SALAM PERJUANGAN
BUAT
SALAM PERDEBATAN…
Buat Rakan Seperjuangan untuk Debat FOMCA:
FAIZ,ADIB,FAHMI,SYIKIN,,, marilah kita bersam-sama berpadu dan bersatu hati dalam perjuangan ini,,,
"DEBAT NADA KEYAKINAN , NADI KEPIMPINAN"
SALAM PERJUANGAN
BUAT
SALAM PERDEBATAN…
Buat Rakan Seperjuangan untuk Debat FOMCA:
FAIZ,ADIB,FAHMI,SYIKIN,,, marilah kita bersam-sama berpadu dan bersatu hati dalam perjuangan ini,,,
"DEBAT NADA KEYAKINAN , NADI KEPIMPINAN"

Setelah sebulan aku praktikal bersama Kak Chik, maka tamatlah sudah Latihan Industri yang kami lalui…Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang aku timba…Jua kenanagan yang x akan pernah luput dari kotak memori aku..:Hampir setiap malam aku tido awal akibat keletihan.Kadang2 walupun cbuk praktikal, besenye sebelum balik aku dengn kak cik akan sempat gi shopping dulu..Kadang2 adelah rancngn n aktiviti kami yang tersendiri..hehehehe…
Sebelum balik, aku ade luahkan pada Tuan Majistret :
1) Rase cam nyesal x bawak buku Penal Code n Contract
2) Napelah x belajar Law of Evidence n CPC awal2…(Tuan senyum je)
3) Aku cakap kat Tuan, yang aku dapat belajar –cara perform dalam court x kesahlah kalu jadi DPP,
- segala macam prosedur dalam court
-mungkin akan datang kalu ade kesempatan aku nak libatkan dalam
'MOOTING' selain debat.
Selain tu, Ha!!ni lagilah kenagan aku x eh lupe..Kawan2 aku dari UiTM , UKM n USIM..Memang ukhwah yang baik.Kire sume 'satu kepale' ..Aku sisipkan juga kenangan gambar kawan2 ku di sana sebagai tatapan...:
Waktu2 tengah serabut..tengoklah meja tu...maklmlah...kami sume rajin......Buat2 rajin...ape x nye..kene wat 'submission'

Yang bestnye..Sume satu kepale...x de perbezaan,...seronok sangat!!!...

Bersama dengan kak tia n kak nadz
Secara konklusinye....kenangan bersama kalian semua x akan ku lupakan..Sayang sume...
Kirenye pas ni, kalu ade masalah senaglah nak rujk depe bab2 subjek law ni...
Kami puas ape yang kami buat...Terima kasih Tuan, terima kasih semua...
Segala pengalaman yang akuu dapat,mmbuatkan aku membuak2 untuk melibatkan diri
dalam kehakiman...Aku nak berjuang dalam sistem perundangan..walaupun ade byk halanh dan agak rase kegentaran, aku perlu pecahkan segala perasaan itu..
Sebb aku percaya "Aku yang perlu mulakan perubahan itu"

Kecewa??..memang kecewa..walaupun sudah berkali2 meletakkan janji yang sama..dan aleh2, sebab x de sesiapa yang mengingatkan, janji hanya tinggal janji dah diletakkan ditepi.Hai...malas dah aku nak ingatkan...dan malas dah nak wat post motrerm ke ap ke...biak pi lah..Nanti kalu aku publish aku di orator punye blog, x patut plak...Agak mengecewakan sangat2...lame2 pun dah naik fade up dah..Tapi nak wat cam ne,,X poelah ..tunggu jel lah t..suatu saat dan ketika...Aku rase isu pasal blog x update nih dah lame dah, dan sebelum nijadi isu besar gak...Aku kir, lebih3 kali dah soal blog oaraot perlu diupdate ni dinbangkitkan, tapi masalahnye, lagi2 time waktu cuti, sunyi sepi..alah...ame je pun time x cuti..
