Friday, March 27, 2009

Ape puncenye??


Assalamualaikum & Selamat petang....Pada petang yang hening ini aku nak berkongsi 1 cerita....Yang membuatkan aku tertanya-tanya ....apa puncanya...hihihihi...Nak tahu pasal ape?hehehehe..Cam suspend je kan... X de pelah...Just nak cerita, hampir dalam 20 orang jugak kawan kelas aku yang demm...demam bergilir... Kelas ari rabu tadi sahaja ade 25 owng je yang hadir ke kelas dari 43 owang...Dahsyat sungguh...Aku kire rekod pencapaian kehadiran ke-2 yang terendh untuk sem ni berbanding buka cuti semnggu sebelum ni,...Pertama kali ramai x datng sebab demam....Tadi aku dengn grup Family Law discuss untuk slide show, masing2 dok kecoh pasai hal ni....Pelik sungguh secara beramai2 demam..hihihihi..'secara beramai-ramai demam'???ape ke peliknye ayt nih....a! xpelah...asal aku pahamdah ar...!sambung balik cerita, Terdapat 2 presumption yang aku kira agak x logistik..hihihi..Tapi ini adalah sekadar berkongsi cerita sahaja tau.... 1) bak kata azrul dengn fandi, "DEMAM BUKIT AMAN" katenye,, sebab, yang mule2 sekali demam , adalh budak suksis yang baru balik lawatn dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mule2 demam Fadhil, then diikuti oleh Ifa,,Sian depe,,Demam panas tuh!...,,ade plak name demam tu 'Demam Bukit Aman ye...Kalu Demam Denggi, Demam Campak, Demam Chikungunya, pernah gk aku dengar,,,,kalu DEMAM BUKIT AMAN, baru lgi tuh...huhuhuhuh...
Dahlah time ramai ade symptom nak demam tuh, ade test contract..Pergh!!!! dengan soalan yang agak mencabar, dengn kesihatan yang diuji...Masyaallah...Kasihan gak aku tgok kawn2,,, Aku dapat rasekan , betape x selesa n x ketahuannye rase dengn nak jawb soaln lagi..Memang allah nak uji....Aku tengok An dengan mate yang merahbesenye kalu mate merah cam tu, suhu badan terlalu panas....dengan Dayah budak kelas aku yang aku kire paling happy dalam dunia kelas kami tuh, tibe2 jadi pendiam plak...setahu aku waktu diam die waktu solat dengan tidur je...hihihihihi..just kidding..Ha!...bagi tuh, kak cik pun x dtg kelas.. terkejut gak aku...Pun demam jgak..huih!....
2) presumption yang second "DEMAM ANNUAL DINNER...kihkihkih...agak menarik name tu...nak tahu sbb ape?..Untuk annual dinner sem ni, semester aku yang manage & arrange...mungkin sebab tension n xcited dan bersungguh-sungguh, tu yang demam tuh...Ha...Macam-macamlah...X pelah..aku harap jangan demam mase final udah ler..Sekang n, aku pun x bpe sihat sangat..panas dalam. Nak demam tapi x macm nak demam....macam2 rase...huhuhuh..X pelah...presumption tadi tuh sekadar selingan sahaja tau...Perlu diingat....Ape2 kita perlu kembali kepada Yang Maha berkuasa,,, Allah Taala...Yang kurniakan sakit dan sihat....segalanya adalah dariny..Moga kalian teamn2ku sihat selalu dan begitu juga untuk diri ku ini...Sakit kita adalah diuji....Sekiranya kita redha dan ikhlas, ia dapat mengkifarahkan dosa-dosa kita semua....
Sabar ye semua...Makan ubat jagn lpe..Tata...nak siapkan slide untuk present equity and family law....=p

Tuesday, March 24, 2009

TEST CONTRACT II

Lame x update blog nih..Kerana kesibukan dan aku lebih mengutamakan yang lebih utama, aku kene korbankna diri aku dari mengupdate blog aku nih...Sem ni memang terase pemdek.. Sume kerja kene wat dengan rushing dan x boleh bertangguh....x update ni bukan bermakna aku dah xkan kongsi bercerita dah, dan aku ketandusan idea untk menulis...tapi....mmm.yang macm aku katekan td, aku lbih rela wat perkare yan aku rase lbih pnting daripada sentiase mengupdatelogaku nih..Lagi puyn bukannye wajib pun…Kalu leh, biar ade mood n idea aku nak tulis nn cerita, aku wat…Sebab kalu leh Aku x naklah cerita mngarut2 n meleret2 sangat..Nanti takut entry blog aku ni dipenuhi cerita yang berkisar hidup aku semata-mata.. Tak nak aku,”Masuk Bakul Angkat Sendiri" ...Nak wat pe... Kisah peribadi dan segala yang berkaitan dengan hidup yang terlalu sensitif untuk dikongsi, biarlah hanya aku dan Allah sahaja yang tahu..Kang cerita nanti, orang meluat pulak...hihihi..=p...

By the way, sok ade test contract...Ready??......Am I ready for dat?? ..mmmm.. Alhamdulillah.. ready...insyaallah. I hope so...hihihii..Tunggulah,,, sok nak gi berjuang...!Siap ko "Illegality".......tu tajuk yang masuk test sok tau..Best gak tajuk tu…. Punye banyk..Pergh....!Memang marvelous...Kes, fuh!..Usah cerite, nak mengingat macam dah nak masuk final dah ghupenye,,,,Punyelah banyak..Masyalaah...Tapi dengan waktu yang agak singkat dalam membuat persediaan untuk besok,, aku rancng strategi untuk menghdamkanya dalam kotak ilmu aku yang terletak di dalam kepala nih....huhuhuhu...ntak btol ntah idak strategi tuh…Yakin jelah…Nak uji Berjaya orx, tunggulah besok…Mudah2an x delah mane2 kotak tu bocor or berlubang...Walaupun pada hakikatnye aku berusaha menahan ia daripada berlubang dengan menampal dan menahannya sedaya yang mampu..siksa2.....nak keluarkan sok kene berhati2.. X le terlalu teruja sangat.. Takot, tercampur aduk untuk diletakan pada tempat yang sepatutnye,,,,Skema ayat…Okaylah..Time to sleep..Must get enough rest..Dats can give u energy for tomorrow...For tomorrow , it just dat, I wanna say Tawakkaltu 'ala Allah......Salam semua.. Gud Luck kawan2....=)

Monday, March 9, 2009

ISU PPSMI



Didalangi pembangkang

"KUALA LUMPUR 8 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan semalam.

