Sunday, December 26, 2010

25hb Ukhwah Bertaut Kembali


banner Reunion kami....=)

Salam rakan2 semua..25hb??ad p ea??bagi aku tarikh yang sgt special dan bahagie rasenye..bukan sebb sambut krismas, tapi reunion batch sekolah aku , batch PMR n SPM..=)..tarikh ni, kami adekan reunion dengn rakan2 lama. Ya Allah, gembira juga hati ini dapt jmpe semula rakan2..Hmmm...masing2 dah berubah..Semakin matang dan bergaya nampaknye.Semakin cantik dan semakin handsome..ngehngehngeh,,=P..

Walaupun reunion kali ini agak kurang sambutan kehadirannya, pade aku, sgt bermakna, dan majlis agak meriah...Mungkin yang lain ade kekangan2 tertentu yang x dapt nak dielakkan.Tpi hopefully akan dtg the others akan bagi komitmen.Almaklumlah, bukan senang nak kumpul cam nih..ade yang sanggup amik cuti keje, ade yang kuliah dah mule tapi balik sejurus tamat kelas,..
Program bermula pada jam 3.00 petg..kami wat sukaneka..Aktiviti yang dah lame kami x wat mase zamn sekolah dulu..kehadiran petng, agak sedikit, tapi malam bertambah bilangnnya. Yang penting, sukaneka petng tuh kaum hawa berentap degn kaum adam..macm2 strategy dan helah yang dgunakan bagi memastikan kemenangn milik masing2..

Malam pula adalah acara kemuncak. Jam 8.45 kami memulakan program.Majlis yang sgt santai.Majlis makan2 dan majlis penyampaian hadiah n tayangn video.Time tayangn slide masing2 khusyu' bukan main. Ade yang terbahak jgaklah sebb nampak muke kawn2 meke yang cam budak2..telatah yang plek2 sume muncul dalam tayng video tuh..Bahagie sungguh malam ituh.
Masyaallah, ape2 pun moge ukhwah kite semua berkekalan..Diselitkan sedikit photo sebagai bingkisan kenagn sepnjng aktvt berlangsung..=)




(Titipan malam reunion bermula)
Ukwahfillah wahai sahabat-sahabatku semua...
Lelaki dr kiri : farid,Udin,Pizan,Epi,Arepak(selit tgh)hahah,iwan,atan,Hanim,FaridzolmAyim,Iwan Salihan,Ijal
Perempuan dr Kiri: Husna,Aini,Nisah,Saidatul,Aku,Farhana,Aishah,Hayaton,Ina,Huda


Aku, Mazlina, Aishah dan Saidatul


Sesi makan bermula...hehheheheh..tapi kami makan ade second round tau.,,,Satay!!sodap n Lazat=P


Mari makan semua,,,



(Sesi Petng sebelum tuh)Fuhh..Penat.. kaum Hawa v kaum Adam
Pergh!..sekali hembus jer..bertebaran tepung2 ituh..ngehngeh


Atan sedng menunjukkan skillnyer..ding dong ah..


Aku pun x paham ape yang depe wat nih..memng ukhwah betul nih


Masing2 tgh rancang strategi..agi2 farhana sedng mengukur keluasn utk buat jerngkap samar utk dak2 laki..hahahah


bahagianya wajah kalian....=)



Saturday, December 25, 2010

Telah Berlalu...

Assalamualaikum,,,salam kasih dan sayang buat semua.sedar x sedar, telah hampir setahun aku meninggalkan laman blog ini..tanpa penulisan,tanpa coretan, tiada bingkisan kisah yang dikongsi,.Dek kerana sibuk dgn tugasan dan mase ku luangkan untuk memberi tumpuan pade study aku utk semester akhir.Kebetulan juga connection wyerless plak x dapt..So, telah membntutkan aku utk teruskan penulisan dalam blog ini..