Adakah aku selaku Ketua Unit gagal dalam tanggungjawab aku untuk pimpin teman2 seperjuangan aku?....Mungkin bagi sesetengah orang ia kelihatan seperti perkara kecil yng x perlu diperbesarkan...Tapi tidak bagin aku..Once kalu ia memng dah melibatkan Unit B.Melayu, ia memng penting jgak..
Kadang-kadang aku rase lemah jagk...Tapi aku kuatkan jugak hati ni nak tegur..Maklumlah, bila kita terlalu rapat, kjadang2 orang x respect...Kalu cakap pun, ad gak nak melawan...Kecewa gak aku melihat sikap sesiapa yang brtindak begitu..
However dats not the point, dan satu lagi perkara, kadang2 bila aku on internet pun, nampak gak ade yang tengh online, n ade yang ngah online Frenster, x kanlah dok ingat gapo2 pasal blog nuh...Hish...
Mungkin salah aku gak, x tegas dan care pasal sume ni..Mingkin aku jgak lebih byk merungut, daripada bertindak..Dan ini adalah satu buktinye..Tapi, persoalanya, sedangkan sudah berkali2 diperingatkan, perkara yang sama dan sikap yang sma tetap berlaku..Bagi aku, masing2 bukannya budak kecil lagi yang perlu sentiasa utk diperigtkan..
Mungkin…nak kene ade insiden yang sedih2 sampai nangis2 baru nak update blog nih..Aku bukan x ikhlas dan nak berkira tentang blog yang aku update tuh, lagi pun bukannya banyak sangt, tapi agak kecik ati jgaklah..ade gak yang online pun wat x tahu je.., aku just mahu tunaikan janji2 yang pernah kami lafazkan dulu..
Jgnlah kerana mase waktu janji dilafazkan telah lama berlalu, membuatkan kita terus lupa akan semanagt dan azam kita..Ingatlah, bgaimana malamat perjuangan kita dulu wahai pejuang Debat Bahasa Melayu sekalian…Kita
Ingatkah kalian yang kita pernah dicemuh dan dkritik habis2an sebelum ni?..Nak ke ia berterusan??dan Berulang kembali??Aku x sanggup..walaopun aku ni x pandaI mane dalam pengurusan, dengan semngt yang ade pada ketika ini akan aku terus berjuang..
Walaupun masa



Bumbung tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja ranap
KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, runtuh semalam menyebabkan timbul pelbagai persoalan kerana stadium bernilai RM292 juta itu baru setahun digunakan.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, struktur bahagian bumbung di tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja ranap dan menimpa sebuah kereta, tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletak berhampiran kawasan itu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengulas kejadian itu, mengarahkan kerajaan Terengganu melakukan siasatan segera kerana ia tidak sepatutnya berlaku berikutan stadium itu baru disiapkan dan digunakan pada Sukan Malaysia (Sukma), tahun lalu.
“Hal-hal sebegini yang menyebabkan kita tidak berpuas hati... adakah kejadian itu kerana kontraktor, perunding yang tidak melakukannya dengan betul atau pihak yang mengesahkan kerja akhir tidak membuatnya secara teratur.
LIHAT MUKA 7
DARI MUKA 1
“Ia mungkin juga disebabkan hal-hal di luar jangkaan yang kita tidak tahu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Titian Gemilang kelima di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya,
Stadium yang boleh memuatkan 50,000 orang itu, dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dan yang pertama di Asia dibina menggunakan sistem bumbung tanpa sokongan tiang.
Muhyiddin berkata, beliau memahami jika kerosakan hanya berlaku sedikit dan bukannya membabitkan keruntuhan yang teruk.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata kejadian itu dianggar membabitkan kerugian kira-kira RM25 juta.
"Memang kita dukacita dengan kejadian ini, tetapi saya bersyukur kerana tidak ada yang cedera. Kebetulan tidak ada sebarang majlis berlangsung dan pekerja yang sedang melakukan kerja pembersihan stadium juga selamat," katanya.