Beliau berkata, berdasarkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan bahawa pertimbangan mereka bukanlah bersandarkan perjuangan pendidikan kerana sanggup melanggar undang-undang, mengaitkan institusi istana dan mencemarkan imej masjid.

“Saya lihat ada hikmah di sebalik apa yang berlaku semalam.

“Sekurang-kurangnya orang ramai dapat melihat sendiri apa yang saya sudah tahu lama, iaitu di belakang gerakan ini ada dalang-dalang yang sanggup mengeksploitasi apa juga isu, memperalatkan sesiapa sahaja demi agenda politik sempit mereka.

“Saya tidak bermaksud semua yang terlibat (pertimbangan bukan berdasarkan kepentingan pendidikan) tetapi adakalanya mereka ini diperalatkan untuk kepentingan tertentu,” katanya ketika mengulas kejadian itu pada sidang media di kediamannya di sini.

Perhimpunan anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) semalam menjadi kecoh setelah penyokong-penyokong terbabit berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara walaupun tidak mendapat permit polis untuk berbuat demikian.

Perhimpunan yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang.

Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menolak andaian bahawa demonstrasi jalanan itu didalangi individu dalam UMNO sendiri bertujuan menjatuhkan beliau pada pemilihan agung parti hujung bulan ini.

“Tidak. Kita dalam UMNO semua dididik untuk meletakkan kepentingan ramai lebih penting dan kedua, semalam saya tengok (dalam televisyen) tidak ada muka-muka yang saya cam macam orang UMNO, tetapi muka pembangkang ramai,” katanya."

Berikut adalah Laporan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini ynag bertarikh 9 MAC 2009.Melihat pada pergolakan seperti ini, timbul persoalan...But, before that, kenyataan dan pandangan saya ini bukanlah bermaksud menyebelhkan atau mahu menyalahkan satu pihak, just memberi pandangan dan komen melalui penilaiandan penilitian diri saya sendiri..Kot2 ade yang cop saye ni PEMBANGKANG..Kalu ade yang pikir cam tuh, memng sempitlah pemikiran korang yang pikir cam tuh..Kebiasaanya tiap apa yang berlaku msti ade Pro dan Kontranye kan?Walau bagaimanapun, saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai PPSMI. Hanya sekadar melihat apa kenyataan Laporan akhbar hari ini...Begini :

1) Mengapa perlu menyalahkan pihak pembangkang dek kerana melihat sekadar pemimpin politik menyertai demonstrasi tersebut dan mengatakan tindakan mereka hanya berkepentingn politik semata-mata dan bukan untuk kepentingan pendidikan?-sedangkan apa yang dituntut oleh pihak pembangkang hanyalah sekadar perjuangan asas sebagai satu entiti untuk x meneruskan PPSMI ini.

2)Adakah melhat mereka sebagai parti pembangkang dan melakukan perjuangan seperti ini, mereka seolah-olah tidak layak untut menuntut dan memperjuangkan perkara ini?Hanya sekadar melihat sebagai parti pembangkang, maka ia dijadikan isu yang besar dan tajuk berita utama. Let say kalu badan lain atau sesebuah entiti yang bukan dari kategori pembangkang, percaya @ x, ia x akan dijadikan isu besar dan menuduh atau mengatakan pihak tersebut sebagai "DALANG" sebagaimana label yang diberikan kepada pihak pembangkang mengenai isu ini.

3)Jika dkatakan, hanya melihat muka pembangkang yang ramai di dalam perarakan atau demonstarsi itu, dan orang UMNO x dpt dikenalpasti.Kebanayak n memakai pakaian pembangkang dan memegang logo-pakaian, sesiapa pun boleh pakai untuk melindungi identiti mereka. Manelah tahu ade jgak pihak yang lagi satu tu pakai pakaian pembangkang.HiHiHi...Sape tahu...=p..


4)Memang x dinafikan, kadangkala tindakan pihak pembangkang agak agresif dan keterlaluan, tetapi, kita melihat kebanyakan yang terlalu over actingnye adalah anak2 buah dibawah.Segelintir mereka sahaja yang melakukan tindakan tersebut hingga menyebabkan entiti itu sebagai 'pembangkang' jadi SINK & SWIM TOGETHER..Cuma, mereka boleh melakukan tindakan dengan penyerahan memorendum itu denagan cara dan laluan yanglebih berhemah.-apa yang dapat dilihat, tindakan mereka ini bukanlah menunjukan betapa bencinya mereka terhadap pelaksanaan kerajaan, it's just nak meluahkan betapa mereka menetang dan menolak sekeras-kerasnyapelaksanaa PPSMI, itu sahaja,mereka mahu membuktikan dan menunjukkan pada semua supaya suara mereka dapat didengari. Sekiranya mereka menyerahkan begitu sahaja just masuk ke bilik dan serahkan by hand macam nak hantar proposal, sudah tentu ia akan just put aside or throw it into dustbin..

RENUNG-RENUNGKAN......=)

Wednesday, March 4, 2009

Ape dah jadi ni...?

Ya allah...jam dah menunjukkan hampir jam 6 pagi...aku x boleh tidur langsung dari malm tadi...padahal semalam x tidur pun tengahari...Letihnye..Masyaallah...Banyk btul yang bermain dalam fikiran ni...Ya allah..Berilah ketenangan pada hatiku sentiasa...Permudahkanlah segala yang sukar kepadaku...Jangan biarkan kerungsingan ini terus membelenggui diriku....Engakau sahaj yang maha mengetahui..Tidak terdaya untuk aku mencoretkan dalam entry ini apa yang terkandung dan terbuku dalam hati ini ya allah....Jiwaku merintih ya Allah...Melonjak2 bagaikan ku ingn melepskan segalanya...Hanya padamu ku merintih Ya Allah...Kerana Engkau yang maha mengetahui..Cintaku kepada-Mu melebihi segalanya Ya Allah....Pelbagai laluan dan jalan yang telah ku lalui sebelum ini Ya Allah... Engkau sentiasa bersamaku dan memberi kekuatan kepadaku...Walaupun di saat aku jatuh tersungkur, aku masih lagi mampu dan gagah untuk terus berdiri..Kerna satu yangku pegang....Pada matlamat aku yang satu........Justeru berikanlah aku kekuatan ya Tuhan......