Alhamdulillah Bulan Mei 2010 lalu aku telah menamatkan pengajian Diploma Undang-undang..Dengn Izin yang Maha Esa bulan Julai lalu telah dianugerahkan skrol dan sijil tamat pengajian,,Maka tamatlah sudah perjalann kisah ku di bumi UDM yang kini dikenali UNiSZA.
.
Segala kengn susah senang, suka dan duka, ku sematkan di salam memori ini sebagai kengn yang terindah dalm perjalnn hidupku..Ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala curahan ilmu dan kasih yang dicurahkan oleh para pensyarah terhadap diri ini..Moge Allah sentiasa memberkati hidup kalian semua..X lupa jua kepada rakan2 seperjuangnku, moge allah permudahkan perjalnn hdup kite semua tak kire ape jua matlamt yang kita mahu kecapi..Perjuangn harus diteruskan

Begitu juga dengn diri ini.. Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, aku diberi peluang dan kesempatan utk menyambung perjlnnku utk menimba ilmu..Kini, aku menjadi mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia,.pelajar Ijazah Sarjana Muda FIQH & FATWA dengn Kepujian.Segalanya atas kehendak Allah taala..Walaupun pade awlnye hati ini agak sukar utk menerima hakikat utk belajar dalam bidang yang berlainan,namun kini hati ini boleh menerima, dan masih lagi berusaha utk memujuk hati utk terima segalanya..Bila difikirkan kembali, sebenrnye program pengajian ni pun sebenrnye lebih menjurus kepada Undang-undang Syarie,.Allah Taala memng Maha Mengetahui ape yang terbaik utk diri aku..Aku yakin..Kalau dulu selepas tamat SPM terdetik hati ini utk menentukan hala tuju dalam pengajian undang-undang Syariah, namun keadaan jadi sebaliknya..Aku rela dan pasrah..Ku biarkan masa itu kian berlalu..Tatkala hati ini mula sebati akan undang2 Sivil, ku telah diuji, dengn Program pengajian Fiqh dan fatwa yang telah ditawrkan utk mnyambung pengajian peringkat Ijazah..dan telah ku putuskan utk aku teruskan pengajian ini...Tempoh 4 Tahun..??hmm..Moge aku dapat laluinye dengn pnuh ketabahn..

Proses Pembelajaran???Masyaallah..agak terkial-kial n merngkak jugalah,,,everythng in arabic..Totally..Though kite bertanya pade Letcurer, mereka akan respon back by giving the answer in Arabic..Aku anggap ia sebagai pengalam yang baru n mencabar aku..Aku cuba cabar diri aku, kalu dulu mase di UDM English aku terima , why not Arabic language,,Bahasa yang indah sedngkan Bahasa Syurga.??Ye..!aku MESTI terima..Kalu dulu subjek susah aku ushe utk catch up nape x utk ini??aku kene berlaku adil..Sebb hukum hakam agame..Be FAIR!..Insyaallah..

Wahai hati..Sabarlah dan tenanglah dikau..Kite bersama akan teruskan perjuangn ini.. Walau ape pun yang berlaku, aku akan teruskn perjuangn ni, akan aku capai matlamat aku satu hari nanti..Ku bermohon pade Allah, agar diberi kekuatan utk teruskan langkah ini dgn penih keikhlasan dan ketabahan..Sokongan dan dorongan kalian disekelilingku juga ku pohonkan agar hati ini terus kuat..

Friday, August 21, 2009

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH



Berikut adalah merupakan kelebihan Solat Terawih dari Malam Pertama hingga Malam Ketiga puluh :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

SELAMAT BERAMAL BUAT SEMUA....

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.


Ku mengharapakan Ramadhan kali ini..penuh makna..
Agar dapat kulalui dengan sempurna...

Ucapan Selmat Dtang buat bulan yng pnuh kberkatn dan rahmat..Ambilah peluang dan kesempatan pada blan ini untuk kita mempertingkatkan amalan dan rebutlah peluang untuk membuat amal kebaikan.

Ujian lapar dan dahaga harus kita lalui dengan penuh sabar. Mudah-mudahan allah akan menerima segalam amalan kebaikan dan kebajikan . Terangilah hari itu dengan zikir dan tadarus al-Quran, imarahkanlah dengan solat tarawih. Serta terangilah tengah malam denan tahajud dan solat taubat..Sesungguhnya allah sangat hampir dengan kita pada 1/3 malam ..

