| BIL | TARIKH & HARI | SUBJEK |
| 1 | 20 April 2009 (Isnin) | ULUM QURAN |
| 2 | 22 April 2009 (Rabu) | FAMILY LAW |
| 3 | 25 April 2009 (Sabtut) | MUET |
| 4 | 26 April 2009 (Ahad) | LAW OF EQUITY |
| 5 | 30 April 2009 (Khamis) | LAW OF CONTRACT II |
| 6 | 3 Mei 2009 (Ahad) | LAW OF PARTNERSHIP |
| 7 | 4 Mei 2009 (Isnin) | LAW OF TORT II |
| 8 | 11 Mei 2009 (Isnin) | MUET (Speaking) |
Sunday, April 12, 2009
FINAL DAH DEKAT!!!!
Friday, March 27, 2009
Ape puncenye??

Dahlah time ramai ade symptom nak demam tuh, ade test contract..Pergh!!!! dengan soalan yang agak mencabar, dengn kesihatan yang diuji...Masyaallah...Kasihan gak aku tgok kawn2,,, Aku dapat rasekan , betape x selesa n x ketahuannye rase dengn nak jawb soaln lagi..Memang allah nak uji....Aku tengok An dengan mate yang merahbesenye kalu mate merah cam tu, suhu badan terlalu panas....dengan Dayah budak kelas aku yang aku kire paling happy dalam dunia kelas kami tuh, tibe2 jadi pendiam plak...setahu aku waktu diam die waktu solat dengan tidur je...hihihihihi..just kidding..Ha!...bagi tuh, kak cik pun x dtg kelas.. terkejut gak aku...Pun demam jgak..huih!....
2) presumption yang second "DEMAM ANNUAL DINNER...kihkihkih...agak menarik name tu...nak tahu sbb ape?..Untuk annual dinner sem ni, semester aku yang manage & arrange...mungkin sebab tension n xcited dan bersungguh-sungguh, tu yang demam tuh...Ha...Macam-macamlah...X pelah..aku harap jangan demam mase final udah ler..Sekang n, aku pun x bpe sihat sangat..panas dalam. Nak demam tapi x macm nak demam....macam2 rase...huhuhuh..X pelah...presumption tadi tuh sekadar selingan sahaja tau...Perlu diingat....Ape2 kita perlu kembali kepada Yang Maha berkuasa,,, Allah Taala...Yang kurniakan sakit dan sihat....segalanya adalah dariny..Moga kalian teamn2ku sihat selalu dan begitu juga untuk diri ku ini...Sakit kita adalah diuji....Sekiranya kita redha dan ikhlas, ia dapat mengkifarahkan dosa-dosa kita semua....
Sabar ye semua...Makan ubat jagn lpe..Tata...nak siapkan slide untuk present equity and family law....=p
Tuesday, March 24, 2009
TEST CONTRACT II
Lame x update blog nih..Kerana kesibukan dan aku lebih mengutamakan yang lebih utama, aku kene korbankna diri aku dari mengupdate blog aku nih...Sem ni memang terase pemdek.. Sume kerja kene wat dengan rushing dan x boleh bertangguh....x update ni bukan bermakna aku dah xkan kongsi bercerita dah, dan aku ketandusan idea untk menulis...tapi....mmm.yang macm aku katekan td, aku lbih rela wat perkare yan aku rase lbih pnting daripada sentiase mengupdatelogaku nih..Lagi puyn bukannye wajib pun…Kalu leh, biar ade mood n idea aku nak tulis nn cerita, aku wat…Sebab kalu leh Aku x naklah cerita mngarut2 n meleret2 sangat..Nanti takut entry blog aku ni dipenuhi cerita yang berkisar hidup aku semata-mata.. Tak nak aku,”Masuk Bakul Angkat Sendiri" ...Nak wat pe... Kisah peribadi dan segala yang berkaitan dengan hidup yang terlalu sensitif untuk dikongsi, biarlah hanya aku dan Allah sahaja yang tahu..Kang cerita nanti, orang meluat pulak...hihihi..=p...