Insiden itu berlaku sehari sebelum Kejohanan Sukan Staff IPTA ke-34 yang sepatutnya bermula hari ini hingga 13 Jun.
Berikutan kejadian itu, kejohanan yang dijadual disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 5 Jun, dipindahkan ke beberapa lokasi lain.
Sementara itu, seorang jurutera sebuah syarikat kejuruteraan tempatan yang mahu dikenali sebagai A Mohamed, mendakwa beliau sudah memaklumkan kepada beberapa agensi berkaitan mengenai keadaan struktur bumbung itu yang melengkung.
“Keadaannya semakin ketara sejak beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat aduan yang disertakan gambar mengenai keadaan struktur bumbung yang terdedah kepada bahaya, tetapi tiada tindakan diambil.
"Lengkungan pada struktur bumbung tanpa sokongan tiang itu dapat dilihat dari jauh dan setiap kali melihatnya saya bimbang sesuatu yang buruk akan terjadi dan kebimbangan saya menjadi kenyataan hari ini (semalam)," katanya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1, Pauzan Ahmad, berkata runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter daripada keseluruhan 134 meter di kawasan tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja.
“Kami mendapat maklumat pada jam 9.45 pagi dan tiga jentera yang bergegas ke tempat kejadian sampai tujuh minit kemudian dan terus membuat penilaian bagi memastikan tiada mangsa terperangkap dan menentukan adakah akan berlaku lagi runtuhan," katanya ditemui di tempat kejadian.
Seorang juruteknik elektrik, Hanafiah Osman, 27, pula berkata dia sedang membaiki lampu jalan di luar stadium itu apabila mendengar bunyi besi berkeriut sebelum struktur bumbung berkenaan runtuh.
"Keadaan ketika itu sungguh mengerikan. Walaupun sedang dalam ketakutan, saya turun dari tiang untuk cuba menyelamatkan kereta saya tetapi sudah terlambat. Rakan saya juga terpaku melihat kemusnahan itu," katanya.
Kereta Perodua Kancil milik Hanafiah yang diletak berhampiran kawasan itu ranap apabila ditimpa runtuhan bumbung itu.
Alhamdulillah..sedar x sedar dah 3 hari aku mula praktikal...Agak keletihan dan kepenatan..huhuhu.. Mau.. x nyer, mahkamah tempat aku parktikal dengan kak cik jauh gak,,dalam lebih kurang 40 minit lar kalu bawak kete tu takat 80 km/j...bawak 100 km/j sampai court lebih kurang 30 minit.. Hari ni masuk hari ketiga,,pagi2 dah kene sound dengan ibu aku..hhuhuhu cakap bawak laju sangt..tapi bagi aku standard je tuh.hihihihi..Tapi x pelah..nasihat bu tu kan penting..ade rahmatnye..ade hikmahnye..Okay sambung citer....Firs day ak mendftrkan diri ke makamah Majistert Kuala Selangor pada hari Isni 18 hb Mei..Fuh!..bagun awal jam 5..kol 6.30 dah bertolak...sampai lebih kurang jam 7.10 pagi.. Kene bertolak awal..Sebab jalan dekat dengn rumah nih cepat jam.maklumlah dekat dgan sekolah.. Nk sampai ke Tanjong Karang tu dah satu hal, jam lagi.huih..JAlan bahaya...Memng bahaya. Maklumlah... Bak kate TUan Viki, Majistert tu, katenye kene ati2 sbb jalan area sini adalah jalan yang pling smbng byk kadar kemalng jalan raya..hmmm..memang betul pun..CUAK gak aku..Tawakkal je lah..