"Ya Allah...Aku amat mengalu-alukan kedatangn bulan mu yang penuh barakah dan rahmat ini ya allah...Ku pohonkan padamu, pada bulan ini dipeliharakan hamba-hambamu ini untuk beribadah degan penuh ketenangan dan keamann ya Allah..Lindungilah diriku,,,kaum keluargaku,,orang disekelilingku serta saudara seislamku sekalian ya allah daripada segala bencana dan malapetaka serta kekejaman manusia2 yang zalim lagi ingkar kepada mu Ya Allah....Mudah2an keamann dan perpaduan seluruh umatmu akan bersatu dan berpadu...Amin..Ya Rabbal alamin "







Huhuhuhuhu...

Owh...my blog..siannyelah ko..lame dah aku x update..hai...cam nelah...mase aku time bersemangat nak update sokmo, ade je yang nak mmbantutkan ushe dansemngt aku nih...Mane x nye, kat bilik ak bukan dapat wyerless pon..huih..Nak trun bawah blog dapat tu menglah dapat.Huih!..x kuase ak nak turun naik dari aras 3 tu semate2 nak update blog..x kuase aku..huuhuhu..tapi x pe..blog tetp ade dihati aku, walaupun kesetiaan terhadap blog tidak pernah terpatri..hehehe

Pada sesiapa yang dok melawat blog teman nih,,teman minta maaf bebenorlah ye..bukan ape..ade juga atas kesibukan teman ni..tapi jgn ghisaulah,,,akan datng, teman akan update..insyaalah..ha, kepada yang dok rungut j pasal blog aku ni x update2...diharapkan bersabar lah kome ye...

nak wat report praktikal yang dah berminggu bertangguh ni....then nak study...~nanananana~...

tata sume..assalamuailaikum...

Thursday, July 2, 2009

Yahoo...!I'm back UDM...!

Alhamdulillah, jam 9.30 malam sok, maka akan betolaklah aku pulang ke UDM dan meninggalkan kampung halamn ku yg tercinta ini...Aku yakin..sdah pasti pas ni x de cuti yang panjng dah melenkan raye lah..x berpeluanglah aku nak balik agi..huhuhu..cewah..!cakap cam x balik terus je kan.. By the way.... 1) aku akan bertolak dgn mnaiki bas sani ekspress..bas yang mmng favourtku kalu nak balik...hihihi...sebb servicenye bagus, memng selesa, pemanduan yng berhemah dan cermat...-hrga xpenting, lebiy krang sme dgn bas len, yang pntng keselesaan....




2) aku sdah merncng strategi baru untk study sem baru ni...hahahaha..tggulah ko subjek law..aku akan pastikn ko dalam gnggamn aku..hahahahaha!!.....memng aku gelak jhat.. i'll manage my time properly..insyaallah.by the way ,subjek untuk sem ni ade 5 subjek law n satu subjek sampingan.

* Administrative Law
* Company Law
* Land Law

* Commercial Law

* Law of Trust

* Ulum Hadith

Am I ready For that?????-YES! IM READY....!





3)Many questions which is still playing around in my mind,ahak.ahak.ahak....Macam mana yek cara belajar dengan letcurer yang x pernah ajar kitorang sebelum ni???..hmm...Dok tengh pikir gak, senior mane yang aku nak consult t kalu berlaku kesulitan dalm subjek tuh?..huh!...kalu mmber luar aku dapat dah sape...hahahaha..dri UiTM...Siaplah ko ******!...ko jadi mangse aku...ahrg! yang penting aku kene mntak bantuan pada mereka yang ade pengetahuan ini semua...lagi ramai lagi bagus...bak kate owang.."malu bertanye sesat jalan"...aku x nak lah sesat....ha!!yang pastinye, kene consult dengn letcurer yang ajar tu jgak...

4) I'll take revenge......hahahahahahahah.....what for????>...Hanya Allah dan aku sahaja yang tahu..Sbb ia jadi pembakar semngt aku sehinga ke hari ini....Mari kta truskan langkah menuju ke medan juang ini....Salam Perjuangan Ilmu Buat Semua!!...