Monday, March 2, 2009

Untuk Sahabat Ku....

dari kiri : Saidatul,Husna, dayah, Hidayah, Huda
tengah yang kecik molek tuh, Samhana



Ape khabar sahabt2ku di sane?Lame sungguh x dengar berite...Rindu x terkate saye pada kalian,,, Maaf lame dah kita x contact..Tapi yang pastinya, korang tetap ada dalam ingatan ini...teringat waktu zaman sekolah dulu...Buat ape sahaje, pasti kita buat bersama..Terima kasih sangat2, sebab sebelum saya pulang kembali ke UDM pada cuti mid sem tadi, korang wat majlis besday utk saye...masyaallah...walapun sahabt sibuk dengan urusan masing2, dapat juga sahabt meluangkan masa bersama saya...Terima kasih.. Bila berada berjauhan, kadang-kadang tersenyum saye berseorangan sebab teringat kenangan kita bersama, da kadagkala juga, menitis air mate kerana terlalu merindui sahabt2ku...teringat bila saye berduka, pasti kalian berada di sisi, segalanya kita berkongsi bersama..Kalianlah sahabt saye dunia akhirat...Tidak ada penggantinya.Walaupun jarak memisahkan kita, doa saye sentiasa mengiringi kalian,. Masih ingat kan janji2 kita dahulu.? Kita akan berjuang dan mencapai matlamt yng kita impikan....Insyaallah..Salam sayang buat sahabat2ku Huda, Hidayah, Saidatul dan Husna.....

Wednesday, February 25, 2009

Wajarkah Kanun Keseksaan Diperkenalkan Kepada Pelajar?

Salam mahabbah dan salam apresiasi kepda semua..Melihat pada senario ketika ini terlalu menyedihkan apabila melihat remaja yang merpakan harapan bangsa bertindak sesuka hati dalam setiap tindakan. Terlalu menyedihkan apabila tindakan mereka telah menyebabkan orang lain menjadi korban. Kita lihat bagimana negara kita baru2 ini telah digemparkan oleh kematian Muhd Adzrin , 16 yang telah cedera dipukul dengan menggunakan besi dan topi keledar oleh sekumpulan remaja yang berumur antara 16-18 tahun.Kes ke-2 , Ahmad Shafei Ihsanul Kamil, 16, yang juga merupakan seorang pengawas disekolah, telah cedera di badan dan lutut akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar kerana mereka telah ditegur supaya tidak membuat bising. Betapa berani dan melampaunya tindakan mereka sehingga sanggup melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan...

Apakah langkah yang seharusnya diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus menular dan menjadi barah dalam diri remaja kita.. Pada masa ini bukanlah masa dan ketikanya untuk kita saling menuding jari untuk menyalahkan sesetengah pihak.Kita harus bersam-sama berusaha dan bekerjasama dalam menggembleng masalah ini..Baru2 ini satu cadangan telah diajukan oleh Setiausaha Agung Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng supaya 'Kanun Keseksaan diajar kepada semua pelajar di sekolah...Apakah pandangn kalian.Adakah wajar atau tidak???...Pada pandangan saya walaupun 'Kanun Keseksaan' ini kebiasaannya diajar kepada pelajar undang-undang sahaja saya kira wajar sekiranya ia diajar kepada setiap orang. Di peringkat sekolahlah adala satu permulaan yang baik untuk mngajar dan mendidik mereka supaya diterapkan nilai2 moraliti yang sepatutnya ada pada masyarakat.
Apabila diajar Kanun Keseksaan ini, percaya atau tidak, sudah pasti ia dapat memberi pendedahan tentang kesan dan akibatnya apabila melakukan kesalahan..Sangat wajar sekiranya ia diajar kepada pelajar sekolah.Secara tidak langsung, ia dapt menerapkan nilai moraliti dan mendidik diri para remaja kita supaya tidak bertindak sesuka hati kerana mereka takut akan akibat yang bakal ditanggung. Seharusnya selepas ini, kita tidak akan berkompromi untuk membela mereka, walaupun mereka yang berumur di bawah 18 thun hanya disabitkan sebagai kesalahan juvana dan tidak boleh dibicarakan di mahkamah biasa, seharusnya kesalahan yang mereka lakukan perlu dibicara dan dihukum denagan sama rata dan saksama.Perbicaraan yang selama ini dilakukan secara tertutup demi menjaga kepentingan dan identiti mereka, seharusnya pada sesetengah kes yang melibatkan kes buli dan pembunuhan harus dibicara secara terbuka.. Oleh yang demikian ia dapat memberi pengajaran kepada yang lain...Melihat kepada situasidan senario yang berlaku dalam kalangan remaja kita, maka wajar sekiranya Kanun Keseksaan ini diajar kepada semua pelajar.

Thursday, February 19, 2009

PERTANDINGAN DEBAT NAIB CANSELOR DI UMT



Satu pertandingan debat Naib Canselor di UMT diadakan hari ini. Ia akan berlangsung bermula pada 20-21 Februari 2009. Alhamdulillah dan jutaan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menjemput pendebat junior UDM, sebagai pasukan SWING untuk bertanding dlm kategori Bhasa Melayu. .Para pendebat senior B.Melayu dan B.Inggeris juga telah dijemput hadir sebagai juri. Bagi pendebat junior ,Syikin, Faiz Taufiq dan Hanas selamat berusaha dan buktikan kemampuan anda.Saya kira jemputan mereka sebagai pasukan SWING adalah 1 peluang yang baik sebagai batu loncatan untuk mereka mebawa diri dan beraksi serta menguji tahap kemampuan sebagai orang baru dalam dunia perdebatan. Syabas saya ucapkan.........Selamat Maju Jaya..!!=)..Dan bagi para juri jemputan, ini telah membuktikan betapa pihak peganjur begitu yakin dan percaya terhadap tahap kemampuan kalian.Maka hakimilah mereka yang berdebat dengan adil dan saksama.Selamat menjalankan tugas..

Wednesday, February 18, 2009

Ucapan Maaf Kepada Semua

Salam dan ucapan maaf kepada semua yang melewati blog saya ini. Kerana sudah terlalu lama saya x mengupdate blog ini. Tidak ada entry baru. Dibiarkan sepi dan berusang. Mungkin atas kelemahan saya sendiri. Ini disebabkan kekangan masa yang terlalu sibuk dengan pengurusan Kelab Orator Unit Bahasa Melayu, jadual kuliah yang terlalu padat dan urusan lain, sehingga saya meminggirkan blog ini. Ada orang bertanyakan pada saya, dan menyindir secara sinis..Tapi saya tidak kisah.. Yang pentingnya saya tahu apa yang perlu lebih diutamakan...Kerana sesungguhnya bukan semua perkara perlu dikongsikan. Insyaallah, mungkin selepas ini, saya akan mempebaiki dan mungkin akan berkongsi serba sedikit pengalam dan isu terkini. Saya sedang mencari ruang dan dan masa untuk saya merancang strategi untuk menguji minda berani untuk mengupas isu2 terkini.


Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi serba sedikit sepanjang pengurusan dalam Kelab Orator Unit Bahasa Melayu, bertugas di bahagian pengurusan bukanlah mudah setelah 2 bulan memegang mandat untuk meneruskan perjuangan menggerakkan kelab bersama teman2 seprjuangn..Pada awalnya, kami bagitu teruja apabila melihat ahli yang begitu ramai.. Kami mengharapkan sokongan dan usaha yang terus menerus daripada setiap ahli untuk bersama-sama berjuang.Mungkin satu hari nanti mungkin mereka bakal menjadi pendebat yang dapat mengaharumkan nama UDM. Perjuangan mereka bersama-sama kami...Objektif dan matlamat utama bukanlah sekadar menjadi pendebat, tetapi membina keyakinan diri dan menjadi seorang yang ' out spoken' sebagai mana yang selalu ditekankan oleh abng Bob, Iaitu mantan Ketua Unit Bahasa Melayu, UDM.Walau bagaimanapun setelah 2 bulan usaha yang dijalankan untuk mengekalkan bilangan ahli, akhirnya jadi sebaliknya. Sudah dijangka keadaan sebegitu akan berlaku.. Cuma,pada asalnya kalau boleh pihak pengurusan mahu melihat tahap komitmen mereka..Dan akhirnya, kami mendapat jawapannya. Mungkin kerana sibuk dengan kekangan masa yang terlalu padat dengan minggu 'test'. Kami tidak menyalahkan mereka, kerana merka mempunyai hak masing2. Kami cuma sekadar membantu dan bersma-sama belajar untuk memperbaiki diri supaya lebih berkeyakinan dan mencapai matlamat dan objektif kelab. Kerana sesungguhnya kami juga seperti ahli-ahli lain yang bersama-sama belajar membina keutuhan diri.Sepanjang pengurusan kelab bersama teman-teman , kami juga belajar untuk memecahkan ketakutan dan berhadapan dengan semua orang..Segala komentar dan pandangan yang baik mahupun sinis kami ambil dan kami telan bersama-sama. Memang 1 cabaran.


Mantan Presiden kami, Abang din seperti biasa dengan lantang dan pedasnye mengkritik pengurusan kami..Memang perit dan pahit untuk ditelan, kami terimanya sebagai cabaran dan ujian.Tidak dinafikan, mungkin atas kelemahan kami juga. Saya yakin kalau kami bersatu untuk memperbaiki lagi perjalanan pengurusan ini pasti kami akan bergerak dengan lebih baik. Walau pun ada segelintir kami yang memberi pandangan bahawa disebabkan MT dan Exco terlalu ramai , ia agak menyulitkan keadaan dan perjalanan pengurusan. Bagi saya tidak sama sekali.. Kerana, hendak seribu daya, x hendak seribu dalih'. Kalau kita bersatu dan yakin dalam perjuangan untuk mencapai matlamat yang satu, pasti kita akan berjaya. Just bare in mind..Kita hidup bukanya berada di syurga yang sempurna segalanya, tetapi kita berpijak di atas bumi yang nyata. Setiap apa yang dilakukan pasti akan ade timbul pertikaian dan ketidak puashatian. Makanya, jangan ditolak tepi begitu sahaja, ambillah jadikan ujian dan cabaran pada diri supaya tidak gentar dan putus asa untuk perbaiki keadaan.


Pesanan pada MT dan Exco2 sekalian, marilah kita bersama-sama teruskan perjuanagn. Janganlah kita berhenti dipertengahan jalan. Ikhlaskan hati dan berpegang pada malamat kita dalam perjuanagan. Susah dan senang kita bersama-sama. Jangan pernah sesekali kta cuba untuk menuding jari sesama kita. Kita perlu teruskan perjuangan ini dan jangan sia-siakan segala penat lelah mereka yang telah berjuang untuk membina kelab ini. MEreka telah lahirkan ramai individu yang berbakti demi UDM. Biarkanlah kuantti itu x seberapa, yang penting kualti dan usha kita. Orang x menghargai, x mengapa. Tapi allah Taala menilai segalanya. Ikhlaskan hati, tetapkan hati. Niata usha dan tawakkal....!Kan itu pegangan kita...


Kepada Abg Din terima kasih atas kritikan dan komen anda, dan begitu juga abng. Bob... Cuma apa yang kami harapkan, teguran membina daripada kalian supaya kami dapat perbaiki diri dan kelemahan dalam pengurusan..


Kenapa seseorang suka membadutkan diri?Walaupun kadang kala merasakan diri hebat, mengapa sanggup merendah dan meghina orang lain dan kadang kala seolah-olah meluahkan perasaan yang terpendam sehingga sanggup menziharkan kepada sesuatu..Membadutkan diri?Ye..Mungkin secara tidak sengaja.Dek kerana terbawa-bawa dengan perasaan dan dek kerana keterujaan untuk meluahkan apa yang terpendam, emosi mengawal fikiran. Dan pada ketika itulah segala luahan kata akan terpancar tanpa sebarang hijab. Sesungguhnya, sekiranya sebelum ini sentiasa berbicara bagaikan mempunyai prinsipyang kuat dan teguh, tapi hakikat sebenarnya ia bagaikan ranting kayu yang rapuh. Emosi yang terbawa-bawa telah menonjolkan siapa diri yang sebenar. Kata-kata mulia dan kenyatan serta nasihat dan pesanan yang baik diluahkan apabila waktu itu ,diri merasa gembira dan tenang. Hanya apabila perlu sahaja. Tetapi apabila hati mula bergelodak akibat ketidaksabaran dan ketidakwarasan kerana diuji, maka terluahlah segala kata-kata nista dan noda yang sangat mengaibkan. Hidup begitu bagaikan air pasang dan surut. Yang paling memeranjatkan, apabila air pasang,ia hadir bersama ombak yang sangat kuat.Keganasan ombak memukul tepian sehingga terhakis segalanya. Bayangkan dek kerana emosi yang megatasi batas kewarasan diri sehingga boleh menghakis keimanan. Tapi tidak mengapa.Mungkin kerana perubahan hormon yang tidak stabil. Walau bagaimanapun sangat kasihan apabila mlihat manusia seperti ini. Hidup bagaikan terumbang-ambing tanpa pegangan . Hanya berubah sekejap-sekejap mengikut keadaan.Bagaikan lalang apabila ditiup angin ke kiri dan ke kanan.. Ingatlah,diri akan dinilai dari setiap tindakan. Bukannya kerana wajah dan personaliti yang di sebalik kepura-puraan.... Dan akhirnya kita bagai membadutkan diri di hadapan semua orang..

Tuesday, October 28, 2008

Ya Allah Ya Tuhan ku.........

Ya Allah….

Ku Ingat kembali sejarah kehidupanku…

Ketikaku merangkak untuk mengenali kehidupan…

Engkau berikan aku pelbagai dugaan dan ujian…..

Satu persatu aku hadapi…..

Sehingga aku merasakan diriku semakin tewas ..

Untuk menghadapinya, bukannya mudah Ya Tuhan…

Kadang kala aku rela jika nyawa yang menjadi korban..

Jika itulah adalah jalan penyelesaian…

Waktu itu…

Aku merintih…

Aku menagis…

Memerlukan kekuatan …

Ku mencari……

Di mana kekuatan itu….

Dengan fikiran dan jiwa yang tidak tenang..

Aku meneruskan perjalanan hidup..
Sehinggakan kadang kala jiwa tidak berdaya untuk hadapinya…

Waktu demi waktu…

Hari Demi hari…..

Lemahnya diri ini….

Bagaikan tidak sanggup aku meneruskannya…

Sehinggalah pada satu ketika,….

Ketika ku tawakkal menyerahkan segalanya padamu…

Dengan keadaan kesihatan yang sering tidak menentu…

Jiwaku penuh tekanan Ya Tuhan…

Hanya bantuan padaMu ku pohon..

Engkau telah temukan padaku Cahaya petunjuk..

Syukur Ya Allah….

Kau berikan ku ketenangan…

Walaupun pada ketika itu dugaan semakin besar melanda……

Alhamdulillah….

Aku tidak lagi gentar hadapinya…

Aku serahkan segalanya….

Kepada Engkau Tuhan yang Maha Esa..

Aku pasrah…

Cuma yang ku harapkan..

Moga ditemui jalan penyelesaian yang terbaik…

Aku yakin Ya Allah..

Walau hingga ke hujung nyawa kau temukan jalan itu…

Aku redha..

Kerana Engkaulah Yang Maha mengetahui segalanya..

Aku serahkan segalanya padaMu…

Setiap doaku pasti diiringi dengan titisan air mata….

Bukanlah titisan kekecewaan Ya Allah…

Tetapi rasa betapa kerdilnya diri ini…

Hamba yang penuh dosa dan hina.…

Menghadap dan meminta-minta dari Mu…

Kau ampunkanlah dosaku…

Begitu juga orang-orang yang aku sayangi…

Sesungguhnya Engkau sahaja yang memahami segala isi hatiku…

Hatiku merintih…

Hatiku menangis…..

Engkaulah Tuhan Maha Agung..

Maha Pengasih Maha Penyayang…

Segala suratan engkau tentukan..

Hikmah yang tersembunyi itu pasti…

Diberikan pada hambaMu yang cekal hati…

Kau berilah kekuatan pada Hamba Mu ini..

Janganlah Engkau Palingkan dari Cahaya setelah Engkau Beri….

Supaya hati sentiasa disirami..

Dengan Nur Cahaya iman dariMu Illahi….

Sunday, October 26, 2008

Lame X Update oi!!

Malasnye aku nak update blog ni... Maklumlah, kat bilik bukannye dapat wyerless.Lagi pun aku sibuk sem ni...Minggu depan plak ade exam..Hui..Macam2 berlaku sem ni...Nantilah.Ade mase aku cerita.. Banyak isu-isu terkini yang patut kongsi...Tapi bukan gosip tau!..Tapi ambil pengajaran supaya kita renungkan semula...Ntahla...Kadang2 kita ni manusia rase dirini bagus, tapi jangan lupe, yang anugerahkannye siape??Kalu x dengan kehendakNye, pasti takkan kita peroleh..Lagi 1 aku nak pesan sebelom aku tutup laptop ni nak sambung study, Cakap kalu x amal x bergune ek...x kirelah dalam ape2 perkare pun..Jomlah study...!Ingat maintain 3 point ke ats...

Saturday, July 19, 2008

Windunye dengan Blog ni...

Alhamdulillah....pejam celik2 dah masuk sem baru dah...sem 3...subject 4 dis sem, not bad...agak susah jge..tapi macam mane pun aku x leh mengalah....aku kne berusaha lagi gigh daripada sebelum ni....Result aku sem lepas..Alhamdulillah sesangat...nak tahu berape???hehehehehe..secreto......alhamdulillah rezeki aku sem ni...aku pun tumpang gembira untuk kawan2 aku len...bagus jgak result depe...Dan yang paling aku happy sangat, alhamdulillah x de sape pun member aku yang kene kick out...mudah-mudahan Allah redhoi perjuangan kami..mudah2an juge berjaye di dunia dan akhirat.... aku kne rancang strategi n plan baru....macam sem lepas aku banyak study sambil santai..n x pressur sangat even though aku sibuk dengan debate competition.. rancanagan aku still in progress... U know wat???Something yang aku takut sangat ape die???.,,,,,,,aku takut bile sambil aku menuntut ilmu ni aku ade wat salah n maksiat....yelah.....tuntut ilmu ni hti nak kene bersih...x le dicampuri maksiat..
nanti X BERKAT!!!!Ibu aku selalu pesan....Aku tekad untuk sem ni aku kene tebalkan muke untuk jumpe letcurer untuk tanye ape2 yang aku x paham..walopun sblm ni aku agak malu, tapi bile pk balik,, wat pe nak malu kalu tuntut ilmu...Kalu x bertanye , t sesat jalan....By d way, sblm aku stop ni, aku nak cite jgak, yang aku baru-baru ni bele beskal ....hihihihi,,,jgn jelous tau...bkan e, senang nak kemane...x delah pinjam moto orang kalu nk ke HEPA tuh.....kay lar....aku nak cari bahan untuk debat Alam Sekitar ni.....da....Assalamualaikum....tunggu 2orang abang aku ni x datang2 pun..janji kul 9,,,,,sekang dah 10.10..memang nak kene TIBAI!!!!!Membangkong lah tuh......x pe...tdolah puas2..kat Sabah nanti x le tido gitu...hehehehehe...tata...

Wednesday, June 18, 2008

Lame aku x cite..Sepanjang cuti sem ni beselah aku kat rumah wat kerje cam bese n cbok layan kerenah anak buah.....Yang paling best time cuti sekolah masing2 ade kat rumah...happy n meriah rumah... Tapi yang x bestnye bile dah time bukak sekolah, masing2 mle kerje...Beselah masing2 cikgu....apelagi...boringlah aku....sangat boring...Time cuti sem ni jgak disamping aku wat kerje rumah as suri rumah....hehehehe..aku gak ade wat kerje sampingan ... kat cni, ibu mintak tolong ajar anak-anak murid ibu dikir barat n nasyid....syok jgak..aku ajar setiap hari isnin hingga Khamis..dr kol 4 til 5 pyg.walaupun aku nak ajar depe time aku moody, bile tengok muke diorang, aku jadi happy...x tahulah kenape... mungkin sebab macam-macam peel depe yang aku tengok...masing2 wat persembahan pun wat dengan semangat...eh!..lupe plak nak cite, actually, ibu aku ni Guru Besar Sekolah Tadika , namenye Tadika Islam Al-Hidayah...y tu die ngajar pagi..Petang plak sebagai guru untuk mendidik kanak-kanak istimewa...name pusat tempat mengajar tuh Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Setia...Memng time cuti aku selalu tengok ibu aku ngajar...seronok tengok diorang...Bile pikir balik, timbul rase keinsafan dalam diri..Memang sunnguh istimewa depe ni...Bile aku lihat, mereke memng seronok dengan dunia sendiri..nak tahu? diorang ni mmg suke bermain dengan emosi....some times bile diorang tengah marah, kite kene pandai main psiko tau untuk dekat dengan diorang ni...some times plak kalu tengah suke, memng happy sangat-sangat.. sampai ade yang sesetengah plak, naik sasau....fuh..!!!!happy giler...aku nak cerite ckit,pengalamn aku bile aku berade dekat dengan depe ni, tibe2 akan timmbul rase keinsafan dalam diri...aku x tahu macam mane nak cerite...banyak bende yang bermain dalam fikiran ...kadan-kadang aku terfikir betape kerdilnye diri...x tahu macam mane aku nak ungkap..Kadang-kadang aku pikir kan..,,,depe ni lebih baik daropada yang normal,, mereka x hipokrit, jujur dalam menjalankan kehidupan...hai..entahlah aku nak cerite cam ne...memng xle diungkap dengan kate2..aku rase sesape yang lihat diorang dengan dekat, korang akan tahu macam mane perasaan tuh..Untuk anak-anak yan Istimewa ingatlah sesunguhnya "Masih Ada Yang Sayang"

Friday, May 23, 2008

PISZa

Ni mase malam dinner dgn peserta2 PISZA(dr blakng kiri: farah,adeq,halwa,aini,me,
dr dpan kiri : ahmad, abng syahmi(jurulath kitorang,a.bob n Ong)


Mungkin entry baru aku ni aku lambat post..coz wyerless payah tol nak dapat…2 hari lepas aku baru balik dari pertandingn debat Piala Sultan Zainal Abidin (PISZA) debat untuk u dibahagian pantai timur..kebanyakkan yang dihantar adalah junior dalam debat…peserta UDM yang dianar, aku,adeq (tiqah) , Ahmad n Aini…Cam beselah posisiaku as yang ke-3..Pembidas.Adeq Timbln n Ahmad Perdana Menteri or Ketua pembngkang n Aini as reserve..Fuh!!!!... hari yang sangt menyeksekan n juga hari yang bagi banyk aku pengalamn…I love it and also I hate itI don’t know what I want to tell bot my feeling there…Alhamdulillah, ade 5 pusingan awal kami menang 3…aku yang x berape nak sukenye, untuk debat kali ni usul dibagi adalah on the spot..pergh!!!...30 minit bagi bincang , pastuh nah !...Debatlah…bayangkan 30 minit discuss n plan strategy…But u know what, its not good enough for me , even though menang 3 kali untuk 5 saringan..and kebanyakkannye, bile judges bagi pandangan, kate mereke, sash nak tntukan sape menang..coz masing2 layak menang n masing2 layak kalah…u know wat dats mean?...maknenye kami masih ade banyak lagi kelemahan….x nafikan setiap daripada team aku ade dapat ‘pendebat terbaik’, including me..tapi actually masih lagi banyk kelemahan…pas abis 5 saringan, aku tggu keputusan untuk tahu sape layak ke suku akhir….waktu tu, aku sorangje yang ade kat dalam dewan ‘roll call’ tuh…terpinga-pinga aku carik team aku n supporter x datang lagi..aku tunggu keputusan sendirian …Macam orang bodoh…huhuhuhu…Terkejut beruk aku tahu kputusan tuh,,, Kitorang berjaya ke separuh akhir…Ya Allah…!!!!macm x caye…Ahmad plak datang lambat… yang ade mase tuh, a.din je..ape lagi…memng merah muke a.din sebab marah giler..takut aku tengok..cuak dah….huhhuu..ape pun perjuangan diteruskan….suku Akhir lawan UMT, kemenangan berpihak pada kami.sepruh akhir aku lawan IPSM…saat yang mendebarkan jugak…x sangke…lawan dengan IPSM kami jadi kerajaan,, Usul berbunyi “Jiran Kita Tak Sedar Diuntung”…Pergh…Kami bawak jiran kta tuh kami rujuk pada Singapura…Mase berdebat tuh, bile PM (Ahmad) bkak je konsep, kelam kabut aku tengok IPSM..ape taknye, mugkin die x target kitorang rjuk pd 1 negare je kot…Kejam sangat kekitorang ha???....mmmmm,,………..entah ar..aku tengok depe sibuk tka posisi…kitorang plak kelam kabut jgak…aku ni dahla lampi ckit otaknye nak berpikir… aku gagahkan jgak otak aku ni spaye berfungsi…akhrnya keputusn berpihak pada kami dengan juri 3:2..margin 1.33…memang menang tipis..Masuk akhir, tajuk plak Ketuanan Melayu : Yang Sudah Itu Sudah”..tajuk yang aku paling menyampah…performance aku memang teruk… Hish..Memalukan UDM je…Mintak maaf aku pohonkan pada sume…Mungkin kekalahn tu, gare2 aku coz x jalnkna tnggungjwab denagan baik…Ape lagi..Turun je pentas… menangis aku…Aku pelik…Rase seumur hdup, itulah paling teruk n paling mamalukan….Tapi aku anggap pengalamn.,..tanpe pengalaman , mungkin aku x banyak belajar untuk perbaiki diri…Macam mane pun jauh disudut hati masih lagi ad erase kekecewaan dan sedih…Bukan kecewe kerana kekalahan..tetapi performance aku yang paling baik…Aku kene perbaiki diri aku…banyak aku kne buat untuk lebih maju dlam dunia debat nih..mase lepas abis final tuh, kami kmi minyak komen dari juri yang jgak adalah raja debat n menjadi idola bagi setiap pendebat..Komen die mem kow2!!!Memang menusuk di hati…Lepas ni aku kne kaji diri aku balik…Untuk jadi pembidas yang baik dan mahir, aku belum lagi layak…walaupun sblm ni pernah dapat anugerah pndbat terbaik, itu bkan bermkne aku ni da ckup terbaik…Aku belum puas…Pas ni aku kne nilai diri aku balik…Pada awal gi PISZA, kami x letakkn harapan menang, belajr n timba pengalaman tuh paling penting…Rezeki Allah nak bagi smpai k final , Dia yang tentukan…Mcam mane pun perjuangan debat harus diteruskan..Aku kne banyak study balik…Aku kne byk perbaiki diri…1) Aku kne baljr lbih tenang bile berdebt2) Aku xle bergantung pd text..so, otak aku kne gerak dgn aktif utk berfikir ..Yang pasti kne tenang.3) Setiap kali perform aku kne faham konsep orang dengan jelas..baru tahu nak bidas..beselah..posisi selalu third…tukang bidas aje lah…4) Aku kne pastikan, perkara utama yang aku kne bidas adalah akar pokok.bukan takat dahan or ranting or wat ever….kne akar..5) Aku kne banyk wat latihan untuk putar belit fakta…huhuhuhu..bahaye tak wat gituh ek?????ah! xkesahla…aku kne belajar..yang pnting jagn perkara tuh, lari dari syariat Islam…Nauuzubillah…X nak aku…Ya Allah…lindungilah aku..6) Aku kne rancang n susun strategy baru…Pas ni kne lbih cool…N you know what???aku n my team ade jumpe dengn ‘Raja Debat’, die judge mase pertndingn akhir…kitorng pnggil abang Daud..mint KOMEN.Pergh…kate2 die memng pedas…Die kate, nak jadi pendebat yan baik,kt kne banyk membaca..Debat, bkan setakat pandai bercakap je, tapi kne pandai berfikir..brain must together with the critical thinking..Die kate, ape2 pun bermula, mesti kne banyk membaca..Dalah aku ni jarang membaca..Tapi bile ingat balik, aku kne gak ushe untuk perbaiki diri..tobat lah..dalah kat pentas akhir aku ni cakap ngarut…main hentam je aku..naik je pentas..tibe2 macam orang bodoh..plek gak…macm terawang2…mngkn first time aku masuk pentas akhir wakil universiti..aku kne gak berushe..paling penting banyak membaca.. x rugi aku banyak baca.banyak baca lagi banyak pengetahuan aku dapat…

Saturday, May 10, 2008

Release2!!!


3 hari lepas men bowling, memg best..enjoy sungguh..dah lame x happy cam ari tuh..memg men sungguh2.y paling best , aku menang beb..selaku kak long...dats fair wat!!.. adik beradik lawan adik beradik..kak long. kak ngah, kak cax, kak chik n adeq..mase turn aku men tuh, aku dapt jatuhkan sume pin tapi problm skrin tuh, aku x abiskan pin..x paus hati sungguh...ape agi,,panggil lah abang yang jage kat situ..seb bek die btulkan..happy yang tadinya terencat, sambung balk..heheheh :).. pas men bowling g shopping plak...adik2 aku nak beli barang,,aku beli buah jer...n paling aku x lupe beli baju untuk anak-anak buah aku...rindu kat depe...huhuhuhhu..:(..ari tuh memng letih... dalah lapar...dpe pun lapar gak..dpe ajak makan tepi jalan...coz mmg lapar tahp cipan waktu tuh..aku pun same..tapi aku x lalu nak makan kat situ.. aku tahan je ler. pas depe abis makan , gi pasar payang plak tman adik n kak chik..kak ngah dgn kak cax g jmpe letcurer depe sbb nk serah report...aku makan kat pasr payanglah..x tahan sangat,,,perut dah menyanyikan lagu "Imran Ajmain" dah...aku makan sengsorang...adik n k.Chik beli cenderahati utk kayk..x kesah dah aku time tuh makan sengsorang..lapar punye asal..huhuhuhu..abis sume, petang balik..seharian kuar..pergh!!!memg puas..hihihihi...

Wednesday, May 7, 2008

Ye!ye!..........EXam AbIS DaH WeH!!!!!!

Exam abis dah...lge...sok planning nak men bowling
gi bandar.jalan2 dlu then abru men.....x sabar.... ape taknye,, bape minggu frust utk exam ni...abis exam kne gi kem kayak plak...then balik kayak ade bengkel debat....masing nak balik abis exam ni.. sebelm tuh kne ade pluang utk kuar dgn kawn2..terutama dengn adik beradik kat udm nih...yolah..akan datang, next sem blom tentu lagi le jmpe...tol x??....mudah2an panjng umur....amin....

Saturday, May 3, 2008


Masyaallah.....lame sungguh nak abs perikse nih.. panjng tol gab...penantian satu penyiksaan..urgh!!!!!sabar2....lagi satu paper lagi..Paper Islamic Criminal Law..hihihihi..pas tuh merdeka...hehehehe...merdeka wat semntare je ler...Masing2 x sabar nak abis exam.maklumlah,...nakbalik kampung..Aku plak... huhuhuhu..x jadi balik kampung..ade bengkel debat... pas tuh ade pertndingan debat..ade selection utk pertndingn tuh..hai....nak balik!!!!!..tiket dah beli..seb bek ade orang nak beli...x delah aku rugi... kalo tak ade yng kene byar tiket aku tuh...

Saturday, April 26, 2008

Debat..!Oh!!! Debat..!

Ni Team aku dalam pertandingn debt FUHA


Nilah team debat kmpuln FUHA A dalm PNC arituh


Ape yang lucunye tuh???....




Masing2 tgh blur...Sbb pihak lawan cube kelentong depe



Our beloved senior yang sentiase bg support ...
"ha!y laki blakng tuh sesat...dari mane tah.."



KAk Ngah n Adeq dengn Sifu Din..


Dengan kak dayah tersayang.."senyum kak, bagi comey cikit"....




Team FUHA A (juare) dengan Sifu Bob


CORETAN HATIKU……

Almaklumlah,,sejak berjinak-jinak dgn blog ni, mcm2lah aku nak cite..u know what?dah tengok gmbr bnyk2 kat atas tuh , ari nih aku nak cite pasal debt..first, aku nak cite ms mule2 aku nk melngkah ke dunia debat nih, x bpe minat sangt..just ske tengk org debat..Lame2 aku tengok dpe berdebat, lagi2 kwn2 seangkatn aku y dapt mask pertndingan debat di USM..Aku rase aku kne ad penglmn sendiri untk perform Pergh!!....Sian tengok dpe memg kne tibai cukup2 dgn team laen kat sane.Ape taknye x smpai 2 mnggu mask kelab da kne perfrm…Mase tuh aku jadi penykng je…Tengok je ler…Walaupun keadaan genting n kritikal time tuh, aku mmg tabik ding donglah kat depe..Dpe truskn perjuangn jgak…Hebat2!..

Bak kate Tok Guru km, A.bob “Kalah menang dalam debat bukan perkara biasa, dan bukan kemenangan yg kt harapkan , tapi pengalamn yang amat berharga tuh yang penting..”n A.Din plak kate sllu kt
“Jangan mudah mengalah”.Belum Cube blum tahu”..

2 orang tulah yang byk berjase dalam memberi galakn n keyakinn utk join debat n perform. Kay smbung blik cte..,,pas aku tengk dpe perform kat USM, aku d dpt keyakinn utk join dlm debate untuk merebut piala FUHA n Naib Canselor dalm UDM…

Akhirnye aku dapt join…Team FUHA aku, Adeq,Aku,an Kak Ngah n also Adilah,,
Posisi aku as Menteri Pertahanan.. Tak pernah berubh..ape tahnye dr awal smpai pertndingan akhir asyik kerajaan jer…nak muntah kitorang dibuatnye..
Dapat masuk akhir tau…Lawan ngan senior part 4,,Alhamdulillah, kami berjaye jd JOHAN…Usul=”PENJAJAHAN MEMBAWA KEMAJUAN DALAM SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA”Pendebt Terbaik dapt kat Adeq..Mmg tak disangke2..Rezeki tuh!....Pergh!!.... Senior aku hebt,,bkan lawn dgn clang2..tape camne pun dpe ttp yang terbek bg kami.Kmengn tuh n piale tuh bkan mlk team aku jer, tapi untuk sume..

After debat FUHA, aku join plak debat Naib Canselor..Ramai yang participate . Mcm2 cost ade…Fuh!...mmg wkt yang mmntkan mase tuh, ape takye sibu d test , then, nk crik bhn ag sblm pertndingn tuh..tido kurang 5 jam.. km wat preparation maut kat café pas isyak smpai kdg2 dkat kol 3..semangat punye pasl..however, study tak lpe..pndai2lah arrange mase..Bagi aku, semngt kne seiring dalam sume hal..However study is the most important rigth?kay, smbung cite..Dbat NC kami berjaye smpai dalm separh akhr je,,Jadilah…Bukan seng nk smpi tuh, team len hebt2 blake.Sekurg2nye km dpt bnyk penglmn..Walau team aku tak jadi juare, Alhamdulillah, aku dapat anugerah sbg ‘Pendebat Liga Terbaik’..Ya Allah!!...macm x prcaye,,Alhamdulillah sangt.. sume dengn izin Allah..Alhamdulillah name kami dikenali dalam arena debat,,Tapi kat UDM je la…HEI!...its okay whay??... langkh permulaan y bagus kan..??..

Terima kasih aku yang x terhingga dan bersyukur sangt2 kehadrat Illahi..Kalo x degn izin-Nya,temukan km deng sifu kitorang A.Bob n A.Din, aku n yang laen x mungkin akn smpai ke tahap nih..dan aku bnyk belajr dripad mereke..Nak tahu ape y aku ske tengk diorang berdue ble perform???Hehehehehe…Kay, a.bob ble perform aku ske belajr n tengk cre die yang tenang n cool je ble perform n serius tau..tapi comel..kihkihkihkih..n A.din die mmg agresif..suare die lantang..lg pun die kalo pnggl org. 1o km le dgr suare die..Ha!gaye die plak kdg2 plek..but I like it..Tq A.Din n A.Bon..Jase kalian amt aku hargai…Moge Allah membals jase kalian..Kerane dengan izin Allah jg pertmuan aku dgn kalian tertanam rase cinta dengan dunia debat nih…Tak lupe juge kpd family y sllu bg support n sllu kte
“Ha!debat tuh debat gak.Jgn debat bende bukan-bukan .Gnekn penglmn y ade. Lg pun kan ambik law..pndai2lah..Asalkan jgn nk putr belit y x betul...”
Pergaulan jage..Akhlak jage..Setiap kita hamper kepade maksiat, iman ditarik sedikit demi sedikit..Imbangkan segalnye…”
Fuh!...Peringtn yang bermakne untuk aku.. dan x lpe jg pade temen seperjuangn …co-operation yang mmg bgus between us.. I love it..
Kak Ngah,Adeq,Fahmi…Ha! Y ni mane le lpe…kepade si die sllu bg support..walupn kdg2 ggu mase , die ttp dtg bg skongn tiap kali aku perform..n die sllu igtkan aku..n memahami aku..Kate2 die kdg2 pdas gak,,Insaf2…..huhuhuhu..Bguslah d org igtkan aku ni..kadang2 aku ni tambeng (bhs jawe) sikit..hhihihi..n setrsnye wat kawn2 y sntiase bg skongn, Kak Chik,kak Cax, Kak Teh, Midah,Kak Dayah,Mono, Azrul, Fadil ,Alif Nik Khadjah,aDilah,Ron,Azie, n y laen y terlibat..Luv U all.. dan ade jgak mereke2 y mengkritik kami dan juge mmm.. x kurangnye ade yang mengutuk..wat ever..kami terime..aku kire komen yang membine..

Debat, Oh Debat…ssah rase nk hilang perasaan dlm jiwe nih ble da syg dgn debat ni…Smpi kat mane2 pun aku dgn kwn2 aku nak berdebt. Even though bende x berkaitan n mengarot..Hishh!...entahla..Yang paling penting Cinta yang pling utame dalam hati aku, Cinta Allah..Kalu x kerane dengan keizinan-Nya mesti aku x kenal dunia dbt nih…x jmpe 2 org sfu aku, x rapat dengan kawn2 laen, x knal org…mmmm…X nafikan debat mmg agak social..Y penting depend pade orang kne pandai jg diri msg2..Jage pergaulan..Yang pentg kan kt cari Ilmu n pengalamn..Right??...