By the way, sok ade test contract...Ready??......Am I ready for dat?? ..mmmm.. Alhamdulillah.. ready...insyaallah. I hope so...hihihii..Tunggulah,,, sok nak gi berjuang...!Siap ko "Illegality".......tu tajuk yang masuk test sok tau..Best gak tajuk tu…. Punye banyk..Pergh....!Memang marvelous...Kes, fuh!..Usah cerite, nak mengingat macam dah nak masuk final dah ghupenye,,,,Punyelah banyak..Masyalaah...Tapi dengan waktu yang agak singkat dalam membuat persediaan untuk besok,, aku rancng strategi untuk menghdamkanya dalam kotak ilmu aku yang terletak di dalam kepala nih....huhuhuhu...ntak btol ntah idak strategi tuh…Yakin jelah…Nak uji Berjaya orx, tunggulah besok…Mudah2an x delah mane2 kotak tu bocor or berlubang...Walaupun pada hakikatnye aku berusaha menahan ia daripada berlubang dengan menampal dan menahannya sedaya yang mampu..siksa2.....nak keluarkan sok kene berhati2.. X le terlalu teruja sangat.. Takot, tercampur aduk untuk diletakan pada tempat yang sepatutnye,,,,Skema ayat…Okaylah..Time to sleep..Must get enough rest..Dats can give u energy for tomorrow...For tomorrow , it just dat, I wanna say Tawakkaltu 'ala Allah......Salam semua.. Gud Luck kawan2....=)
Monday, March 9, 2009
ISU PPSMI
Didalangi pembangkang
"KUALA LUMPUR 8 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan semalam.
Beliau berkata, berdasarkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa pertimbangan mereka bukanlah bersandarkan perjuangan pendidikan kerana sanggup melanggar undang-undang, mengaitkan institusi istana dan mencemarkan imej masjid.
“Saya lihat ada hikmah di sebalik apa yang berlaku semalam.
“Sekurang-kurangnya orang ramai dapat melihat sendiri apa yang saya sudah tahu lama, iaitu di belakang gerakan ini ada dalang-dalang yang sanggup mengeksploitasi apa juga isu, memperalatkan sesiapa sahaja demi agenda politik sempit mereka.
“Saya tidak bermaksud semua yang terlibat (pertimbangan bukan berdasarkan kepentingan pendidikan) tetapi adakalanya mereka ini diperalatkan untuk kepentingan tertentu,” katanya ketika mengulas kejadian itu pada sidang media di kediamannya di sini.
Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) semalam menjadi kecoh setelah penyokong-penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.
Perhimpunan yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang.
Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menolak andaian bahawa demonstrasi jalanan itu didalangi individu dalam UMNO sendiri bertujuan menjatuhkan beliau pada pemilihan agung parti hujung bulan ini.
“Tidak. Kita dalam UMNO semua dididik untuk meletakkan kepentingan ramai lebih penting dan kedua, semalam saya tengok (dalam televisyen) tidak ada muka-muka yang saya cam macam orang UMNO, tetapi muka pembangkang ramai,” katanya."
Berikut adalah Laporan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini ynag bertarikh 9 MAC 2009.Melihat pada pergolakan seperti ini, timbul persoalan...But, before that, kenyataan dan pandangan saya ini bukanlah bermaksud menyebelhkan atau mahu menyalahkan satu pihak, just memberi pandangan dan komen melalui penilaiandan penilitian diri saya sendiri..Kot2 ade yang cop saye ni PEMBANGKANG..Kalu ade yang pikir cam tuh, memng sempitlah pemikiran korang yang pikir cam tuh..Kebiasaanya tiap apa yang berlaku msti ade Pro dan Kontranye kan?Walau bagaimanapun, saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai PPSMI. Hanya sekadar melihat apa kenyataan Laporan akhbar hari ini...Begini :
1) Mengapa perlu menyalahkan pihak pembangkang dek kerana melihat sekadar pemimpin politik menyertai demonstrasi tersebut dan mengatakan tindakan mereka hanya berkepentingn politik semata-mata dan bukan untuk kepentingan pendidikan?-sedangkan apa yang dituntut oleh pihak pembangkang hanyalah sekadar perjuangan asas sebagai satu entiti untuk x meneruskan PPSMI ini.
2)Adakah melhat mereka sebagai parti pembangkang dan melakukan perjuangan seperti ini, mereka seolah-olah tidak layak untut menuntut dan memperjuangkan perkara ini?Hanya sekadar melihat sebagai parti pembangkang, maka ia dijadikan isu yang besar dan tajuk berita utama. Let say kalu badan lain atau sesebuah entiti yang bukan dari kategori pembangkang, percaya @ x, ia x akan dijadikan isu besar dan menuduh atau mengatakan pihak tersebut sebagai "DALANG" sebagaimana label yang diberikan kepada pihak pembangkang mengenai isu ini.
3)Jika dkatakan, hanya melihat muka pembangkang yang ramai di dalam perarakan atau demonstarsi itu, dan orang UMNO x dpt dikenalpasti.Kebanayak n memakai pakaian pembangkang dan memegang logo-pakaian, sesiapa pun boleh pakai untuk melindungi identiti mereka. Manelah tahu ade jgak pihak yang lagi satu tu pakai pakaian pembangkang.HiHiHi...Sape tahu...=p..
4)Memang x dinafikan, kadangkala tindakan pihak pembangkang agak agresif dan keterlaluan, tetapi, kita melihat kebanyakan yang terlalu over actingnye adalah anak2 buah dibawah.Segelintir mereka sahaja yang melakukan tindakan tersebut hingga menyebabkan entiti itu sebagai 'pembangkang' jadi SINK & SWIM TOGETHER..Cuma, mereka boleh melakukan tindakan dengan penyerahan memorendum itu denagan cara dan laluan yanglebih berhemah.-apa yang dapat dilihat, tindakan mereka ini bukanlah menunjukan betapa bencinya mereka terhadap pelaksanaan kerajaan, it's just nak meluahkan betapa mereka menetang dan menolak sekeras-kerasnyapelaksanaa PPSMI, itu sahaja,mereka mahu membuktikan dan menunjukkan pada semua supaya suara mereka dapat didengari. Sekiranya mereka menyerahkan begitu sahaja just masuk ke bilik dan serahkan by hand macam nak hantar proposal, sudah tentu ia akan just put aside or throw it into dustbin..
RENUNG-RENUNGKAN......=)
Wednesday, March 4, 2009
Ape dah jadi ni...?
Monday, March 2, 2009
Untuk Sahabat Ku....
Wednesday, February 25, 2009
Wajarkah Kanun Keseksaan Diperkenalkan Kepada Pelajar?
Apakah langkah yang seharusnya diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus menular dan menjadi barah dalam diri remaja kita.. Pada masa ini bukanlah masa dan ketikanya untuk kita saling menuding jari untuk menyalahkan sesetengah pihak.Kita harus bersam-sama berusaha dan bekerjasama dalam menggembleng masalah ini..Baru2 ini satu cadangan telah diajukan oleh Setiausaha Agung Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng supaya 'Kanun Keseksaan diajar kepada semua pelajar di sekolah...Apakah pandangn kalian.Adakah wajar atau tidak???...Pada pandangan saya walaupun 'Kanun Keseksaan' ini kebiasaannya diajar kepada pelajar undang-undang sahaja saya kira wajar sekiranya ia diajar kepada setiap orang. Di peringkat sekolahlah adala satu permulaan yang baik untuk mngajar dan mendidik mereka supaya diterapkan nilai2 moraliti yang sepatutnya ada pada masyarakat.
Apabila diajar Kanun Keseksaan ini, percaya atau tidak, sudah pasti ia dapat memberi pendedahan tentang kesan dan akibatnya apabila melakukan kesalahan..Sangat wajar sekiranya ia diajar kepada pelajar sekolah.Secara tidak langsung, ia dapt menerapkan nilai moraliti dan mendidik diri para remaja kita supaya tidak bertindak sesuka hati kerana mereka takut akan akibat yang bakal ditanggung. Seharusnya selepas ini, kita tidak akan berkompromi untuk membela mereka, walaupun mereka yang berumur di bawah 18 thun hanya disabitkan sebagai kesalahan juvana dan tidak boleh dibicarakan di mahkamah biasa, seharusnya kesalahan yang mereka lakukan perlu dibicara dan dihukum denagan sama rata dan saksama.Perbicaraan yang selama ini dilakukan secara tertutup demi menjaga kepentingan dan identiti mereka, seharusnya pada sesetengah kes yang melibatkan kes buli dan pembunuhan harus dibicara secara terbuka.. Oleh yang demikian ia dapat memberi pengajaran kepada yang lain...Melihat kepada situasidan senario yang berlaku dalam kalangan remaja kita, maka wajar sekiranya Kanun Keseksaan ini diajar kepada semua pelajar.