Wednesday, July 1, 2009

Semangat Baru buat Iraq


Tentera Iraq menyambut meriah permulaan proses pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara mereka mulai kelmarin. Kemeriahan ini disaksikan di Ramadi, ibu kota wilayah Anbar, 115 kilometer ke barat Baghdad. Pengunduran itu dijadual tamat pada hujung 2011. Setakat ini, 120 markas tentera sudah ditadbir askar Iraq manakala 30 lagi ditutup lewat semalam, kata jurucakap Pentagon. - Foto AP(Berita Harian)




Alhamdulillah, rakyat Iraq boleh menarik nafas lega, apabila perjanjian keselamatan yang dikira sebagai bersejarah telah dibuat antara Iraq dan Washington bakal dilaksanakan dan ditunaikan.


Tentera Amerika Syarkat telah mula berundur dari semua bandar dan pekan. Sebagaimana dalam perjanjian tahun 2011 adalah merupakan tahun yang dijanjikan pengunduran bagi semua tentera AS selesai sebelum tamatnya 2011.


Setelah 6 tahun tanah Iraq diceroboh, maka bakal bermulalah kehidupan baru bagi rakyat Iraq untuk menikmati hak dan hidup di bumi sendiri tanpa kehdiran orang asing 'penyibuk' yang juga suka menimbulakan provokasi terhadap pemimpin dan rakyat. Perjanjian keselamatan itu adalah demi menjaga dan melindungi rakyat baghdad, namun apabila dilihat dan dinilai kembali, agak pengecut juga Amerika Syrikat ini , kerana perjanjian itu juga agak bersifat 'berkepentingan sendiri' ..Berikutan ia dibuat meliputi nasib 133,000 askar Amerika di situ.Hal ini demi menjaga dan mengelakkan kematian tentera Amerika, maka perjanjian itu dipersetujui oleh mereka .


Setelah kematian Saddam Hussein, bagaimanakah pemulihan kembali struktur pentadbiran di Iraq?Adakah keamaan dan persefahaman dapat dicapai. Bagaimanakan janji yang telah dilafazkan oleh Presiden AS sebelum ini.


Setelah usaha-usaha di Iraq dalam menyelesaikan kemelut di sana menemui kegagalan, apakah yang keadaan yang bakal berlaku?Kerana dilihat pergaduhan yang sering berlaku antara Pentadbir Kerajaan Pusat dan Puak Kurdish dan antara Puak Syiah dan Suni masih saling bertikam hebat masih berterusan....Itu masih menjadi persoalan....


Walau bagaimanapun satu harapan baru untuk Iraq dalam membentuk dan memulakan kehidupan baru.Tiada si 'penyibuk' , maka, mngkin satu peluan untuk memulihkan kembali pentadbiran dan keamann dengan berpijak di atas kaki sendiri....


Permulaan pengunduran ini telah diraikan dengan gembiranya oleh penduduk Baghdad..Diharapkan pengunduran itu diteruskan demi menjamin kesejanteraan rakyat Iraq..Menyokong Semangat baru buat rakyat Iraq..!!Takbir!!!!



Perjuangan Yang Tiada Sudahnya


Salam mahabbah dan kasih sayang buat semua..Sedar x sedar, 5 hb ini bermulalah semula perjuangan aku dalam dunia undang-undang...Akhirnya setlah melepasi 2 tahun aku menuntut di Universiti Darul Iman Malaysia sebagai Pelajar Undang-undang, kini tibalah aku melangkah di penghujungnya.. Unutk masuk ke Final Year.Namun aku sdar ia adalah penhjung yang tiada penamatnya..Bak kate pepatah "tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad".

Utuk melibtkan diri dalam dunia undng2 ia bukanlah perkara yang mudah..Aku juga percaya, begitu juga bidang2 lain..Namun, pada aku, di mana ada kemahuan, disitu juga ada jalannya..Walau pun betapa sukarnya ia, motivasi dan disiplin dlm diri adalah sgt penting untuk kita melangkau dan menuju ke arah matlamat yang ingn dituju...

Teringat kembali aku akan sejarah silam..., ia telah mnybbkan ak untuk terus bangkit ketika aku hampir berputu asa untuk menruskan khidupn ini..Hanya pada Allah ku srahkan segalanya..., Aku anggp segala yang berlaku adalah dgaan dan cbrn untk aku.Justeru x de alasannya untuk aku berptus asa...Aku harus buka mate aku, mate hati aku, untuk menerima segala ketentuannya..Kumohon agar hati ku dilapangkan sentiasa dan diluaskan akal fikiran ku..

Ku sangt berharap agar di suatu hari nanti dapat aku membals jasa orang yan plng bnyk memberi sokongan dan pendokong ke arah perjuanganku ini..Janji aku untk berbakti pada masyarakat juga perlu aku tunaikan..Semgt yng membara dalam diri ini mmbuatkan aku akan terus melngkah untuk mnuju ke hadapn , betapa aku sedar langlah yang ku aturkan perlu diiringi dengan rasa rendah diri sebgai hamba Allah yang kerdil..Kerana segalanya perlu mndpat rahmat dan keredhaanNya...Sesungguhnya aku takot andaikata sepanjng langkah ku ini mngkn teriring dengn ssuatu yng boleh mngundang murkanya...Allahu rabbi...Ampunkan aku Ya Allah...

Salam perjuangan...Hidup ini pnuh dengan warna-warni kehidupan..., dan perjalnn hidup mgkin sdah dittpkan, namun, warna suram atau ceria yang ingn kita palitkan, adalah berdasarkan pilihan kita dalam mbuat ssuatu tindkan..... Berjuanglah wahai sekalian teman....

Tuesday, June 30, 2009

Debat PDSZA


Pada 25-28hb Jun baru-baru ini, satu pertandingan Piala Debat Sultan Zainal Abidin (PDSZA) telah diadakan. Kali ini, setelah penyertaan aku dalam pertandingan debat FOMCA di UTHM pada 20-21 Jun sebelum ini, aku meyertai pula Pertandingan Debat PDSZA kali ke 9 baru-baru ini, walau bagaimanapun,bukanlah sebagai peserta, tetapi lebih sebagai pemerhati.

Mungkin aku pergi dalam keadaan keletihan, namun demi semngt perjuangan, aku teruskan demi membantu dan menyokong adik-adik junior yang meyertai pertandingan pada kali ini.Seperti kebiasaan, PDSZA adalah satu pentas bagi pendebat-pendebat baru yang mula menapak di arena perdebatan.PDSZA ini dianjurkan bermula pada tahun 2001 dan UiTM Dungun menjadi tuan rumah pada setiap tahun.Seperti biasa pertandingan ini melibatkan kategori B.Melayu & B.Inggeris.

Apabila menyingkap kembli sejarah tahun 2008, kami pasukan UDM telah berjaya berada di pestas akhir, walau bagaimana pu sekadar mendapat Naib Johan setelah tewas dengn UiTM Machang dengan usul "Ketuanan Melayu: Yang Sudah Itu Sudah"..Ingat rakan seperjuangan aku Ahmad, Atiqah dan x lupa juga Aini.eTrlalu bnyk kenangn dan penglamn.Maklumlah, waktu itulah kami baru mula mengenal dunia debat dan langkah permulaan kami dalm arena ini.

Bagi tahun ini kategori B.Inggeris UDM telah berjaya masuk ke Separuh Akhir..Bagi kategori B.Melayu agak sedikit kecewa, namun tidak mengapa, tapi aku rase sangat bangga. Sebagai pemerhati sejak bengkel latihan sehinggalh selesai tamat pertndingn, timbul rase perasaan kagum aku terhadap adik-adik junior aku yang mmpunyai semngt 'team' yang luar biasa.

Ini membuatkan aku tefikr kembali, kekuatan sebuah kumpulan itu akan kuat apabila kita ini saling memerlukan,Bukanya nafsi-nafsi. Aku dapat lihat usha dan keyakinan mereka.....Masyaallah,,,membuatkan aku rase cukup berbangga dengan semangat adik-adik ini, mungkin jarang untuk aku lihat keadaan dan ukhwah sebegini..Biaselah, setiap keadaan mungkin berbeza. walau pun mereka juga ade merasakan kesal kerana tidak dapat mencapai thap yang dpt dibnggakan, tapi akusentiasa mengingatkan mereka, usha pnting, kekurng dan kelemhn perlu diperbaiki. Jangn sesekali berputus asa..

Setelah dilakukn sessi luahan dari hati ke hati...akhirnya aku bertanya"Nak teruskan perjuangan ni?" lalu mereka berkata"Kami akan teruskan perjuangan ni kak.Kami x kan putus asa.."...ya Allah!,....terharunya perasaan aku..terasa sebak hatiku...Bangga melihat semngt dan keyakinn mereka...Sunggh ! smngt luar biasa yang ku peroleh sepnjng aku dalam arena ini..Justeru ia telah memberika aku semngt yang baru dalam diri ini, untuk bersama-sama berjuang....'Debat Nada Keyakinan, Nadi Kepimpinan"

Di sini, ku titipkan gambar buat tatapan semua sebgai menghrgai perjuangan mereka..

Syabas & Tahniah wahai adik-adikku....

Match 1



Match 3


Match 2



Match 6

Monday, June 29, 2009

Biasiswa Nasional wajar @ tidak?


Sebagai penyokong kepda kemajuan negara malaysia, aku amat menyambut baik dengan segala dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.Walau bagaimana pun, aku berasa agak bimbang akan perancangan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan mengenai 'Biasiswa Nasional' pada tahun hadapan..

Ia adalah lumrah sekiranya sesuatu perancangan itu mempunyai pro dan kontranya..Namun, sekiranya agak berat dan melibatkan hak dan kepentingan orang melayu dan kaum Bumiputra.Aku kira penelitian dan kajian perlu dibuat lebih teliti untuk membuat keputusan yang tepat..Aku tidak membantah akan perancngn tersebut, dan aku juga memahami akan matlama kerajaan untuk mewujudkan persaingn dengan mewujudkan 100% sistem meritokrasi dalam pemerian biasiswa pada pelajar yang terbaik.Dan jga kerajaan melihat apabila apabila pendidikan jga adalah sebgai kunci kepda kjayaan sesebuah negara, maka demi mencapai hasrat 1MAlaysia yang mahu membina Perpaduan Nasional, maka bakal diberikan hak biasiswa tanpa mengira kaum kepada pelajar yang terbaik.,

Kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye. "Jika mahu Malaysia berjaya, ia perlu bergantung kepada kumpulan pelajar terbaik yang akan menjadi pemimpin negara dan menjadi aset yang paling penting," kata beliau yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) dalam satu kenyataan di sini hari ini.(Bernama)


Ya..Memng benar..Ia juga akan mewujudkan persaingan sesama kaum justeru meletakkan pencapaian siapa yang terbaik, yang terbaik itulah yang layak mendapat biasiswa...


Namun, mari kita lakukan semakan semula sebagaimna yng terkndung Perkara 153 (3) yang antara lain memperuntukkan :

“ perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak ………. mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagainya yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu ; dan Suruhanjaya atau pihakberkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.”

Maknanya, secara tidak lansung, orang melayu berhak untuk mendaptkan biasiswa tersebut.

Setiausaha Agung Gabungan PersatuanPersatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pemberian biasiswa berdasarkan 100 peratus merit ini baik tetapi kerajaan perlu mengambil kira aspek luar bandar dan bandar serta kewangan sesebuah keluarga. (Bernama)

Menjadi persoalan, apakah nasib pelajar yang berada dluar bandar?Pada hakikatnya kita tidak dapat nafikan, bagaimana peratusan kecemerlangan pendidkan kaum Melayu berbanding dengan kaum lain..?Masih ketinggalan.Di luar bandar juga masih berlaku keciciran.

Mungkin pihak kerajaan perlu mengatasi masalh dan kekngan dalam pencapaian pendidkan dengn lebih giat terutama untuk kaum Melayu dan Bumiputra di luar bandar, dan setelah ia terbukti seimbang dan mencapai sasaran, barulah pelaksanaan biasiswa ini diteruskan. Hal ini demi menjaga hak dan keistimewaan orang melayu dan bumiputra untuk menikmati biasiswa berdasarkan sistem meritokrasi.

