ombak yang sangat kuat.Keganasan ombak memukul tepian sehingga terhakis segalanya. Bayangkan dek kerana emosi yang megatasi batas kewarasan diri sehingga boleh menghakis keimanan. Tapi tidak mengapa.Mungkin kerana perubahan hormon yang tidak stabil. Walau bagaimanapun sangat kasihan apabila mlihat manusia seperti ini. Hidup bagaikan terumbang-ambing tanpa pegangan . Hanya berubah sekejap-sekejap mengikut keadaan.Bagaikan lalang apabila ditiup angin ke kiri dan ke kanan.. Ingatlah,diri akan dinilai dari setiap tindakan. Bukannya kerana wajah dan personaliti yang di sebalik kepura-puraan.... Dan akhirnya kita bagai membadutkan diri di hadapan semua orang..

No comments: