Wednesday, June 3, 2009

Roboh ke Runtuh???...



Bumbung tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja ranap

KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, runtuh semalam menyebabkan timbul pelbagai persoalan kerana stadium bernilai RM292 juta itu baru setahun digunakan.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, struktur bahagian bumbung di tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja ranap dan menimpa sebuah kereta, tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletak berhampiran kawasan itu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengulas kejadian itu, mengarahkan kerajaan Terengganu melakukan siasatan segera kerana ia tidak sepatutnya berlaku berikutan stadium itu baru disiapkan dan digunakan pada Sukan Malaysia (Sukma), tahun lalu.

“Hal-hal sebegini yang menyebabkan kita tidak berpuas hati... adakah kejadian itu kerana kontraktor, perunding yang tidak melakukannya dengan betul atau pihak yang mengesahkan kerja akhir tidak membuatnya secara teratur.

LIHAT MUKA 7



DARI MUKA 1

“Ia mungkin juga disebabkan hal-hal di luar jangkaan yang kita tidak tahu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Titian Gemilang kelima di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Stadium yang boleh memuatkan 50,000 orang itu, dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dan yang pertama di Asia dibina menggunakan sistem bumbung tanpa sokongan tiang.

Muhyiddin berkata, beliau memahami jika kerosakan hanya berlaku sedikit dan bukannya membabitkan keruntuhan yang teruk.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata kejadian itu dianggar membabitkan kerugian kira-kira RM25 juta.

"Memang kita dukacita dengan kejadian ini, tetapi saya bersyukur kerana tidak ada yang cedera. Kebetulan tidak ada sebarang majlis berlangsung dan pekerja yang sedang melakukan kerja pembersihan stadium juga selamat," katanya.

Insiden itu berlaku sehari sebelum Kejohanan Sukan Staff IPTA ke-34 yang sepatutnya bermula hari ini hingga 13 Jun.

Berikutan kejadian itu, kejohanan yang dijadual disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 5 Jun, dipindahkan ke beberapa lokasi lain.

Sementara itu, seorang jurutera sebuah syarikat kejuruteraan tempatan yang mahu dikenali sebagai A Mohamed, mendakwa beliau sudah memaklumkan kepada beberapa agensi berkaitan mengenai keadaan struktur bumbung itu yang melengkung.

“Keadaannya semakin ketara sejak beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat aduan yang disertakan gambar mengenai keadaan struktur bumbung yang terdedah kepada bahaya, tetapi tiada tindakan diambil.

"Lengkungan pada struktur bumbung tanpa sokongan tiang itu dapat dilihat dari jauh dan setiap kali melihatnya saya bimbang sesuatu yang buruk akan terjadi dan kebimbangan saya menjadi kenyataan hari ini (semalam)," katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1, Pauzan Ahmad, berkata runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter daripada keseluruhan 134 meter di kawasan tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja.

“Kami mendapat maklumat pada jam 9.45 pagi dan tiga jentera yang bergegas ke tempat kejadian sampai tujuh minit kemudian dan terus membuat penilaian bagi memastikan tiada mangsa terperangkap dan menentukan adakah akan berlaku lagi runtuhan," katanya ditemui di tempat kejadian.

Seorang juruteknik elektrik, Hanafiah Osman, 27, pula berkata dia sedang membaiki lampu jalan di luar stadium itu apabila mendengar bunyi besi berkeriut sebelum struktur bumbung berkenaan runtuh.

"Keadaan ketika itu sungguh mengerikan. Walaupun sedang dalam ketakutan, saya turun dari tiang untuk cuba menyelamatkan kereta saya tetapi sudah terlambat. Rakan saya juga terpaku melihat kemusnahan itu," katanya.

Kereta Perodua Kancil milik Hanafiah yang diletak berhampiran kawasan itu ranap apabila ditimpa runtuhan bumbung itu.

Wednesday, May 20, 2009

Hari Praktikal Telah Bermula...! Syoknye...

Alhamdulillah..sedar x sedar dah 3 hari aku mula praktikal...Agak keletihan dan kepenatan..huhuhu.. Mau.. x nyer, mahkamah tempat aku parktikal dengan kak cik jauh gak,,dalam lebih kurang 40 minit lar kalu bawak kete tu takat 80 km/j...bawak 100 km/j sampai court lebih kurang 30 minit.. Hari ni masuk hari ketiga,,pagi2 dah kene sound dengan ibu aku..hhuhuhu cakap bawak laju sangt..tapi bagi aku standard je tuh.hihihihi..Tapi x pelah..nasihat bu tu kan penting..ade rahmatnye..ade hikmahnye..Okay sambung citer....Firs day ak mendftrkan diri ke makamah Majistert Kuala Selangor pada hari Isni 18 hb Mei..Fuh!..bagun awal jam 5..kol 6.30 dah bertolak...sampai lebih kurang jam 7.10 pagi.. Kene bertolak awal..Sebab jalan dekat dengn rumah nih cepat jam.maklumlah dekat dgan sekolah.. Nk sampai ke Tanjong Karang tu dah satu hal, jam lagi.huih..JAlan bahaya...Memng bahaya. Maklumlah... Bak kate TUan Viki, Majistert tu, katenye kene ati2 sbb jalan area sini adalah jalan yang pling smbng byk kadar kemalng jalan raya..hmmm..memang betul pun..CUAK gak aku..Tawakkal je lah..
Then, sambung citer, sampainya ak disana, aku jumpa dengan student dari UITM Shah Alam..prktikal gak..1 laki 2 pompuan.Sekang jadi kawan bek kami tau..Best..hahahaha..Macam2 telatah..Hari pertama kami dijemput masuk ke bilik Magistrt n sessi suai kenal..Fuh..Memng ramah tapi tegas orangnye...Dalam court memang takot tengk..Aku kira penglam yang agak interesting..sebab firs day kami terus masuk court dengr perbicaraan dan kes mohon reman,,Kebykkan kes dadah..Hari first jgak kami dberi tugas.Nak tahu ap??

ade ler.......hihihihihi...Ak rase beruntung sgt, sebb dapat tengk prosedure dal
am court dengn lebih jelas..dan setipa kali selepas kami dengr perbcaraan kami pasti akan dipanggil oleh tuan Viki untuk diterngkan prosedure flownye cam ne..memang jelas lah..alhamdulilah..Beliau memng seorang yang beretika dan berpegng padaprinsip..Suke tengok caranya dan ketegasannya..CAm ne pun katenye, walaupun beliau le masuk dengan semua orang tapi perlu jgak ade gab antara pekerja dengan majistret..Sebab itu adalah etika dan untuk elakkan aripada dipengaruhi.Bagi aku meng perlu..Tapi tgok memng beliau bukan jenis yang suka meninggi diri.. Just a humble person but brave and disciplined person. Aku rase nak ikut carenye tapi kalu le ikut acuan aku sendiri..
Perbicaraan di mahkamah Kuala selangor akan diadakan pada hari Isnin,Rabu dan Jumaat.. Manakala aku akan hadir di Mahkamah sg.Besar hari Selasa dan khamis..mmng dekat ..mudahlah aku...hihihii..Besok ari Khamis turn ke Sg. Besar..lewt ckit pegi..sebab dalam 15 mnit sampilah..ari selasa rituh pegi dah.. ade bay kes..Kes juvana pun ade..Macam2..Ha!.. by the way mesti plek kan nape kat Sg. Besar plak..Actually Tuan Magistret kami lead 2 court.. dan di Kuala Selangor adalah pusatnya..
HA.. NAK share satu cerita, pada hari pertama kami praktikal...pergi 6.30. balk betul2 rehat pun jam 9.30 malam..gara2 cari baju hitam putih kat sg. Besar. balik dari praktikal aku balik jam kat umah amik duit then trus pergi lagi dengan kak cik, x sempat nak tarik nafas lega pun...huhuhuh.. memng syok hidup nih..,.!alhamdulillah.....=)..Kaylah/...mate pun ah letih nih...nak solat dulu...then nak wat keje cikit...hihihihi..Lapang2 aku share citer lagi ....Mate pun dah letih, aku x sempat nak rehat dengn cukup pun sejak balik ituh.. Tap x pelah.. Kene ikhlaskan hati je lah ye....=)


Friday, May 15, 2009

Debat Integriti 2009 Kembali Lagi !!!!



Sebagaimana yang tertera, Pertandingan Debat Integriti kembali lagi..Maka pada esok hari akan bermulala pertandingan ini.. Sedihyne aku kerana x dapat bersama2 dalam perjunagn debat integiriti ini buat kali yang kedua.. Setelah pengalaman perataa sebelum ini aku hadir hanya sebagai penyokong dan pemerhati,,Kerana aku terlalu baru dalam arena debt.. Bermula dari situlah aku banyak belajar... Untk peluang yang kedua ini aku ada kekangan ynag x dapat dielakkan..Sedinhye.. Tapi x pe..Aku berdoa untuk perjuangan kalian dari jauh..Moga berjaya dan performlah yang terbaik ye...Hidup UDM!!!....Gud LUck to everybody..Aku yakin penyertaan kali ini mesti lebih meriah berbanding sebelum ini...

Annual Dinner Faculty of Law

Sebagaimana yang dijanjikan dulu...aku janji untuk mengupdate blog ini...Yang agak bersawang dan berhabuk..tu bak kate abang din...die kate blog aku berswang..memng pun..I cannot denied it..tu yag wat aku rase binding tuh bila die tag aku..huwa!....ADE JE WARNING YANG DIE BAGI...Nyampah tol..huhuhuhuh...tolong...!! tapi x pelah..Yelah2 aku update nih...By te way i wanna share somthing pasl annual dinner..by the way, for the annual dinner this time, sem aku yang arrange..ade sesuatu yang rahsia disebalik pelaksanaan annual dinner...aku kira semua orang tak tahu ade rahsia disebaliknya..x de sape tahu...kihkihkihkih..kawan2 aku pun..Tapi biarlah rahsia..Yang palng penting semuanya dah lepas..Tapi kasihan gak tengok meeka yang bertungkus lumus..Terutama pengarah program Alif. dibantu azimah n yng len.Kesian masing2 pening kpale..Macam2 dugaan..Bermula dari tempat, sampailah ke makanan,, sampailah masalh pasal empat lagi..Maklumlha annual dinner tempat nak kene bagus2..x nak cikai2...Aku kagum tngok usaha masing2..
Bukanlah bermasud aku x tolong..Aku ajk bwah exco tempat.. Tolong mane yang patut.Tapikan, sepanjang aku perhati psal pengurusan untuk annual dinner, memng masing2 berbakat dalam kepimpina..memng aku sollute lah pada depe..Sampai timbul konflik..For me its common when we try to manage n arange somtnhg..kita x le nak puaskan hati sume..However, dari tulah adenye 'CHECK & BALANCE".. That the most importnt jgn salah cara klau kita nak sampaikan sesuatu cadangn.N kalu le jgn nampak sgt yng kita ni terlalu ikut peraaan n ske wat kepala sendiri..Kene slow talk n consider... Baru bagus n professinal.. kan Molek gituh,.. Senag nak berurusan.. Tol x?..Hihihii..however. alhamdulillah kami semua telah wat yng terbaik..Agak puas hati kerana tanggungjawab yang diberikan telah dilaksanakan denga sebaik mungkin..Alhamdulilah..Masing2 lega...By the way theme untuk annual dinner rituh,bukan saje utk makan2 je tau, but, kami ade majlis penyampaian anugerah pelajar yang dapat Dekan n also meraikan kakak n abang2 part 6 yang dah nak abis.Yang pelinye tema untuk part 6 ni kate theme malaysian cutom, tapi tup2 rupenye ade yang pakai arabic..Confuse aku..Tapi x kesahlah...Asalkan bahagia..hihihi..Meh..aku ade titipkan sikit gambar untuk tatapan kalian..hihihi..Have a look..






Nilah kakak2 part 6 yang dirai..Last dah depe nih...



Ni plak kawan2 kelas aku yang bergaya sakan...Demi annual dinner tu....
Dari kiri : Suni, Izzah, Silah, Miza, Ifah, n Nik zaimah yang ala2 gadis melayu asli..kihkihkih



Kami sempat bergambar dengan sir mokhtar dan isterinya.. Letcurer yang sempat mengajar
selama satu bulan sahaja.Memang funny and bersemnt bila mengjr..Coz kekangan masa as lawyer, beliau x dapt teruskan untuk mebgajr. Hanya smentara j..




Aku pun nka bergaya gak..hihihi..Simple je..Dengan muka ang agak serius dan yakin.. Maklumlah..bakal lawyer..Ceh! konon je..x pe2..yang penting kene confident..




Ni aku dengan izzah...Napelah aku muke x de mood nih..Owh ye,...Aku baru bek demam panas mase tuh.. Dengan fikirin yang agak blur...

Sunday, April 12, 2009

FINAL DAH DEKAT!!!!

Assalamualaikum...exam final dekat dah..lagi 6 hari je lagi..huhuhu..preparatin ,masih lagi x seberape...rasenye aku kene rancang strategi untuk pulon time final nih.....huhuhu..malam ni cam x le study je...fix sangt, ni pun baru wat assingmnt PARTNERSHIP..n edit surat sikit. N wat bende len..hehehehe..Nak tahu??Ade ler!!..Ni pun just curik waktu sikit untuk update blog...Bile yek aku nak share photo annual dinnetr??,,,,,,,mmm.....nanti2 lah ye...Jadual Exam memang padat..!tapi okaylah kot..Kali n i x de mase dah ade gap nk enjoy2 ni..Tunggulah pas abis exam nih...Nak tengok jadual Exam Diploma Law part IV??...

BIL

TARIKH & HARI

SUBJEK

1

20 April 2009 (Isnin)

ULUM QURAN

2

22 April 2009 (Rabu)

FAMILY LAW

3

25 April 2009 (Sabtut)

MUET

4

26 April 2009 (Ahad)

LAW OF EQUITY

5

30 April 2009 (Khamis)

LAW OF CONTRACT II

6

3 Mei 2009 (Ahad)

LAW OF PARTNERSHIP

7

4 Mei 2009 (Isnin)

LAW OF TORT II

8

11 Mei 2009 (Isnin)

MUET (Speaking)

Friday, March 27, 2009

Ape puncenye??


Assalamualaikum & Selamat petang....Pada petang yang hening ini aku nak berkongsi 1 cerita....Yang membuatkan aku tertanya-tanya ....apa puncanya...hihihihi...Nak tahu pasal ape?hehehehe..Cam suspend je kan... X de pelah...Just nak cerita, hampir dalam 20 orang jugak kawan kelas aku yang demm...demam bergilir... Kelas ari rabu tadi sahaja ade 25 owng je yang hadir ke kelas dari 43 owang...Dahsyat sungguh...Aku kire rekod pencapaian kehadiran ke-2 yang terendh untuk sem ni berbanding buka cuti semnggu sebelum ni,...Pertama kali ramai x datng sebab demam....Tadi aku dengn grup Family Law discuss untuk slide show, masing2 dok kecoh pasai hal ni....Pelik sungguh secara beramai2 demam..hihihihi..'secara beramai-ramai demam'???ape ke peliknye ayt nih....a! xpelah...asal aku pahamdah ar...!sambung balik cerita, Terdapat 2 presumption yang aku kira agak x logistik..hihihi..Tapi ini adalah sekadar berkongsi cerita sahaja tau.... 1) bak kata azrul dengn fandi, "DEMAM BUKIT AMAN" katenye,, sebab, yang mule2 sekali demam , adalh budak suksis yang baru balik lawatn dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mule2 demam Fadhil, then diikuti oleh Ifa,,Sian depe,,Demam panas tuh!...,,ade plak name demam tu 'Demam Bukit Aman ye...Kalu Demam Denggi, Demam Campak, Demam Chikungunya, pernah gk aku dengar,,,,kalu DEMAM BUKIT AMAN, baru lgi tuh...huhuhuhuh...
Dahlah time ramai ade symptom nak demam tuh, ade test contract..Pergh!!!! dengan soalan yang agak mencabar, dengn kesihatan yang diuji...Masyaallah...Kasihan gak aku tgok kawn2,,, Aku dapat rasekan , betape x selesa n x ketahuannye rase dengn nak jawb soaln lagi..Memang allah nak uji....Aku tengok An dengan mate yang merahbesenye kalu mate merah cam tu, suhu badan terlalu panas....dengan Dayah budak kelas aku yang aku kire paling happy dalam dunia kelas kami tuh, tibe2 jadi pendiam plak...setahu aku waktu diam die waktu solat dengan tidur je...hihihihihi..just kidding..Ha!...bagi tuh, kak cik pun x dtg kelas.. terkejut gak aku...Pun demam jgak..huih!....
2) presumption yang second "DEMAM ANNUAL DINNER...kihkihkih...agak menarik name tu...nak tahu sbb ape?..Untuk annual dinner sem ni, semester aku yang manage & arrange...mungkin sebab tension n xcited dan bersungguh-sungguh, tu yang demam tuh...Ha...Macam-macamlah...X pelah..aku harap jangan demam mase final udah ler..Sekang n, aku pun x bpe sihat sangat..panas dalam. Nak demam tapi x macm nak demam....macam2 rase...huhuhuh..X pelah...presumption tadi tuh sekadar selingan sahaja tau...Perlu diingat....Ape2 kita perlu kembali kepada Yang Maha berkuasa,,, Allah Taala...Yang kurniakan sakit dan sihat....segalanya adalah dariny..Moga kalian teamn2ku sihat selalu dan begitu juga untuk diri ku ini...Sakit kita adalah diuji....Sekiranya kita redha dan ikhlas, ia dapat mengkifarahkan dosa-dosa kita semua....
Sabar ye semua...Makan ubat jagn lpe..Tata...nak siapkan slide untuk present equity and family law....=p

Tuesday, March 24, 2009

TEST CONTRACT II

Lame x update blog nih..Kerana kesibukan dan aku lebih mengutamakan yang lebih utama, aku kene korbankna diri aku dari mengupdate blog aku nih...Sem ni memang terase pemdek.. Sume kerja kene wat dengan rushing dan x boleh bertangguh....x update ni bukan bermakna aku dah xkan kongsi bercerita dah, dan aku ketandusan idea untk menulis...tapi....mmm.yang macm aku katekan td, aku lbih rela wat perkare yan aku rase lbih pnting daripada sentiase mengupdatelogaku nih..Lagi puyn bukannye wajib pun…Kalu leh, biar ade mood n idea aku nak tulis nn cerita, aku wat…Sebab kalu leh Aku x naklah cerita mngarut2 n meleret2 sangat..Nanti takut entry blog aku ni dipenuhi cerita yang berkisar hidup aku semata-mata.. Tak nak aku,”Masuk Bakul Angkat Sendiri" ...Nak wat pe... Kisah peribadi dan segala yang berkaitan dengan hidup yang terlalu sensitif untuk dikongsi, biarlah hanya aku dan Allah sahaja yang tahu..Kang cerita nanti, orang meluat pulak...hihihi..=p...

By the way, sok ade test contract...Ready??......Am I ready for dat?? ..mmmm.. Alhamdulillah.. ready...insyaallah. I hope so...hihihii..Tunggulah,,, sok nak gi berjuang...!Siap ko "Illegality".......tu tajuk yang masuk test sok tau..Best gak tajuk tu…. Punye banyk..Pergh....!Memang marvelous...Kes, fuh!..Usah cerite, nak mengingat macam dah nak masuk final dah ghupenye,,,,Punyelah banyak..Masyalaah...Tapi dengan waktu yang agak singkat dalam membuat persediaan untuk besok,, aku rancng strategi untuk menghdamkanya dalam kotak ilmu aku yang terletak di dalam kepala nih....huhuhuhu...ntak btol ntah idak strategi tuh…Yakin jelah…Nak uji Berjaya orx, tunggulah besok…Mudah2an x delah mane2 kotak tu bocor or berlubang...Walaupun pada hakikatnye aku berusaha menahan ia daripada berlubang dengan menampal dan menahannya sedaya yang mampu..siksa2.....nak keluarkan sok kene berhati2.. X le terlalu teruja sangat.. Takot, tercampur aduk untuk diletakan pada tempat yang sepatutnye,,,,Skema ayat…Okaylah..Time to sleep..Must get enough rest..Dats can give u energy for tomorrow...For tomorrow , it just dat, I wanna say Tawakkaltu 'ala Allah......Salam semua.. Gud Luck kawan2....=)

Monday, March 9, 2009

ISU PPSMI



Didalangi pembangkang

"KUALA LUMPUR 8 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan semalam.

Beliau berkata, berdasarkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa pertimbangan mereka bukanlah bersandarkan perjuangan pendidikan kerana sanggup melanggar undang-undang, mengaitkan institusi istana dan mencemarkan imej masjid.

“Saya lihat ada hikmah di sebalik apa yang berlaku semalam.

“Sekurang-kurangnya orang ramai dapat melihat sendiri apa yang saya sudah tahu lama, iaitu di belakang gerakan ini ada dalang-dalang yang sanggup mengeksploitasi apa juga isu, memperalatkan sesiapa sahaja demi agenda politik sempit mereka.

“Saya tidak bermaksud semua yang terlibat (pertimbangan bukan berdasarkan kepentingan pendidikan) tetapi adakalanya mereka ini diperalatkan untuk kepentingan tertentu,” katanya ketika mengulas kejadian itu pada sidang media di kediamannya di sini.

Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) semalam menjadi kecoh setelah penyokong-penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.

Perhimpunan yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang.

Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menolak andaian bahawa demonstrasi jalanan itu didalangi individu dalam UMNO sendiri bertujuan menjatuhkan beliau pada pemilihan agung parti hujung bulan ini.

“Tidak. Kita dalam UMNO semua dididik untuk meletakkan kepentingan ramai lebih penting dan kedua, semalam saya tengok (dalam televisyen) tidak ada muka-muka yang saya cam macam orang UMNO, tetapi muka pembangkang ramai,” katanya."

Berikut adalah Laporan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini ynag bertarikh 9 MAC 2009.Melihat pada pergolakan seperti ini, timbul persoalan...But, before that, kenyataan dan pandangan saya ini bukanlah bermaksud menyebelhkan atau mahu menyalahkan satu pihak, just memberi pandangan dan komen melalui penilaiandan penilitian diri saya sendiri..Kot2 ade yang cop saye ni PEMBANGKANG..Kalu ade yang pikir cam tuh, memng sempitlah pemikiran korang yang pikir cam tuh..Kebiasaanya tiap apa yang berlaku msti ade Pro dan Kontranye kan?Walau bagaimanapun, saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai PPSMI. Hanya sekadar melihat apa kenyataan Laporan akhbar hari ini...Begini :

1) Mengapa perlu menyalahkan pihak pembangkang dek kerana melihat sekadar pemimpin politik menyertai demonstrasi tersebut dan mengatakan tindakan mereka hanya berkepentingn politik semata-mata dan bukan untuk kepentingan pendidikan?-sedangkan apa yang dituntut oleh pihak pembangkang hanyalah sekadar perjuangan asas sebagai satu entiti untuk x meneruskan PPSMI ini.

2)Adakah melhat mereka sebagai parti pembangkang dan melakukan perjuangan seperti ini, mereka seolah-olah tidak layak untut menuntut dan memperjuangkan perkara ini?Hanya sekadar melihat sebagai parti pembangkang, maka ia dijadikan isu yang besar dan tajuk berita utama. Let say kalu badan lain atau sesebuah entiti yang bukan dari kategori pembangkang, percaya @ x, ia x akan dijadikan isu besar dan menuduh atau mengatakan pihak tersebut sebagai "DALANG" sebagaimana label yang diberikan kepada pihak pembangkang mengenai isu ini.

3)Jika dkatakan, hanya melihat muka pembangkang yang ramai di dalam perarakan atau demonstarsi itu, dan orang UMNO x dpt dikenalpasti.Kebanayak n memakai pakaian pembangkang dan memegang logo-pakaian, sesiapa pun boleh pakai untuk melindungi identiti mereka. Manelah tahu ade jgak pihak yang lagi satu tu pakai pakaian pembangkang.HiHiHi...Sape tahu...=p..


4)Memang x dinafikan, kadangkala tindakan pihak pembangkang agak agresif dan keterlaluan, tetapi, kita melihat kebanyakan yang terlalu over actingnye adalah anak2 buah dibawah.Segelintir mereka sahaja yang melakukan tindakan tersebut hingga menyebabkan entiti itu sebagai 'pembangkang' jadi SINK & SWIM TOGETHER..Cuma, mereka boleh melakukan tindakan dengan penyerahan memorendum itu denagan cara dan laluan yanglebih berhemah.-apa yang dapat dilihat, tindakan mereka ini bukanlah menunjukan betapa bencinya mereka terhadap pelaksanaan kerajaan, it's just nak meluahkan betapa mereka menetang dan menolak sekeras-kerasnyapelaksanaa PPSMI, itu sahaja,mereka mahu membuktikan dan menunjukkan pada semua supaya suara mereka dapat didengari. Sekiranya mereka menyerahkan begitu sahaja just masuk ke bilik dan serahkan by hand macam nak hantar proposal, sudah tentu ia akan just put aside or throw it into dustbin..

RENUNG-RENUNGKAN......=)

Wednesday, March 4, 2009

Ape dah jadi ni...?

Ya allah...jam dah menunjukkan hampir jam 6 pagi...aku x boleh tidur langsung dari malm tadi...padahal semalam x tidur pun tengahari...Letihnye..Masyaallah...Banyk btul yang bermain dalam fikiran ni...Ya allah..Berilah ketenangan pada hatiku sentiasa...Permudahkanlah segala yang sukar kepadaku...Jangan biarkan kerungsingan ini terus membelenggui diriku....Engakau sahaj yang maha mengetahui..Tidak terdaya untuk aku mencoretkan dalam entry ini apa yang terkandung dan terbuku dalam hati ini ya allah....Jiwaku merintih ya Allah...Melonjak2 bagaikan ku ingn melepskan segalanya...Hanya padamu ku merintih Ya Allah...Kerana Engkau yang maha mengetahui..Cintaku kepada-Mu melebihi segalanya Ya Allah....Pelbagai laluan dan jalan yang telah ku lalui sebelum ini Ya Allah... Engkau sentiasa bersamaku dan memberi kekuatan kepadaku...Walaupun di saat aku jatuh tersungkur, aku masih lagi mampu dan gagah untuk terus berdiri..Kerna satu yangku pegang....Pada matlamat aku yang satu........Justeru berikanlah aku kekuatan ya Tuhan......




Monday, March 2, 2009

Untuk Sahabat Ku....

dari kiri : Saidatul,Husna, dayah, Hidayah, Huda
tengah yang kecik molek tuh, Samhana



Ape khabar sahabt2ku di sane?Lame sungguh x dengar berite...Rindu x terkate saye pada kalian,,, Maaf lame dah kita x contact..Tapi yang pastinya, korang tetap ada dalam ingatan ini...teringat waktu zaman sekolah dulu...Buat ape sahaje, pasti kita buat bersama..Terima kasih sangat2, sebab sebelum saya pulang kembali ke UDM pada cuti mid sem tadi, korang wat majlis besday utk saye...masyaallah...walapun sahabt sibuk dengan urusan masing2, dapat juga sahabt meluangkan masa bersama saya...Terima kasih.. Bila berada berjauhan, kadang-kadang tersenyum saye berseorangan sebab teringat kenangan kita bersama, da kadagkala juga, menitis air mate kerana terlalu merindui sahabt2ku...teringat bila saye berduka, pasti kalian berada di sisi, segalanya kita berkongsi bersama..Kalianlah sahabt saye dunia akhirat...Tidak ada penggantinya.Walaupun jarak memisahkan kita, doa saye sentiasa mengiringi kalian,. Masih ingat kan janji2 kita dahulu.? Kita akan berjuang dan mencapai matlamt yng kita impikan....Insyaallah..Salam sayang buat sahabat2ku Huda, Hidayah, Saidatul dan Husna.....

Wednesday, February 25, 2009

Wajarkah Kanun Keseksaan Diperkenalkan Kepada Pelajar?

Salam mahabbah dan salam apresiasi kepda semua..Melihat pada senario ketika ini terlalu menyedihkan apabila melihat remaja yang merpakan harapan bangsa bertindak sesuka hati dalam setiap tindakan. Terlalu menyedihkan apabila tindakan mereka telah menyebabkan orang lain menjadi korban. Kita lihat bagimana negara kita baru2 ini telah digemparkan oleh kematian Muhd Adzrin , 16 yang telah cedera dipukul dengan menggunakan besi dan topi keledar oleh sekumpulan remaja yang berumur antara 16-18 tahun.Kes ke-2 , Ahmad Shafei Ihsanul Kamil, 16, yang juga merupakan seorang pengawas disekolah, telah cedera di badan dan lutut akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar kerana mereka telah ditegur supaya tidak membuat bising. Betapa berani dan melampaunya tindakan mereka sehingga sanggup melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan...

Apakah langkah yang seharusnya diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus menular dan menjadi barah dalam diri remaja kita.. Pada masa ini bukanlah masa dan ketikanya untuk kita saling menuding jari untuk menyalahkan sesetengah pihak.Kita harus bersam-sama berusaha dan bekerjasama dalam menggembleng masalah ini..Baru2 ini satu cadangan telah diajukan oleh Setiausaha Agung Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng supaya 'Kanun Keseksaan diajar kepada semua pelajar di sekolah...Apakah pandangn kalian.Adakah wajar atau tidak???...Pada pandangan saya walaupun 'Kanun Keseksaan' ini kebiasaannya diajar kepada pelajar undang-undang sahaja saya kira wajar sekiranya ia diajar kepada setiap orang. Di peringkat sekolahlah adala satu permulaan yang baik untuk mngajar dan mendidik mereka supaya diterapkan nilai2 moraliti yang sepatutnya ada pada masyarakat.
Apabila diajar Kanun Keseksaan ini, percaya atau tidak, sudah pasti ia dapat memberi pendedahan tentang kesan dan akibatnya apabila melakukan kesalahan..Sangat wajar sekiranya ia diajar kepada pelajar sekolah.Secara tidak langsung, ia dapt menerapkan nilai moraliti dan mendidik diri para remaja kita supaya tidak bertindak sesuka hati kerana mereka takut akan akibat yang bakal ditanggung. Seharusnya selepas ini, kita tidak akan berkompromi untuk membela mereka, walaupun mereka yang berumur di bawah 18 thun hanya disabitkan sebagai kesalahan juvana dan tidak boleh dibicarakan di mahkamah biasa, seharusnya kesalahan yang mereka lakukan perlu dibicara dan dihukum denagan sama rata dan saksama.Perbicaraan yang selama ini dilakukan secara tertutup demi menjaga kepentingan dan identiti mereka, seharusnya pada sesetengah kes yang melibatkan kes buli dan pembunuhan harus dibicara secara terbuka.. Oleh yang demikian ia dapat memberi pengajaran kepada yang lain...Melihat kepada situasidan senario yang berlaku dalam kalangan remaja kita, maka wajar sekiranya Kanun Keseksaan ini diajar kepada semua pelajar.

Thursday, February 19, 2009

PERTANDINGAN DEBAT NAIB CANSELOR DI UMT



Satu pertandingan debat Naib Canselor di UMT diadakan hari ini. Ia akan berlangsung bermula pada 20-21 Februari 2009. Alhamdulillah dan jutaan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menjemput pendebat junior UDM, sebagai pasukan SWING untuk bertanding dlm kategori Bhasa Melayu. .Para pendebat senior B.Melayu dan B.Inggeris juga telah dijemput hadir sebagai juri. Bagi pendebat junior ,Syikin, Faiz Taufiq dan Hanas selamat berusaha dan buktikan kemampuan anda.Saya kira jemputan mereka sebagai pasukan SWING adalah 1 peluang yang baik sebagai batu loncatan untuk mereka mebawa diri dan beraksi serta menguji tahap kemampuan sebagai orang baru dalam dunia perdebatan. Syabas saya ucapkan.........Selamat Maju Jaya..!!=)..Dan bagi para juri jemputan, ini telah membuktikan betapa pihak peganjur begitu yakin dan percaya terhadap tahap kemampuan kalian.Maka hakimilah mereka yang berdebat dengan adil dan saksama.Selamat menjalankan tugas..

Wednesday, February 18, 2009

Ucapan Maaf Kepada Semua

Salam dan ucapan maaf kepada semua yang melewati blog saya ini. Kerana sudah terlalu lama saya x mengupdate blog ini. Tidak ada entry baru. Dibiarkan sepi dan berusang. Mungkin atas kelemahan saya sendiri. Ini disebabkan kekangan masa yang terlalu sibuk dengan pengurusan Kelab Orator Unit Bahasa Melayu, jadual kuliah yang terlalu padat dan urusan lain, sehingga saya meminggirkan blog ini. Ada orang bertanyakan pada saya, dan menyindir secara sinis..Tapi saya tidak kisah.. Yang pentingnya saya tahu apa yang perlu lebih diutamakan...Kerana sesungguhnya bukan semua perkara perlu dikongsikan. Insyaallah, mungkin selepas ini, saya akan mempebaiki dan mungkin akan berkongsi serba sedikit pengalam dan isu terkini. Saya sedang mencari ruang dan dan masa untuk saya merancang strategi untuk menguji minda berani untuk mengupas isu2 terkini.


Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi serba sedikit sepanjang pengurusan dalam Kelab Orator Unit Bahasa Melayu, bertugas di bahagian pengurusan bukanlah mudah setelah 2 bulan memegang mandat untuk meneruskan perjuangan menggerakkan kelab bersama teman2 seprjuangn..Pada awalnya, kami bagitu teruja apabila melihat ahli yang begitu ramai.. Kami mengharapkan sokongan dan usaha yang terus menerus daripada setiap ahli untuk bersama-sama berjuang.Mungkin satu hari nanti mungkin mereka bakal menjadi pendebat yang dapat mengaharumkan nama UDM. Perjuangan mereka bersama-sama kami...Objektif dan matlamat utama bukanlah sekadar menjadi pendebat, tetapi membina keyakinan diri dan menjadi seorang yang ' out spoken' sebagai mana yang selalu ditekankan oleh abng Bob, Iaitu mantan Ketua Unit Bahasa Melayu, UDM.Walau bagaimanapun setelah 2 bulan usaha yang dijalankan untuk mengekalkan bilangan ahli, akhirnya jadi sebaliknya. Sudah dijangka keadaan sebegitu akan berlaku.. Cuma,pada asalnya kalau boleh pihak pengurusan mahu melihat tahap komitmen mereka..Dan akhirnya, kami mendapat jawapannya. Mungkin kerana sibuk dengan kekangan masa yang terlalu padat dengan minggu 'test'. Kami tidak menyalahkan mereka, kerana merka mempunyai hak masing2. Kami cuma sekadar membantu dan bersma-sama belajar untuk memperbaiki diri supaya lebih berkeyakinan dan mencapai matlamat dan objektif kelab. Kerana sesungguhnya kami juga seperti ahli-ahli lain yang bersama-sama belajar membina keutuhan diri.Sepanjang pengurusan kelab bersama teman-teman , kami juga belajar untuk memecahkan ketakutan dan berhadapan dengan semua orang..Segala komentar dan pandangan yang baik mahupun sinis kami ambil dan kami telan bersama-sama. Memang 1 cabaran.


Mantan Presiden kami, Abang din seperti biasa dengan lantang dan pedasnye mengkritik pengurusan kami..Memang perit dan pahit untuk ditelan, kami terimanya sebagai cabaran dan ujian.Tidak dinafikan, mungkin atas kelemahan kami juga. Saya yakin kalau kami bersatu untuk memperbaiki lagi perjalanan pengurusan ini pasti kami akan bergerak dengan lebih baik. Walau pun ada segelintir kami yang memberi pandangan bahawa disebabkan MT dan Exco terlalu ramai , ia agak menyulitkan keadaan dan perjalanan pengurusan. Bagi saya tidak sama sekali.. Kerana, hendak seribu daya, x hendak seribu dalih'. Kalau kita bersatu dan yakin dalam perjuangan untuk mencapai matlamat yang satu, pasti kita akan berjaya. Just bare in mind..Kita hidup bukanya berada di syurga yang sempurna segalanya, tetapi kita berpijak di atas bumi yang nyata. Setiap apa yang dilakukan pasti akan ade timbul pertikaian dan ketidak puashatian. Makanya, jangan ditolak tepi begitu sahaja, ambillah jadikan ujian dan cabaran pada diri supaya tidak gentar dan putus asa untuk perbaiki keadaan.


Pesanan pada MT dan Exco2 sekalian, marilah kita bersama-sama teruskan perjuanagn. Janganlah kita berhenti dipertengahan jalan. Ikhlaskan hati dan berpegang pada malamat kita dalam perjuanagan. Susah dan senang kita bersama-sama. Jangan pernah sesekali kta cuba untuk menuding jari sesama kita. Kita perlu teruskan perjuangan ini dan jangan sia-siakan segala penat lelah mereka yang telah berjuang untuk membina kelab ini. MEreka telah lahirkan ramai individu yang berbakti demi UDM. Biarkanlah kuantti itu x seberapa, yang penting kualti dan usha kita. Orang x menghargai, x mengapa. Tapi allah Taala menilai segalanya. Ikhlaskan hati, tetapkan hati. Niata usha dan tawakkal....!Kan itu pegangan kita...


Kepada Abg Din terima kasih atas kritikan dan komen anda, dan begitu juga abng. Bob... Cuma apa yang kami harapkan, teguran membina daripada kalian supaya kami dapat perbaiki diri dan kelemahan dalam pengurusan..


Kenapa seseorang suka membadutkan diri?Walaupun kadang kala merasakan diri hebat, mengapa sanggup merendah dan meghina orang lain dan kadang kala seolah-olah meluahkan perasaan yang terpendam sehingga sanggup menziharkan kepada sesuatu..Membadutkan diri?Ye..Mungkin secara tidak sengaja.Dek kerana terbawa-bawa dengan perasaan dan dek kerana keterujaan untuk meluahkan apa yang terpendam, emosi mengawal fikiran. Dan pada ketika itulah segala luahan kata akan terpancar tanpa sebarang hijab. Sesungguhnya, sekiranya sebelum ini sentiasa berbicara bagaikan mempunyai prinsipyang kuat dan teguh, tapi hakikat sebenarnya ia bagaikan ranting kayu yang rapuh. Emosi yang terbawa-bawa telah menonjolkan siapa diri yang sebenar. Kata-kata mulia dan kenyatan serta nasihat dan pesanan yang baik diluahkan apabila waktu itu ,diri merasa gembira dan tenang. Hanya apabila perlu sahaja. Tetapi apabila hati mula bergelodak akibat ketidaksabaran dan ketidakwarasan kerana diuji, maka terluahlah segala kata-kata nista dan noda yang sangat mengaibkan. Hidup begitu bagaikan air pasang dan surut. Yang paling memeranjatkan, apabila air pasang,ia hadir bersama ombak yang sangat kuat.Keganasan ombak memukul tepian sehingga terhakis segalanya. Bayangkan dek kerana emosi yang megatasi batas kewarasan diri sehingga boleh menghakis keimanan. Tapi tidak mengapa.Mungkin kerana perubahan hormon yang tidak stabil. Walau bagaimanapun sangat kasihan apabila mlihat manusia seperti ini. Hidup bagaikan terumbang-ambing tanpa pegangan . Hanya berubah sekejap-sekejap mengikut keadaan.Bagaikan lalang apabila ditiup angin ke kiri dan ke kanan.. Ingatlah,diri akan dinilai dari setiap tindakan. Bukannya kerana wajah dan personaliti yang di sebalik kepura-puraan.... Dan akhirnya kita bagai membadutkan diri di hadapan semua orang..

Tuesday, October 28, 2008

Ya Allah Ya Tuhan ku.........

Ya Allah….

Ku Ingat kembali sejarah kehidupanku…

Ketikaku merangkak untuk mengenali kehidupan…

Engkau berikan aku pelbagai dugaan dan ujian…..

Satu persatu aku hadapi…..

Sehingga aku merasakan diriku semakin tewas ..

Untuk menghadapinya, bukannya mudah Ya Tuhan…

Kadang kala aku rela jika nyawa yang menjadi korban..

Jika itulah adalah jalan penyelesaian…

Waktu itu…

Aku merintih…

Aku menagis…

Memerlukan kekuatan …

Ku mencari……

Di mana kekuatan itu….

Dengan fikiran dan jiwa yang tidak tenang..

Aku meneruskan perjalanan hidup..
Sehinggakan kadang kala jiwa tidak berdaya untuk hadapinya…

Waktu demi waktu…

Hari Demi hari…..

Lemahnya diri ini….

Bagaikan tidak sanggup aku meneruskannya…

Sehinggalah pada satu ketika,….

Ketika ku tawakkal menyerahkan segalanya padamu…

Dengan keadaan kesihatan yang sering tidak menentu…

Jiwaku penuh tekanan Ya Tuhan…

Hanya bantuan padaMu ku pohon..

Engkau telah temukan padaku Cahaya petunjuk..

Syukur Ya Allah….

Kau berikan ku ketenangan…

Walaupun pada ketika itu dugaan semakin besar melanda……

Alhamdulillah….

Aku tidak lagi gentar hadapinya…

Aku serahkan segalanya….

Kepada Engkau Tuhan yang Maha Esa..

Aku pasrah…

Cuma yang ku harapkan..

Moga ditemui jalan penyelesaian yang terbaik…

Aku yakin Ya Allah..

Walau hingga ke hujung nyawa kau temukan jalan itu…

Aku redha..

Kerana Engkaulah Yang Maha mengetahui segalanya..

Aku serahkan segalanya padaMu…

Setiap doaku pasti diiringi dengan titisan air mata….

Bukanlah titisan kekecewaan Ya Allah…

Tetapi rasa betapa kerdilnya diri ini…

Hamba yang penuh dosa dan hina.…

Menghadap dan meminta-minta dari Mu…

Kau ampunkanlah dosaku…

Begitu juga orang-orang yang aku sayangi…

Sesungguhnya Engkau sahaja yang memahami segala isi hatiku…

Hatiku merintih…

Hatiku menangis…..

Engkaulah Tuhan Maha Agung..

Maha Pengasih Maha Penyayang…

Segala suratan engkau tentukan..

Hikmah yang tersembunyi itu pasti…

Diberikan pada hambaMu yang cekal hati…

Kau berilah kekuatan pada Hamba Mu ini..

Janganlah Engkau Palingkan dari Cahaya setelah Engkau Beri….

Supaya hati sentiasa disirami..

Dengan Nur Cahaya iman dariMu Illahi….

Sunday, October 26, 2008

Lame X Update oi!!

Malasnye aku nak update blog ni... Maklumlah, kat bilik bukannye dapat wyerless.Lagi pun aku sibuk sem ni...Minggu depan plak ade exam..Hui..Macam2 berlaku sem ni...Nantilah.Ade mase aku cerita.. Banyak isu-isu terkini yang patut kongsi...Tapi bukan gosip tau!..Tapi ambil pengajaran supaya kita renungkan semula...Ntahla...Kadang2 kita ni manusia rase dirini bagus, tapi jangan lupe, yang anugerahkannye siape??Kalu x dengan kehendakNye, pasti takkan kita peroleh..Lagi 1 aku nak pesan sebelom aku tutup laptop ni nak sambung study, Cakap kalu x amal x bergune ek...x kirelah dalam ape2 perkare pun..Jomlah study...!Ingat maintain 3 point ke ats...

Saturday, July 19, 2008

Windunye dengan Blog ni...

Alhamdulillah....pejam celik2 dah masuk sem baru dah...sem 3...subject 4 dis sem, not bad...agak susah jge..tapi macam mane pun aku x leh mengalah....aku kne berusaha lagi gigh daripada sebelum ni....Result aku sem lepas..Alhamdulillah sesangat...nak tahu berape???hehehehehe..secreto......alhamdulillah rezeki aku sem ni...aku pun tumpang gembira untuk kawan2 aku len...bagus jgak result depe...Dan yang paling aku happy sangat, alhamdulillah x de sape pun member aku yang kene kick out...mudah-mudahan Allah redhoi perjuangan kami..mudah2an juge berjaye di dunia dan akhirat.... aku kne rancang strategi n plan baru....macam sem lepas aku banyak study sambil santai..n x pressur sangat even though aku sibuk dengan debate competition.. rancanagan aku still in progress... U know wat???Something yang aku takut sangat ape die???.,,,,,,,aku takut bile sambil aku menuntut ilmu ni aku ade wat salah n maksiat....yelah.....tuntut ilmu ni hti nak kene bersih...x le dicampuri maksiat..
nanti X BERKAT!!!!Ibu aku selalu pesan....Aku tekad untuk sem ni aku kene tebalkan muke untuk jumpe letcurer untuk tanye ape2 yang aku x paham..walopun sblm ni aku agak malu, tapi bile pk balik,, wat pe nak malu kalu tuntut ilmu...Kalu x bertanye , t sesat jalan....By d way, sblm aku stop ni, aku nak cite jgak, yang aku baru-baru ni bele beskal ....hihihihi,,,jgn jelous tau...bkan e, senang nak kemane...x delah pinjam moto orang kalu nk ke HEPA tuh.....kay lar....aku nak cari bahan untuk debat Alam Sekitar ni.....da....Assalamualaikum....tunggu 2orang abang aku ni x datang2 pun..janji kul 9,,,,,sekang dah 10.10..memang nak kene TIBAI!!!!!Membangkong lah tuh......x pe...tdolah puas2..kat Sabah nanti x le tido gitu...hehehehehe...tata...

Wednesday, June 18, 2008

Lame aku x cite..Sepanjang cuti sem ni beselah aku kat rumah wat kerje cam bese n cbok layan kerenah anak buah.....Yang paling best time cuti sekolah masing2 ade kat rumah...happy n meriah rumah... Tapi yang x bestnye bile dah time bukak sekolah, masing2 mle kerje...Beselah masing2 cikgu....apelagi...boringlah aku....sangat boring...Time cuti sem ni jgak disamping aku wat kerje rumah as suri rumah....hehehehe..aku gak ade wat kerje sampingan ... kat cni, ibu mintak tolong ajar anak-anak murid ibu dikir barat n nasyid....syok jgak..aku ajar setiap hari isnin hingga Khamis..dr kol 4 til 5 pyg.walaupun aku nak ajar depe time aku moody, bile tengok muke diorang, aku jadi happy...x tahulah kenape... mungkin sebab macam-macam peel depe yang aku tengok...masing2 wat persembahan pun wat dengan semangat...eh!..lupe plak nak cite, actually, ibu aku ni Guru Besar Sekolah Tadika , namenye Tadika Islam Al-Hidayah...y tu die ngajar pagi..Petang plak sebagai guru untuk mendidik kanak-kanak istimewa...name pusat tempat mengajar tuh Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Setia...Memng time cuti aku selalu tengok ibu aku ngajar...seronok tengok diorang...Bile pikir balik, timbul rase keinsafan dalam diri..Memang sunnguh istimewa depe ni...Bile aku lihat, mereke memng seronok dengan dunia sendiri..nak tahu? diorang ni mmg suke bermain dengan emosi....some times bile diorang tengah marah, kite kene pandai main psiko tau untuk dekat dengan diorang ni...some times plak kalu tengah suke, memng happy sangat-sangat.. sampai ade yang sesetengah plak, naik sasau....fuh..!!!!happy giler...aku nak cerite ckit,pengalamn aku bile aku berade dekat dengan depe ni, tibe2 akan timmbul rase keinsafan dalam diri...aku x tahu macam mane nak cerite...banyak bende yang bermain dalam fikiran ...kadan-kadang aku terfikir betape kerdilnye diri...x tahu macam mane aku nak ungkap..Kadang-kadang aku pikir kan..,,,depe ni lebih baik daropada yang normal,, mereka x hipokrit, jujur dalam menjalankan kehidupan...hai..entahlah aku nak cerite cam ne...memng xle diungkap dengan kate2..aku rase sesape yang lihat diorang dengan dekat, korang akan tahu macam mane perasaan tuh..Untuk anak-anak yan Istimewa ingatlah sesunguhnya "Masih Ada Yang Sayang"