Walau pun matlamt untuk mencapai 1Malaysia ini sgt baik dan demi mewujudkan semngt perpaduan nasional, nmun jgnlah sebarangan hak kesamarataan diberikan..Aku mohon agar semakan dan penilitian dibuat semula mengenai hal biasiswa ini beradasarkan sistem 100% meritokrasi kepada pelajar terbaik dan terbuka kepda semua kaum..

Wednesday, June 24, 2009

Tarik Nafas Lega....

Alhamdulillah...setelah 4 hari perjuangan aku bersama team UDM ke Pertendingan Debat FOMCA(Kpenggunaan) di UTHM, aku boleh menarik nafas lega buat seketika...

Pengalamn pertama yang pernah aku rasakan apabila bekerjasam dengan team baru untuk debt kali ini..Bersama syikin,adib,fahmi dan faiz..agak rase janggal juga pada mulanya..Tapi alhamdulillah...meng kombinasi yang baik..sebb x de masalh yang timbul...no emotional..its all about professional..and team work...I LOVE IT...ssah nak build cam tuh..

Kami berjaya meng 3 dari 6 perlawann..

Usul

Perlawann

M

Botol Susu Plastik Wajar Diharamkan

IPGM Kampus Perlis

v

UDM

X

Pengguna Di Malaysia Sedar

UDM

v

USIM


Pendidikan Pengguna Dalam Kurikulum Sekolah Melahirkan Pengguna Bertanggungjawab

IPGM Kampus Perempuan Melayu

v

UDM


Petani Di Malaysia Tidak Mendapat Harga Yang Patut

UDM

v

IPGM Temenggong Ibrahim

X

Kepentingan Ekonomi Dihadapan, Tanggungjawab Sosial Dibelakang

UDM

v

UNITEN


Iklan Makanan Ringan Sekadar Gimik

IPGM Dato Razali Ismail

v

UDM

X

X=menang


Kekalhn kebykknya margin tipis...1 juri masih bersetuju dengn pembwaan..(mngkn seleps ini perlu diperbaiki lagi segala kelmhn dan kkurngn)..sekuran g2nya kami berusaha sedaya yang mampu..Yang dilwan bukan calang2 orang,,Tapi alhamdulillah..Teringin gak nak pecah rekod UDM yang pnah meng 4x dlm debt Royal 2008 oleh Team Utama...


Debat kali ini bnyk menguji kesabaran dan ketajaman minda mengenai kepenggunaan...Fuh!..Tapi meng best..Banyh sedarkan aku akan tanggungjawb dan hak sebagAi pengguna.. Membela pengguna yang ditindas..Dan segalanya yang melibtkn kepentingan bersama dan bgimana sumbangannya kepda kepentingn negara x kiralah dr sudut ekonomi mahupun sosial...

Yang x bestnye mase debat tuh....

1)usul x de pilhan..mane number yng kene itulah yangdiperdebatkan
(tpp okaylah ...rigid...x kesahlah dah!...)

2) untuk 1st match dapat usul yng memng kitorng plan nak tolak awal2..

3)Untuk match yang ke 3 dapat usul yang asalnye kitorang x tahu ade dalam
senarai..(nak bincang memng memerah otak tahap kritikal-tp dalalam
keadaan
tenang dan terkawal)

4)air-cond bila time sejuk, sejuk giler...time air-cond x hidup, panas thap ding
dong...(fuh!..)

Yang bestnye
1)Seronok bila lihat ramai wajah2 baru dalam debat...terutama kepda IPG
(Institut Perguruan)..dengar kate nyk pnyertaan yang baru pertama kali...
Ucapan syabas dan selamat datang ke arena perdebatan di ucapkan
kepada kalian semua..

2)Dapat kenal dengan mereka n share serba sedikit penglmn yng x seberapa..