| BIL | TARIKH & HARI | SUBJEK |
| 1 | 20 April 2009 (Isnin) | ULUM QURAN |
| 2 | 22 April 2009 (Rabu) | FAMILY LAW |
| 3 | 25 April 2009 (Sabtut) | MUET |
| 4 | 26 April 2009 (Ahad) | LAW OF EQUITY |
| 5 | 30 April 2009 (Khamis) | LAW OF CONTRACT II |
| 6 | 3 Mei 2009 (Ahad) | LAW OF PARTNERSHIP |
| 7 | 4 Mei 2009 (Isnin) | LAW OF TORT II |
| 8 | 11 Mei 2009 (Isnin) | MUET (Speaking) |

Lame x update blog nih..Kerana kesibukan dan aku lebih mengutamakan yang lebih utama, aku kene korbankna diri aku dari mengupdate blog aku nih...Sem ni memang terase pemdek.. Sume kerja kene wat dengan rushing dan x boleh bertangguh....x update ni bukan bermakna aku dah xkan kongsi bercerita dah, dan aku ketandusan idea untk menulis...tapi....mmm.yang macm aku katekan td, aku lbih rela wat perkare yan aku rase lbih pnting daripada sentiase mengupdatelogaku nih..Lagi puyn bukannye wajib pun…Kalu leh, biar ade mood n idea aku nak tulis nn cerita, aku wat…Sebab kalu leh Aku x naklah cerita mngarut2 n meleret2 sangat..Nanti takut entry blog aku ni dipenuhi cerita yang berkisar hidup aku semata-mata.. Tak nak aku,”Masuk Bakul Angkat Sendiri" ...Nak wat pe... Kisah peribadi dan segala yang berkaitan dengan hidup yang terlalu sensitif untuk dikongsi, biarlah hanya aku dan Allah sahaja yang tahu..Kang cerita nanti, orang meluat pulak...hihihi..=p...
By the way, sok ade test contract...Ready??......Am I ready for dat?? ..mmmm.. Alhamdulillah.. ready...insyaallah. I hope so...hihihii..Tunggulah,,, sok nak gi berjuang...!Siap ko "Illegality".......tu tajuk yang masuk test sok tau..Best gak tajuk tu…. Punye banyk..Pergh....!Memang marvelous...Kes, fuh!..Usah cerite, nak mengingat macam dah nak masuk final dah ghupenye,,,,Punyelah banyak..Masyalaah...Tapi dengan waktu yang agak singkat dalam membuat persediaan untuk besok,, aku rancng strategi untuk menghdamkanya dalam kotak ilmu aku yang terletak di dalam kepala nih....huhuhuhu...ntak btol ntah idak strategi tuh…Yakin jelah…Nak uji Berjaya orx, tunggulah besok…Mudah2an x delah mane2 kotak tu bocor or berlubang...Walaupun pada hakikatnye aku berusaha menahan ia daripada berlubang dengan menampal dan menahannya sedaya yang mampu..siksa2.....nak keluarkan sok kene berhati2.. X le terlalu teruja sangat.. Takot, tercampur aduk untuk diletakan pada tempat yang sepatutnye,,,,Skema ayat…Okaylah..Time to sleep..Must get enough rest..Dats can give u energy for tomorrow...For tomorrow , it just dat, I wanna say Tawakkaltu 'ala Allah......Salam semua.. Gud Luck kawan2....=)
"KUALA LUMPUR 8 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan semalam.
Beliau berkata, berdasarkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa pertimbangan mereka bukanlah bersandarkan perjuangan pendidikan kerana sanggup melanggar undang-undang, mengaitkan institusi istana dan mencemarkan imej masjid.
“Saya lihat ada hikmah di sebalik apa yang berlaku semalam.
“Sekurang-kurangnya orang ramai dapat melihat sendiri apa yang saya sudah tahu lama, iaitu di belakang gerakan ini ada dalang-dalang yang sanggup mengeksploitasi apa juga isu, memperalatkan sesiapa sahaja demi agenda politik sempit mereka.
“Saya tidak bermaksud semua yang terlibat (pertimbangan bukan berdasarkan kepentingan pendidikan) tetapi adakalanya mereka ini diperalatkan untuk kepentingan tertentu,” katanya ketika mengulas kejadian itu pada sidang media di kediamannya di sini.
Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) semalam menjadi kecoh setelah penyokong-penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.
Perhimpunan yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang.
Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menolak andaian bahawa demonstrasi jalanan itu didalangi individu dalam UMNO sendiri bertujuan menjatuhkan beliau pada pemilihan agung parti hujung bulan ini.
“Tidak. Kita dalam UMNO semua dididik untuk meletakkan kepentingan ramai lebih penting dan kedua, semalam saya tengok (dalam televisyen) tidak ada muka-muka yang saya cam macam orang UMNO, tetapi muka pembangkang ramai,” katanya."
Berikut adalah Laporan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini ynag bertarikh 9 MAC 2009.Melihat pada pergolakan seperti ini, timbul persoalan...But, before that, kenyataan dan pandangan saya ini bukanlah bermaksud menyebelhkan atau mahu menyalahkan satu pihak, just memberi pandangan dan komen melalui penilaiandan penilitian diri saya sendiri..Kot2 ade yang cop saye ni PEMBANGKANG..Kalu ade yang pikir cam tuh, memng sempitlah pemikiran korang yang pikir cam tuh..Kebiasaanya tiap apa yang berlaku msti ade Pro dan Kontranye kan?Walau bagaimanapun, saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai PPSMI. Hanya sekadar melihat apa kenyataan Laporan akhbar hari ini...Begini :
1) Mengapa perlu menyalahkan pihak pembangkang dek kerana melihat sekadar pemimpin politik menyertai demonstrasi tersebut dan mengatakan tindakan mereka hanya berkepentingn politik semata-mata dan bukan untuk kepentingan pendidikan?-sedangkan apa yang dituntut oleh pihak pembangkang hanyalah sekadar perjuangan asas sebagai satu entiti untuk x meneruskan PPSMI ini.
2)Adakah melhat mereka sebagai parti pembangkang dan melakukan perjuangan seperti ini, mereka seolah-olah tidak layak untut menuntut dan memperjuangkan perkara ini?Hanya sekadar melihat sebagai parti pembangkang, maka ia dijadikan isu yang besar dan tajuk berita utama. Let say kalu badan lain atau sesebuah entiti yang bukan dari kategori pembangkang, percaya @ x, ia x akan dijadikan isu besar dan menuduh atau mengatakan pihak tersebut sebagai "DALANG" sebagaimana label yang diberikan kepada pihak pembangkang mengenai isu ini.
3)Jika dkatakan, hanya melihat muka pembangkang yang ramai di dalam perarakan atau demonstarsi itu, dan orang UMNO x dpt dikenalpasti.Kebanayak n memakai pakaian pembangkang dan memegang logo-pakaian, sesiapa pun boleh pakai untuk melindungi identiti mereka. Manelah tahu ade jgak pihak yang lagi satu tu pakai pakaian pembangkang.HiHiHi...Sape tahu...=p..
4)Memang x dinafikan, kadangkala tindakan pihak pembangkang agak agresif dan keterlaluan, tetapi, kita melihat kebanyakan yang terlalu over actingnye adalah anak2 buah dibawah.Segelintir mereka sahaja yang melakukan tindakan tersebut hingga menyebabkan entiti itu sebagai 'pembangkang' jadi SINK & SWIM TOGETHER..Cuma, mereka boleh melakukan tindakan dengan penyerahan memorendum itu denagan cara dan laluan yanglebih berhemah.-apa yang dapat dilihat, tindakan mereka ini bukanlah menunjukan betapa bencinya mereka terhadap pelaksanaan kerajaan, it's just nak meluahkan betapa mereka menetang dan menolak sekeras-kerasnyapelaksanaa PPSMI, itu sahaja,mereka mahu membuktikan dan menunjukkan pada semua supaya suara mereka dapat didengari. Sekiranya mereka menyerahkan begitu sahaja just masuk ke bilik dan serahkan by hand macam nak hantar proposal, sudah tentu ia akan just put aside or throw it into dustbin..
RENUNG-RENUNGKAN......=)