Thursday, February 19, 2009
PERTANDINGAN DEBAT NAIB CANSELOR DI UMT

Satu pertandingan debat Naib Canselor di UMT diadakan hari ini. Ia akan berlangsung bermula pada 20-21 Februari 2009. Alhamdulillah dan jutaan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menjemput pendebat junior UDM, sebagai pasukan SWING untuk bertanding dlm kategori Bhasa Melayu. .Para pendebat senior B.Melayu dan B.Inggeris juga telah dijemput hadir sebagai juri. Bagi pendebat junior ,Syikin, Faiz Taufiq dan Hanas selamat berusaha dan buktikan kemampuan anda.Saya kira jemputan mereka sebagai pasukan SWING adalah 1 peluang yang baik sebagai batu loncatan untuk mereka mebawa diri dan beraksi serta menguji tahap kemampuan sebagai orang baru dalam dunia perdebatan. Syabas saya ucapkan.........Selamat Maju Jaya..!!=)..Dan bagi para juri jemputan, ini telah membuktikan betapa pihak peganjur begitu yakin dan percaya terhadap tahap kemampuan kalian.Maka hakimilah mereka yang berdebat dengan adil dan saksama.Selamat menjalankan tugas..
Wednesday, February 18, 2009
Ucapan Maaf Kepada Semua
Kenapa seseorang suka membadutkan diri?Walaupun kadang kala merasakan diri hebat, mengapa sanggup merendah dan meghina orang lain dan kadang kala seolah-olah meluahkan perasaan yang terpendam sehingga sanggup menziharkan kepada sesuatu..Membadutkan diri?Ye..Mungkin secara tidak sengaja.Dek kerana terbawa-bawa dengan perasaan dan dek kerana keterujaan untuk meluahkan apa yang terpendam, emosi mengawal fikiran. Dan pada ketika itulah segala luahan kata akan terpancar tanpa sebarang hijab. Sesungguhnya, sekiranya sebelum ini sentiasa berbicara bagaikan mempunyai prinsipyang kuat dan teguh, tapi hakikat sebenarnya ia bagaikan ranting kayu yang rapuh. Emosi yang terbawa-bawa telah menonjolkan siapa diri yang sebenar. Kata-kata mulia dan kenyatan serta nasihat dan pesanan yang baik diluahkan apabila waktu itu ,diri merasa gembira dan tenang. Hanya apabila perlu sahaja. Tetapi apabila hati mula bergelodak akibat ketidaksabaran dan ketidakwarasan kerana diuji, maka terluahlah segala kata-kata nista dan noda yang sangat mengaibkan. Hidup begitu bagaikan air pasang dan surut. Yang paling memeranjatkan, apabila air pasang,ia hadir bersama ombak yang sangat kuat.Keganasan ombak memukul tepian sehingga terhakis segalanya. Bayangkan dek kerana emosi yang megatasi batas kewarasan diri sehingga boleh menghakis keimanan. Tapi tidak mengapa.Mungkin kerana perubahan hormon yang tidak stabil. Walau bagaimanapun sangat kasihan apabila mlihat manusia seperti ini. Hidup bagaikan terumbang-ambing tanpa pegangan . Hanya berubah sekejap-sekejap mengikut keadaan.Bagaikan lalang apabila ditiup angin ke kiri dan ke kanan.. Ingatlah,diri akan dinilai dari setiap tindakan. Bukannya kerana wajah dan personaliti yang di sebalik kepura-puraan.... Dan akhirnya kita bagai membadutkan diri di hadapan semua orang..Tuesday, October 28, 2008
Ya Allah Ya Tuhan ku.........
Ya Allah….
Ku Ingat kembali sejarah kehidupanku…
Ketikaku merangkak untuk mengenali kehidupan…
Engkau berikan aku pelbagai dugaan dan ujian…..
Satu persatu aku hadapi…..
Sehingga aku merasakan diriku semakin tewas ..
Untuk menghadapinya, bukannya mudah Ya Tuhan…
Kadang kala aku rela jika nyawa yang menjadi korban..
Jika itulah adalah jalan penyelesaian…
Waktu itu…
Aku merintih…
Aku menagis…
Memerlukan kekuatan …
Ku mencari……
Di mana kekuatan itu….
Dengan fikiran dan jiwa yang tidak tenang..
Aku meneruskan perjalanan hidup..