3)Ade time lawan degn pihak lawan, die seolah2 mengeluarkan kate2 yang
memAlukan aku depan hakim mase hujah tu,,,,(Tapi, x p...sekalung penghrgaan
ke atas dirinya kerana mulut yang laser itu...Membuatkan aku bangkit bersemngt -blas
smula kate2 sinis yng dilemprkan pada ku...beserta dengn bidas balas...Memng aku rase
berkeyakinan semula...actually mase tu aku rase down n blur...sebb mngkn keltihn sgt..
Thanks Ikwan dr USIM..) Kitorang okay jew...

4)Ade je yan pas lawan kate takot dengan aku...depe kate aku garang..Yes!!
Alhamdulillah..maknenye aku berjaya main PSIKO dengan orang...hihihihi

5) Setiap kali perlawann, x kiralah apabila kami berada di posisi kerajaan@
pembangkang, segalanya kami lkukan perbincgn secara sendirian bersma
team, tnpa bntuan owang lain..terutama a.din..

6)Perlawanan akhir telah menemukan antara UKM v UPM..bagaikn
pertemuan 'buku bertemu ruas' dengan usul "KUASA PENGGUNA HANYA
PADA SUARA"....Perlawann yang sengit aku kira..namun
pembawaan yang jelas telah dibentgkan oleh pmbngkang adalah baik dan
meyakinkan..(pembwaan krjaan sekadr menceritakan segla aduan2 yang telah dibuat
oleh pengguna
, namun tiada tndakan selanjutnya, namun berjaya dibuktikan oleh
pihak pembngkng dengan menfikan sgala knytaan dan mnnjukkan ada
tndakn2...lambakan fakta kes yang diberikan sgt baik apabila dikaitkan dengan
pembwaan

7)Ha!..ni x leh lpe...ni cerite pasal perjlnn pulang plak, setelah selesai tgok debat
akhir, kami pergi ke rumah abng din...disediakn mknn tenghari yang sgt
special di johor..sgt mnyelerakan...ade Lontong+smbal sotong+smbal+dragon
fruit+koktail.....pergh!!!SEDAP!!!..alhamdulillahh.TQ a.Din n Kuarge...
Sudah je makan,m kami makan lak pencuci mlut tmbahn,buah rambutan
dipetik segar dari pokok depan umah....(petik sendiri ler..hehehe)
MANISNYE!!!..waduh...enak...

8)BAlik tu kami singgah ke Ayer Hitam...beli kerepek...byn pilihn sgt..Then
balik...

9)Dan yang pling bestye gak, mmbuatkan ak terus rase bersmngt nak trus
berjuang , n berusaha lagi untuk memperbaiki segala kelemahan & kkurangn..

Tuesday, June 23, 2009

SELAMAT HARI BAPA.......


SELAMAT HARI BAPA……..


Ucapan ini ditujukan untuk semua yang bergelar bapa mahu pun

yang bakal bergelar bapa....


Siapalah kita, tanpa bapa..

Ayah dan ibulah yang mendidik dan membesarkan kita,..

Bersusah payah dia menjaga dan membela….

Penat lelah, berpanas di bawah cahaya….

Demi mencari sesuap nasi untuk kita....


Maka, apa balasannya kepada mereka....?


Bantulah mereka...

Sayangilah bapa kita...

Selagi mereka masih ada....

Tunaikanlah segala permintaannya...

Walaupun mereka tidak ada dihadapan mata,,,

Namun di hati tetap sentiasa ada....



Sayang selamanya wahai ayahku yang tercinta.....

Wednesday, June 17, 2009

SALAM PEJUANGAN FOMCA

SALAM PERJUANGAN

BUAT PARA PENDEBAT UDM DALAM PERTANDINGAN DEBAT FOMCA (Kepenggunaan) YANG BAKAL BERLANSUNG DI UTHM PADA 18-21 JUN2009

SALAM PERDEBATAN…


Buat Rakan Seperjuangan untuk Debat FOMCA:

FAIZ,ADIB,FAHMI,SYIKIN,,, marilah kita bersam-sama berpadu dan bersatu hati dalam perjuangan ini,,,


"DEBAT NADA KEYAKINAN , NADI KEPIMPINAN"