Sehinggakan kadang kala jiwa tidak berdaya untuk hadapinya…
Waktu demi waktu…
Hari Demi hari…..
Lemahnya diri ini….
Bagaikan tidak sanggup aku meneruskannya…
Sehinggalah pada satu ketika,….
Ketika ku tawakkal menyerahkan segalanya padamu…
Dengan keadaan kesihatan yang sering tidak menentu…
Jiwaku penuh tekanan Ya Tuhan…
Hanya bantuan padaMu ku pohon..
Engkau telah temukan padaku Cahaya petunjuk..
Syukur Ya Allah….
Kau berikan ku ketenangan…
Walaupun pada ketika itu dugaan semakin besar melanda……
Alhamdulillah….
Aku tidak lagi gentar hadapinya…
Aku serahkan segalanya….
Kepada Engkau Tuhan yang Maha Esa..
Aku pasrah…
Cuma yang ku harapkan..
Moga ditemui jalan penyelesaian yang terbaik…
Aku yakin Ya Allah..
Walau hingga ke hujung nyawa kau temukan jalan itu…
Aku redha..
Kerana Engkaulah Yang Maha mengetahui segalanya..
Aku serahkan segalanya padaMu…
Setiap doaku pasti diiringi dengan titisan air mata….
Bukanlah titisan kekecewaan Ya Allah…
Tetapi rasa betapa kerdilnya diri ini…
Hamba yang penuh dosa dan hina.…
Menghadap dan meminta-minta dari Mu…
Kau ampunkanlah dosaku…
Begitu juga orang-orang yang aku sayangi…
Sesungguhnya Engkau sahaja yang memahami segala isi hatiku…
Hatiku merintih…
Hatiku menangis…..
Engkaulah Tuhan Maha Agung..
Maha Pengasih Maha Penyayang…
Segala suratan engkau tentukan..
Hikmah yang tersembunyi itu pasti…
Diberikan pada hambaMu yang cekal hati…
Kau berilah kekuatan pada Hamba Mu ini..
Janganlah Engkau Palingkan dari Cahaya setelah Engkau Beri….
Supaya hati sentiasa disirami..
Dengan Nur Cahaya iman dariMu Illahi….
Sunday, October 26, 2008
Lame X Update oi!!
Tuesday, August 5, 2008
Saturday, July 19, 2008
Windunye dengan Blog ni...
nanti X BERKAT!!!!Ibu aku selalu pesan....Aku tekad untuk sem ni aku kene tebalkan muke untuk jumpe letcurer untuk tanye ape2 yang aku x paham..walopun sblm ni aku agak malu, tapi bile pk balik,, wat pe nak malu kalu tuntut ilmu...Kalu x bertanye , t sesat jalan....By d way, sblm aku stop ni, aku nak cite jgak, yang aku baru-baru ni bele beskal ....hihihihi,,,jgn jelous tau...bkan e, senang nak kemane...x delah pinjam moto orang kalu nk ke HEPA tuh.....kay lar....aku nak cari bahan untuk debat Alam Sekitar ni.....da....Assalamualaikum....tunggu 2orang abang aku ni x datang2 pun..janji kul 9,,,,,sekang dah 10.10..memang nak kene TIBAI!!!!!Membangkong lah tuh......x pe...tdolah puas2..kat Sabah nanti x le tido gitu...hehehehehe...tata...
Wednesday, June 18, 2008
Wednesday, May 28, 2008
Friday, May 23, 2008
PISZa
Saturday, May 10, 2008
Release2!!!

Wednesday, May 7, 2008
Ye!ye!..........EXam AbIS DaH WeH!!!!!!
Saturday, May 3, 2008

Masyaallah.....lame sungguh nak abs perikse nih.. panjng tol gab...penantian satu penyiksaan..urgh!!!!!sabar2....lagi satu paper lagi..Paper Islamic Criminal Law..hihihihi..pas tuh merdeka...hehehehe...merdeka wat semntare je ler...Masing2 x sabar nak abis exam.maklumlah,...nakbalik kampung..Aku plak... huhuhuhu..x jadi balik kampung..ade bengkel debat... pas tuh ade pertndingan debat..ade selection utk pertndingn tuh..hai....nak balik!!!!!..tiket dah beli..seb bek ade orang nak beli...x delah aku rugi... kalo tak ade yng kene byar tiket aku tuh...